RESEPI ROTI MUFFIN SABA AYAM BRAND

Bahan-Bahan

✅12-16 keping roti putih
✅3 biji telur
✅1 sudu kecil esen vanila
✅400ml susu penuh krim
✅1 sudu kecil baking powder
✅1 cawan tepung gandum
✅Cheese mozarela diparut
✅Saba Ayam Brand (Mackerel Flake)


Cara Penyediaan

1.Gelek roti bagi nipis dan tekap dengan mangkuk kecil atau cawan

2.Untuk buat adunan telur, masukkan telur+ esen vanila+susu penuh krim dan kacau bagi sebati

3.Masukkan baking powder dan tepung gandum.masukkan sedikit demi sedikit

4.Bentukkan roti macam kulit tart

5.Taburkan parutan cheese

6.Masukkan kepingan Saba (Mackeral Flake) Ayam Brand

7.Tuangkan adunan telur tadi.

8. Akhir sekali aburkan sedikit cheese yang diparut

Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit dan mengikut kesesuaian oven masing-masing. Siap untuk dihidang




Dalam bahasa Jepun, Saba membawa maksud mackerel Pasifik atau lebih dikenali sebagai ikan tenggiri biru. Ikan tersebut bukan sahaja memiliki tekstur rasa yang enak, bahkan mempunyai kandungan protein, vitamin, mineral dan asid lemak Omega-3 EPA dan DHA.

Sesuai sebagai breakfast, snek petang untuk dibawa piknik, potluck atau menu sebarang majlis.

Selamat Mencuba

Post a Comment

Lebih baharu Lebih lama