Tahun 2021 melabuhkan tirainya dengan membawa bersama episod duka seluruh penduduk dunia yang terkesan akibat penularan wabak maut Covid-19 yang masih belum berkesudahan. Belum mampu menghela nafas lega, negara diuji pula dengan bencana banjir luar biasa yang melanda beberapa buah negeri.
Cabaran
tanpa diduga daripada pelbagai aspek termasuk kesihatan, pendidikan,
keselamatan dan kebajikan merupakan perkara yang menjadi perhatian sepanjang
tahun ini. Susulan COVID-19 yang masih membelenggu serta bencana banjir,
ternyata memberi kesan kepada rakyat Malaysia.
Siapa sangka, bencana banjir besar pada tahun ini memberi impak kepada penduduk
setempat. Pengalaman ini sudah pasti meninggalkan memori yang akan terpahat
tanpa garis masa bagi mereka yang terjejas dengan banjir.
Memahami perasaan yang dialami ramai orang di luar sana, RichWorks prihatin dan tampil sama-sama meringankan beban mereka terutama peniaga dan golongan usahawan. Richworks mahu fokus untuk beri support kepada rakyat dan negara dalam berdepan dengan pandemik melalui kepakaran mereka
Memori
yang terpahat
Seperti mana yang kita ketahui, Pengasas
RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman
bersama 31 ahli keluarganya juga dijangkiti COVID-19. Ibu mertua Dr Azizan
meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah
tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan
pernafasan.
Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan,
peluang kedua diberikan Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk memberikan
lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya.
RichWorks
Bantu Rakyat Untuk Bangkit Dengan 7 Program Percuma
Tak berapa lama selepas beliau
keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr Azizan komited menjalankan
program percuma yang dihadiri ribuan orang. Sebanyak 7 program percuma
bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan
kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan.
Sokongan RichWorks bukan omong
kosong. Buktinya, Richworks telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk 13
program percuma, business bootcamp, RichWell etc. Secara keseluruhan pada tahun
lalu, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program
keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu.
Malah salah satu program kami iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB)
juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai
rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Pertubuhan Kebajikan RichWell
Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd.
memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada
masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).
"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula
Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000
keluarga.
"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000
dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi
mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya.
Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut
menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam
ibadah korban kali ini.
Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9
pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur
Rasul.
Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan
usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan
mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.
Pencapaian RichWorks 2021
Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan
peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855
orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.
Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan
berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024
ahli EliteX).
Melalui program bimbingan Spire kami yang
menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72
usahawan berjaya mencapainya.
Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan
RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan
lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.
Syukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021
lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang kami usahakan dan akan
dipergiatkan lagi tahun baru ini, insyaAllah.
Moga usaha RichWorks (hyperlink - richworks.com)
untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan
diberkati oleh Allah SWT.
Richworks mahu terus membantu orang ramai melalui program2 percuma
mereka demi untuk buka jalan dan tingkatkan ilmu rakyat Malaysia supaya berjaya
membina masa depan sebagai usahawan. Richworks juga mahu membimbing anak didik
mereka untuk mengharungi 2021 hingga capai kejayaan
Mari kita beri peluang kepada diri sendiri, sertai dan dapatkan sebanyak ilmu terbukti berjaya yang dikongsikan nanti bagi bantu anda mula dalam bisnes. Mulakan langkah anda sekarang,
Tentang RichWorks International
RichWorks
International Sdn Bhd adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia
dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. Sepanjang 13 tahun yang
lalu sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi
Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,100,000 peserta
dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).
Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring,
RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang
berjaya dalam tempoh 6-24 bulan. Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix'
Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah
ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di
platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value
kepada komuniti di seluruh dunia
Video Perjalanan RichWorks 2021
Tonton video Perjalanan RickWorks 2021 yang akan memberi inspirasi dan semangat untuk anda terus berjuang dan maju ke hadapan Bersama RichWorks. Insyallah
Alhamdulillah, semoga Richworks lebih sukses dalam membantu usahawan untuk berniaga
BalasPadamsyabas richworks. bukan calang-calang aktiviti dan pencapaian tahun 2021 mereka. semoga bertambah sukses tahun 2022 ni
BalasPadamCatat Ulasan