Hari ni mama el nak share menu sampingan untuk berbuka puasa. Tentu korang pening kan nak masak apa nanti..meh mama el share resepi ringkas dan sedap untuk berbuka. Anak-anak pasti suka!


Popia Bolognese Cheese

Resepi Popia Bolognese Cheese


Bahan-bahan:
1. Kulit Popia Spring Home
2. Ayam/Daging cinciang
3. Sos spaghetti
4. Cheddar cheese (potong dua)
5. Bawang besar (dicincang)
6. Serbuk perasa dan garam
7. Sedikit air untuk pelekat

Cara masak inti:
1. Masukkan minyak
2. Masukkan ayam/daging cincang. Goreng sampai ayam/daging separuh garing
3. Masukkan bawang besar dan sosej. Goreng sekejap
4. Masukkan sos spaghetti Bolognese.
5. Masukkan serbuk perasa dan garam
6. Angkat dan letak tepi. Biarkan sejuk seketika




Untuk satu popia, mama el guna 2 keping kulit popia. So bila goreng nanti, cheese takkan keluar.

Mama ada kongsikan step-by-step untuk memudahkan korang. Untuk bagi lekat, sapukan sedikit air di hujung kulit popia tu ok.

Mama el cukup suka dengan kulit popia Spring Home ni. Kulit popianya sangat lembut dan tak mudah koyak. Selamat mencuba dan selamat menyambut Ramadan A-Mubarak.

1 Ulasan

Catat Komen

Lebih baharu Lebih lama