Baru-baru ini sebelum tirai tahun 2021 berlabuh, aku dan family dapat stayvacation di ke KL. Aku sebenarnya dah lama tak turun KL. Hampir 5 tahun kut. Memandangkan anak-anak aku pun lama tak bercuti jauh, aku pun setuju jer cadangan abang aku untuk pergi bercuti ke KL. Walaupun waktu itu kesihatan aku belum sepenuhnya pulih. Namun, untuk memberikan keseronokan kepada family aku dan dah lama aku dan adik beradik aku tak berjumpa, so aku decided onz saja plan abang aku tu.

Kami pergi stayvacation ke KL 4 hari 3 malam. Sehari sebelum bertolak ke KL, aku singgah kampung aku dulu (tidur 1 malam) sebelum bertolak ke KL esok paginya bersama mak dan family abang aku.

Lagi pun dah 5 tahun tak ke Kuala Lumpur, macam-macam tempat menarik yang ada di sekitar Kuala Lumpur. Terdapat tempat yang mengenakan bayaran, namun masih juga terdapat beberapa tempat yang percuma. Pokok pangkalnya, kasih sayang antara anak dan keluarga tercinta dapat dieratkan dengan aktiviti sebegini. Tambahan pula, anak-anak selalunya sukakan aktiviti supaya dapat merasai nikmat cuti yang sebenarnya. Lagipun untuk memenuhi permintaan abang aku yang dah lama teringin nak pergi tengok Aquaria KLCC.

 

Aquaria KLCC

 

Destinasi pertama yang kami pergi ialah Aquaria KLCC adalah salah satu tempat menarik KL yang mesti pergi. Ia menempatkan lebih daripada 150 spesies hidupan laut. Ianya berdekatan dengan KLCC dan terletak betul-betul di tengah-tengah KL.

Taman akuarium sebesar 60,000 kaki persegi bertaraf dunia ini dekat sahaja dengan Menara Berkembar Petronas. Jadi alang-alang dah tengok kehebatan menara ciptaan manusia ini, singgah pula untuk melihat kehebatan alam ciptaan tuhan. Antara tarikan utama Aquaria ini termasuklah terowong air 90meter dengan travelator bergerak. Di sini, anda boleh berdiri sahaja seperti eskalator mall. Dan anda akan boleh melihat ikan jerung Sand Tiger (yang kelihatan garang tetapi tidak berbahaya), ikan pari gergasi Arapamia sebesar 10 kaki, juga penyu dan hidupan laut lain berenang di sekitar replika kapal karam Royal Nanhai. 

Untuk mengetahui lebih dekat hidupan air, Aquaria KLCC menawarkan satu pengalaman yang pasti menyeronokkan untuk anak-anak. Antara tarikan menariknya adalah kita seolah-olah berada dalam akuarium bersama-sama hidupan liar tersebut.




Berjaya Times Square

Destinasi kedua kami ini juga memilih untuk beriadah indoor sahaja. Kebetulan, kami bercuti ke sana berlaku banjir di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Walaupun banjir, kami tetap teruskan percutian kami. Banyak lagi tempat menarik indoor untuk diterjah.

Destinasi kedua kami ialah Taman Tema Indoor Berjaya Times Squares.  Untuk pengetahuan korang, taman tema berkeluasan 133,000 kaki persegi ini merupakan taman tema pertama dan terbesar di Malaysia sehingga tersenarai di dalam Malaysia Book of Records. Taman tema ini terbahagi kepada dua kawasan iaitu Galaxy Station dan Fantasy Garden. Kedua-duanya mempunyai pelbagai permainan menarik dan mengujakan.

Memang teruja tengok roller coaster tu. Tapi cukuplah anak-anak yang dewasa yang naik. Aku just sharing moment dengan mak aku dan si kecik.





Bangi Wonderland

Untuk riadah seterusnya, kami memilih untuk beriadah outdoor. Cari punya cari yang dekat dengan sekitar Kuala Lumpur dan tempat penginapan kami, kami memilih untuk pergi bermain air di Bangi Wonderland.

Bangi Wonderland merupakan sebuah taman tema air baru yang mula beroperasi pada tahun 2016. Taman tema yang berkonsepkan “FORTRESS OF WET AND FUN” ini terletak di Bangi Avanue iaitu ditengah-tengah antara bandar Semenyih, Nilai, Putrajaya, dan Bangi. Dibina di atas tanah yang berkeluasan 12 ekar, Bangi Wonderland menawarkan 14 tarikan permainan air yang menarik dan menyeronokkan.

Ketika kami sampai, punyalah ramai orang. Kami cadangkan kepada korang nak ke sini, datang awal boleh book pondok dan meja atau kerusi. Kalau datang lewat, memang penuh!!




Macam mana, best kan tempat-tempat menarik yang ada di KL ni. Tu baru sikit. Ada banyak lagi sebenarnya yang ada di KL ni. 

Bila cakap tentang staycation ni kan, tentu  korang nak tahu tips percutian aku kan. Selalunya aku akan menggunakan Traveloka. Sangat memudahkan aku untuk mencari hotel dan tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur. Hanya satu klik korang dah boleh dapatkan apa yang korang cari. 


Seronok sekali sekala dapat berkumpul dengan ahli keluarga terdekat kan. Bila dah ramai ni semestinya perlukan penginapan yang luas dan selesa untuk semua orang dan berdekatan dengan tempat yang kita nak terjah. Dan kalau korang tercari-cari the best hotel di Kuala Lumpur, korang patut cari di Traveloka. Confirm korang tak akan menyesal.

Hotel Furama Bukit Bintang

Hotel Furama Bukit Bintang

Hotel Furama Bukit Bintang



Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur



Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur



Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur


Nampak best sangat kan staycation di KL ni. Macam-macam aktiviti boleh dilakukan baik untuk golongan kanak-kanak mahupun orang dewasa. Tak perlu nak drive jauh pun untuk berehat dan berseronok dengan yang tersayang. Yang penting dapat luangkan masa bersama dan rehat dari bebanan kerja seharian. Betul kan? 

So pada yang merancang nak bercuti, selamat bercuti. Yang penting jaga SOP yang ditetapkan dengan jaga jarak selamat, sentiasa pakai mask bila di tempat awam, sentiasa basuh tangan dan pakai sanitizer ok. Stay safe everyone.








 



7 Ulasan

  1. Selamat bercuti dan beristeri rehat

    BalasPadam
  2. Seronok bercuti. Rehatkan badan dan minda

    BalasPadam
  3. This paragraph will assist the internet people for creating new website or even a weblog from start to end. 카지노사이트탑

    BalasPadam
  4. It’s very simple to find out any topic on web as compared to textbooks, as I found this paragraph at this website. 바카라사이트

    BalasPadam
  5. A very awesome blog post. We are really grateful for your blog post. You will find a lot of approaches after visiting your post. 온라인바둑이

    BalasPadam
  6. Thanks for an interesting blog. What else may I get that sort of info written in such a perfect approach? I have an undertaking that I am just now operating on, and I have been on the lookout for such info 먹튀검증 It's amazing. I want to learn your writing skills. In fact, I also have a website. If you are okay, please visit once and leave your opinion. Thank you.


    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama