Lipstick merupakan salah satu alat solek yang wajib dimiliki oleh setiap wanita. Bagi sesetengah wanita, mempunyai satu lipstick tidak mencukuipi. Atas sebab ini, wanita rajin membeli lipstic walaupun sudah mempunyai beberapa warna atau rona yang sama.

Tetapi pernahkah korang mengalami masalah memilih lipstick apa yang sesuai dengan warna kulit korang. Mesti pernah bukan! Aku selalu keliru dengan warna lipstick yang dijual, yelah terdapat pelbagai jenis dan manalah kita tahu apa yang sesuai dengan warna kulit kita bukan. Ok ke tidak lipstick warna ini, padan atau tidak dengan warna kulit aku? Jika warna kulit sawo matang macam aku ni, padan dengan warna lipstick apa? Pelbagailah perkara bermain di minda. Akhirnya, dalam banyak-banyak lipstik yang telah dibeli ada juga yang tidak digunakan kerana ia tidak sepadan dengan warna kulit. 


Sehinggalah aku jumpa dengan lipstick Orkid Cosmetics. Sumpah ini adalah lipstick yang paling aku love sangat. Pertama kali aku calit dekat bibir aku terus jatuh cinta wei. Dulu aku memang takut nak pakai segala macam color nude ni. Takut tak sesuai dengan kulit sawo matang aku. Nampak pucat. Tapi aku suka sangat warna nude Orkid Cosmetics ni. Tak nampak pun muka aku pucat, malah berseri-seri. Hehe puji diri sendiri




Kalau korang nak tahu aku 1st time dengar pasal Orkid Cosmetics ni. Orkid Cosmetics adalah jenama tempatan dan ianyanya adalah halal cosmetics yang berkualiti tinggi serta mendapat kelulusan dari JAKIM. Ianya selamat digunakan kerana ianya 100% cruelty free dimana produk ini tidak melakukan experiment ke atas haiwan. Serta sesuai kepada mereka yang Vegan kerana mengunakan bahan berasal dari tumbuh-tumbuhan. 




Color Lipstick Matte Suede Liquid yang aku beli ni sangat cantik. Ada 3 color nude Vibes, Blush dan Dime. Satu color terang iaitu Slay. But I love all of it. 


Aku love sangat dengan tekstur lipstick Orkid Cosmetics ni. Teksturnya sangat ringan, mudah kering dan sama sekali tidak terasa melekit. Kesemua lipstick ini mempunyai Vitamin E yang dapat melembapkan bibir korang dan wuduk friendly.




Lagi satu, mesti korang suka bila dapat lipstick yang long lasting kan. Aku memang dah lama cari lipstick yang tahan lama, gincu yang tak melekat kat cawan dan warna lipstick tidak hilang selepas minum atau makan. Mesti malas nak calit lisptick lagi kan. Ok yang terbaik mengenai gincu Orkid Cosmetics ni adalah, ia benar-benar kekal di bibir korang tau. Don’t worry, gincu ini sama sekali tidak mempunyai rasa atau bau.



Promo!!!

Setiap satu berharga RM49 sangat berpatutan dan berbaloi untuk color yang cantik. Kalau korang berminat nak cuba gincu ni, ada diskaun RM5. Korang boleh guna promo code DARWENARM5. Promo ini valid untuk pembelian pertama sahaja. 



Untuk pembelian RM100 ke atas free shipping for West Malaysia and East Malaysia. Diorang juga ada Worldwide International Shipping via DHL express. Korang boleh beli dekat www.orkidcosmetics.com or can WhatsApp order at +601111637200

Selain itu korang boleh menyemak halaman FB dan IG diorang. 

Sejujurnya, ini adalah jenama tempatan terbaik yang pernah aku cuba. Aku dah tak payah pening kepala untuk cari lipstick lepas ni. MATTE LIQUID LIPSTICK memang benar-benar terbaik!


10 Ulasan

  1. Cantik warnanya pekenan kite tengok, nak belilah nanti

    BalasPadam
  2. Cantik akk warna..suka tgk warna vibes dgn blush tu 💋

    BalasPadam
  3. Suka juga lipstik jenis matte, BTW color dia semua fav I ni

    BalasPadam
  4. Their lipstick color macam cantik, i m going to check out also

    BalasPadam
  5. Wow vegan free ya.... Menarik lipstick ni.. Nnti bolehlah cuba

    BalasPadam
  6. warna dime tu macam lawa la.. nude je tgk

    BalasPadam
  7. Waaah.. cantiklah warna lipstick.. suka kita ngk..

    BalasPadam
  8. Harrah's Cherokee Casino & Hotel - MapyRO
    Harrah's Cherokee 포천 출장안마 Casino & Hotel in Cherokee, NC is a fun getaway and gaming destination 여주 출장안마 located 25 경주 출장샵 miles south of Asheville 제천 출장마사지 on 부산광역 출장안마 the Great Smoky Mountains of Western North

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama