Hai korang. Korang suka makan ikan?Kerapkah korang makan ikan?Kami sekeluarga memang gemar makan ikan. Selalu kami masak pelbagai menu ikan untuk keluarga kami. Kalau korang nak tahu, ikan kaya dengan asid lemak Omega-3 yang sangat penting untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular yang merupakan penyebab utama kematian di Malaysia.
![]() |
Makan bersama family adalah rutin wajib kami. Hidangan ikan adalah menu paling kami suka |
Persatuan Jantung Amerika turut mengesyorkan bahawa kita memakan ikan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
Mengamalkan gaya hidup yang sihat adalah satu komponen yang penting dalam menjaga kesihatan kita. Walaupun terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada tahap kesihatan anda, diet yang seimbang dan aktiviti fizikal yang konsisten adalah penentu utama bagi tahap kesihatan anda.
![]() |
Aktiviti hiking perlukan daya tahan jantung yang kuat |
Walaupun kami mengamalkan gaya hidup sihat, bersenam dan jaga pemakanan, tetapi ianya tidak cukup untuk menyumbang kepada tahap kesihatan kami. Kami masih perlukan "makanan tambahan". Sebab itulah kami masih setia dengan BiO-Life.
![]() |
MaxX Fish Oil pilihan terbaik untuk kesihatan |
BiO-Life adalah diantara jenama makanan tambahan bernutrisi yang terkemuka di Malaysia dengan pengalaman selama 30 tahun dalam industri penjagaan kesihatan dan baru-baru ini telah memperkenalkan MaxX Fish Oil Double Strength untuk membantu rakyat Malaysia menjaga kesihatan mereka dengan lebih mudah.
MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength
Bagaimanakah MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength membantu menyokong kesihatan optimum?
- EPA and DHA merupakan asid lemak penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, ia perlu diperolehi daripada diet harian
- EPA dan DHA membentuk struktur penting dalam membran sel yang membantu fungsi-fungsi badan
- Setiap kapsul MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength membekalkan asid lemak poli tak tepu omega-3 berkonsentrasi tinggi, 360mg EPA dan 240mg DHA
Kelebihan MaxX Fish Oil Double Strength
Siapakah yang digalakkan untuk mengambil MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength?
Sesiapa sahaja, terutamanya:
- Individu yang kurang pengambilan ikan
- Individu yang ingin mengekalkan kesihatan
Dewasa: Ambil 1 kapsul, 2 kali sehari selepas makan atau seperti yang disyorkan oleh doktor atau ahli farmasi
Kandungan
Setiap kasul mengandungi:
Minyak ikan (dalam bentuk trigliseria) = 1000mg
Membekalkan asid lemak omega-3
Asid Eikosapentaenoik acid (EPA) = 360mg
Asid Dokosaheksaenoik acid (DHA) = 240mg
- Terdiri daripada omega-3 dalam bentuk trigliserida yang senang diserap dan digunakan dalam badan
- Diproses dengan penyulingan molekul demi menyingkirkan hampir semua kotoran dan bahan cemar yang terdapat dalam minyak ikan
- Berasaskan sumber daripada ikan bilis, salah satu ikan laut yang kecil yang kaya dengan asid lemak omega-3
- Mengandungi 2x omega-3 EPA dan DHA
Catat Ulasan