Walaupun dah lepas, tapi nak simpan juga dalam my blog. Mana tahu dah retire dalam blogging, boleh pass down kat anak-anak. Anak-anak tengok blog mama dia..sure terkenang-kenang masa diorang kecil sampailah dewasa..moga-mogag dipanjangkan umur dah diberi kesihatan yang baik untuk kami sekeluarga.

Bila dah kau lahir 1.1 of courselah sesiapa pun boleh ingat. Satu dunia kut celebrate hihi. Mama dan babah buat-buat lupalah 1.1 tu birthday Arwen. Tapi si abang pula kecoh bagi tahu yang hari ini harijadi Arwen. Mula tu tak nak beli kek..just nak pergi makan kat luar. Tapi macam tak best pula. Last minute order kek,  mujur ada yang available. 



So kami pun keluarlah makan dan tak bagi tau pun nak makan-makan tu untuk celebrate birthday Arwen. Dah lama teringin nak makan kat Big Tea Tas. Masa 1st launching tudia ramai orang. So simpan dulu keinginan, biar reda dulu. 




Sampai-sampai jer, kedai baru buka dan tak ramai orang. Alhamdulilah juga PKP pun dah tamat. Bolehlah keluar dan makan satu keluarga. Hari ni mama belaja. So korang orderlah apa-apa jer. Nak tunggu semua menu sampai lama sangat. So, menu mana sampai dulu ambil gambar dan korang makanlah haha. Sambil-sambil tu mama keluarkan kek. Teruslah birthday girl malu-malu. Bila kami semua nyanyi lagu happy birthday bertambahlah kemaluannya haha






Ok overall makan kat sini selesa sangat. Setiap menu potion banyak. Kenyang!Sedap tu bolehlah ikut tekak kami. Harga pun berbaloi. 









Ok kalau korang nak try makan sini bolehlah datang ke Big Tas' Tea Setia Triangle Pulau Pinang


3 Ulasan

Catat Komen

Lebih baharu Lebih lama