Sejak pandemik, dah lama tak balik jumpa keluarga di kampung. Rindu dengan diorang. Tak lama lagi dah nak sambut bulan puasa. Lagilah sebak. Mujurlah ada Juadah Nusantara Iftar Buffet Ramadan dari Eastin Hotel Penang. At least bila dapat menikmati juadah berbuka puasa setidaknya dapat melepaskan rindu masakan mak.


Bermula 19 April hingga 8 Mei 2021, Eastin Hotel Penang dengan bangga menampilkan "Juadah Nusantara, Iftar Buffet" berharap dapat membangkitkan perasaan berbuka puasa di kampung halaman. Seronok tengok pelbagai menu kampung disediakan membangkitkan selera para tetamu.

Whole Lamb Roast

Tak sah kalau menu buka puasa tiada si kacak ni hihi. Keistimewaan bufet pastinya Whole Lamb Roast yang diperap dengan baik dan sesuai sebarang sambutan majlis keraian. Pastinya para tetamu tersenyum melihat whole lamb roast dan nasi briyani. Memang ngam dua ni. 

Pembuka Selera

Kita mulakan dengan appertizer dulu ya. Banyak pilihan untuk bahagian appertizer ni. Rambang mata dibuatnya. Antaranya ada ulam-ulaman, pelbagai aneka sambal, pasembur, assorted jeruk, lemang, rendang ekor, rojak buah, kerabu sotong
jelatah, mix vegetable raita, crispy fried seafood salad with roasted chili oil.

Paling kami suka Rendang Ekor dia. Dia punya lembut dan cukup semua rasa. Ini pertama kali kami makan rendang ekor. Selalu makan rendang daging or ayam jer. 

Lemang dan Ketupat

Rendang Ekor marvelous

Aneka Kerabu dan Sambal

Pasembur

Butter Lettuce, Caesar Saladh with 3 types of dressing and condiments

Malay Hot Items

Selain dari Kambing Panggang, bufet yang disajikan adalah tradisional yang asli ala makanan kampung seperti Gulai Nangka Tulang Rusuk Kambing, Perut Masak Lemak Rebung, Ikan Saba Bakar Berempah bersama Daun Pisang dan Laksa Penang Assam yang sedap. 1st time kami makan perut masak lemak tu..bila try eh sedaplah. 

Lauk Pauk

Action Stall

Di sini juga ada action stall seperti Laksa, Mee Kari, Sup Tulang Rawan, Sate, Ikan Saba Bakar daun pisang, roti john, murtabak, chicken shawarma, pisang cheese, halo-halo ice-cream dan banyak lagi

Action Stall

Sup Tulang Rawan

Sup Tulang Rawan

Murtabak


Roti John


Shawarma

Ikan Saba Bakar Berempah Daung Pisang

Kari Kepala Ikan Berbendi

Pencuci Mulut

Dari Selera Bubur Pengat Pisang Emas Raja Bersagu hingga Sago Gula Melaka. Ada 10 jenih kuih Melayu Tradisional & Kuih Nyonya dan pelbagai jenis puding, kek, agar-agar dan pilihan ais krim yang menyegarkan.Pasti menyelerakan selera para tetamu datang. Paling sedap dan tak boleh lupa puding coklate raspberry dia memang yummies. Kat sini pun diorang ada sediakan ruang solat

Dessert

Buah-buahan

Cake

Cake

Chocolate Raspberry Bread and Butter Pudding

Banana Tart

Kuih Tradisional 

Harga Bufet Juadah Nustantara
Venue : Swez Brasserie
Dewasa:RM88nett
Warga Emas:RM69 nett
Kanak-kanak: 6 hingga 12 tahun boleh menikmati 50%
diskaun dari harga biasa

Promo Buy 10 Get 11
Tawaran sah untuk pembelian harga Dewasa

Juadah Nusantara Eastin Hotel Penang

Untuk maklumat dan tempahan lebih lanjut, hubungi Eastin Hotel Penang di talian 04-612 1128 atau anda juga boleh
e-mel di info.pg@eastin.com / log masuk ke laman web www.eastin.com










1 Ulasan

Catat Komen

Lebih baharu Lebih lama