Hai hangpa. Dah lama rasanya tak makan Nasi Arab. Rasanya kali terakhir kami makan awal Januari haritu. Kami rasa ramai yang suka dengan Nasi Arab. Keenakkannya tiada tandingannya. Nasinya lembut dan boleh dimakan dengan apa jua hidangan seperti ayam, kambing dan sebagainya. Tapi kalau hangpa mengidam Nasi Arab atau mencari kelainan, hangpa boleh la singgah di Don Western and Grill, Upper Penang Road

Bertambah menarik restoran Don Western and Grill ini sedang membuat Soft Opening Promotion iaitu hidangan mix box Nasi Arab + Western Food baq hang. Hangpa tak payah gaduh sorang nak makan Nasi Arab, sorang lagi nak makan Western. Nah sini ada combo baik punya. Gila bapak punya combo. Ada Nasi Arab, ada Western Food dan makanan grill. Tak percaya hangpa kena kena try dulu lah. 


Ok sebelum tu kami nak cerita serba sedikit tentang Don Western and Grill ni. Katanya owner cafe ni bekas Pramugari Air Asia yang terpaksa membuka restoran di Upper Penang Road, Penang untuk meneruskan sara hidup dan belajar benda baru dari segi memasak makanan Western dan makanan Arab. At last diorang dapat idea untuk memberi satu hidangan sejenis mix box yang mempunyai banyak kelainan dengan mengabungkan makanan Arab, makanan Western dan makanan jenis grill. Apa lagi jomlah support sesama.

SOFT OPENING PROMOTION:
** VIP MIX BOX **
Promotion Price:
Couple set Rm49.90
Big Vip Family Set Rm89.90

Couple Set RM49.90 up to 3 pax

Big VVIP Family Set RM89.90 up to 5 pax

Dalam combo ini ada lebih 7 jenis makanan western dan grill. Paling best ada Australian Lamb Shoulder. Seriously besar dan tebal. Memang puas hati kaw kaw makan. Ok ini senarai makanan yang adalam dalam combo box tu

- Australian Lam Shoulder
- Fish And Chips
- Grill Chicken Chop
- American Jumbo Sausage
- Croket beef
- Coleslaw
- Cheesy Curly Fries
- Cheesy French Fries
- Special Homemade Potato Sambal
- Tartar Sauce
- Black Pepper Sauce Homemade
- Lemon
- Mix Salad






Kami pun dah try set couple tu. Nalaaa dia punya sos sedap wei. Memang banyak portion untuk couple set ni. Hangpa tengok sendirilah tak kedekut punya banyak boleh makan untuk 3-4 orang. Memang berbaloi dengan harganya.

Dua budaya dengan gaya masakan berbeza dari Arab dan barat dihidangkan dalam 1 box. Memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan, penggemar masakan Arab dan barat boleh duduk bersama menikmati hidangan masing-masing. Selain mix combo tu, diorang juga ada menyediakan makanan ala-carte western.



Apa lagi jom order 012-3020844/786
Boleh jugak tengok menu2 terbaru dekat fb/ig.

3 Ulasan

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama