Lama sungguh tak update blog. Saja nak share dengan korang baru-baru ni dah boleh check in hotel, plan kami yang pertama adalah bawa anak-anak stay kat hotel. Yelah kasihan kat diorang tak pergi mana. Bosan tahap stress dah. Nak cari hotel dalam bilik ada kolam atau private pool. Di Penang ni ada satu jer hotel ada kolam dalam bilik atau private pool iaitu Lexis Suites Penang. Mujur kawan kami ada jual voucher Lexis Suites Penang dengan harga murah. Jauh lebih murah dari beli kat online/walk-in. Kami ambil pakej bilik Premium Suites. Yang penting ada 2 kings bed, private pool with seaview.
Jom kami share gambar-gambar untuk tatapan pembaca semua.
Pantry
2 kings bed
Washroom
Bathtub
Private pool with seaview. Yang ada anak kecil sila bawa pelampung
View memang awesome
View malam sunset pun padu
Memang tidak menghampakan. Puas hati dan berbaloi. Anak-anak seronok bukan main. Berendam sampai ke malam. Oh ya, untuk pakej ini tak ada breakfast ya. Kalau korang nak add breakfast, pihak hotel ada sediakan pakej set breakfast. Tapi jangan risau, sekitar kawasan hotel tu, memang banyak kedai makan, kedai runcit dan tempat menarik.
Depan hotel ni pun ada kedai Nasi Kandar Natrah yang famous. Kalau korang masuk ke simpang tu ada Mee Udang plak, Western Food berlambat, Kedai mamak pun banyak.
Korang nak tengok full video boleh tonton dekat my youtube. Jangan lupa subscribe tau!!
Catat Ulasan