Setiap kali bangun pagi adakah kulit korang berminyak?Yes, kami pun mempunyai masalah yang sama. Kadang-kadang rasa rimas muka berminyak. Walaupun kami sekarang work from home during pandemik pun kulit masih berminyak juga. Itu belum lagi buat kerja-kerja di luar rumah kena sinaran matahari kulit muka jadi kering pulak. Stresslah macam ni!!Macam mana nak menghilang masalah ini?

Jangan stress, korang boleh cuba Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature.




Aqua Whitening Cream

Produk yang El nak share dengan korang ini ialah AQUA WHITENING CREAM. Produk ini adalah keluaran Hansaegee Nature. Untuk pengetahuan korang, Hansaegee Nature merupakan jenama dari Korea, bahan-bahan yang digunakan untuk produk mereka semestinya berkualiti dan 100% original skincare produk yang sah digunakan. 


Kelebihan Aqua Whitening Cream


- Pelembap yang sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.
- Melembap kulit
- Mencerahkan kulit
- Merawat kulit kering dan rosak akibat sunburn
- Membantu mengawal jenis kulit berminyak sebab hansaegee nature moisturizer tak menutup pori pori kulit (minimized pores)
- Aqua whitening cream moisturizer mudah dan cepat menyerap ke dalam kulit.
- Tidak melekit walaupun berpeluh ketika cuaca panas.

"Aqua Whitening Cream". Ia adalah Krim Pelembap. Ia Membaiki SunBurn & Redness (Kulit rosak) dengan baik. Menyegarkan kulit - Kulit akan berasa sejuk dan lembut. Bahan-bahan pelembap berubah menjadi bentuk Water Drop dengan serta-merta, memberi kesan kelembapan yang tinggi kepada kulit sepanjang hari. Sekaligus akan mengawal lebihan minyak / sebum kulit muka kita.



Untuk membuktikan yang Aqua Whitening Cream ini sejenis krim yang water drop based, cepat meresap dan tidak melekit, di sini El ada tunjukkan perbezaan Aqua Whitening Cream dan Krim Biasa.



Kalau kita menggunakan krim biasa, ianya tidak meresap ke dalam kulit dan menyebabkan liang-liang pori akan tersumbat.



Jika Aqua Whitening Creram, sejurus kita apply cream ke kulit muka, ianya terus meresap ke dalam kulit menjadikan kulit kita sentiasa lembap, tidak  berminyak dan tidak kering.

Selain itu juga, krim pelembap ni berfungsi untuk merawat sunburn dan redness pada kulit. Selain itu, dinyatakan juga yang moisturizer ni fast-absorbing, refreshing dan tidak melekit. Sesuai untuk cuaca  di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun. Moisturizer ini juga dinyatakan sesuai untuk semua jenis kulit.



El juga menggunakan cream ini sebelum makeup. Make up akan lebih tahan lama sepanjang hari dan. tak bercapuk.

Fungsi Whitening & Hydrating

Ia mempunyai fungsi pemutihan kulit pada masa yang sama menghidrat kulit anda. Bersih & jelas dan menyegarkan kulit sepanjang hari. Ia mengandungi Niacinamide sebagai agen pemutihan, memperbaiki nada kulit yang tidak sekata, dan mampu membersihkan & membuat kulit menjadi terang, menenangkan kulit sensitif, dan kulit yang kukuh.

Kandungan 

Krim ini mengandungi bahan semulajadi antaranya:

Camellia Japonica Seed Oil

Non-comedogenic, tak menghalang liang pada kulit, tidak menyumbang kepada jerawat. Ianya juga membaikpulih kekeringan dan kerosakkan kulit akibat sunburn dan yang penting sekali ianya boleh menyimpan kelembapan jauh ke dalam lapisan kulit yang paling bawah.

Niacinamide (juga dikenali sebagai Vitamin B3)

Membantu memperbaiki tona kulit. Disamping mencerah, membersih dan menegangkan kulit.Kesan ini dirumuskan dengan ekstrak herba yang memberikan penembusan dalam kulit, mengembalikan dan menstabilkan tahap kelembapan dalam kulit dan membuat kulit yang lebih jelas berseri.

[Bahan utama]

Niacinamide, Ekstrak Root Angelica Acutiloba, Minyak Benih Camellia Japonica, Ekstrak Cnidium Officinale Root, Ekstrak Buah-buahan Florida Gardenia, Ekstrak Root Paeonia Albiflora, Ekstrak Daun Ekstrak Pinus Densiflora, Prunus Armeniaca (Apricot) Minyak Kernel, Ekstrak Rehmannia Chinensis dan sebagainya.



Cara Penggunaan

1. Selepas bersihkan muka, ambil krim dengan jumlah yang sama untuk setiap area muka dan leher. 

2. Urut perlahan secara bulatan sehingga dia mengeluarkan bentuk titisan air dalam beberapa saat.

3. Dap dapkan sahaja titisan air itu ke seluruh muka sehingga pelembap sepenuhnya diserap ke dalam kulit.


Testimonial

Sebenarnya El sangat love dengan cream ni. Memang payah nak jumpa cream yang sejenis cepat meresap ke dalam kulit dan tidak melekit. El sejenis yang rimas ada cream kat atas kulit. Sebab lain kulit El sejenis kuat berpeluh memang tak suka cream yang tak cepat meresap. Yang  teruja dengan cream ni bila titisan air keluar selepas diurut2 sekitar muka kita. Memang sesuai dengan kulit El dan rasa protect gila bila terdedah dengan cahaya matahari. Produk ni bukan sahaja melembap, malah dapat merawat kulit wajah. Titisan air yang keluar tu la yang dapat menyegarkan dan melembapkan kulit kita sebab ia serap terus ke dalam kulit. 

Korang tengok sebelum dan selepas penggunaan Aqua Whitening Cream ini, muka El yang dulu tak bermaya, kusam kini tiada lagi setelah berjumpa dengan krim dari Hansaegee Nature ni. Kini El tidak lagi risau kalau terdedah dengan cahaya matahari dan kulit El sentiasa lembap dan bermaya yeah!!



SEBELUM



SELEPAS

Kemudian El juga apply krim ini sebelum memakai solek, ia menjadikan solekan tahan lama, nampak sekata dan kulit lembap sepanjang hari. Korang boleh tonton video cara bagaimana menggunakan Aqua Whitening Cream di link video di bawah ok https://youtu.be/P2XiorisNPc

Korang yang berminat untuk dapatkan Aqua Whitening Cream ini boleh terus ke link seperti dibawah ok.


Company name: Hansaegee Nature 

🍁Website: www.hansaegee.com/shop

🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature 

🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

2 Ulasan

  1. Cream ni unik kan..bila sapu mmg kesan mcm air..pernah guna..ni pun skincare zaza byk habis dah..duk usha nak pakai apa pulak

    BalasPadam
  2. Betul kak.. Kulit maintain je lembap xberminyak langsung.. Best guna ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama