Siapa pernah makan Yee Sang Apa rasanya ya?Sebagai rakyat Malaysia yang hidup berbilang kaum tidak salah kalau kita pun turut mengetahui simbolik Yee Sang ini. Menghormati adat dan budaya agama lain menjadikan kehidupan kita lebih harmoni.
Setiap kali tibanya Tahun Baru Cina, Yee Sang merupakan makanan tradisi yang pastinya menjadi hidangan utama ketika makan besar pada malam perayaan bersama keluarga.
Sempena Perayaan Tahun Baru Cina | Chinese New Year tahun ini dapatlah kami merasa Yee Sang daripada Shangri-La's Rasa Sayang Resort and Spa. Teruja sangat. Sebelum tu, nak tanya korang tau tak apa maksud Yee Sang.
Yee Sang ialah sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou. Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain. secara harifah, "yusheng" diterjemah menjadi "ikan mentah", namun boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan
Masyarakat Cina percaya bahawa semakin tinggi Yee Sang diangkat ketika digaul, maka lebih banyak kemakmuran yang bakal dinikmati sepanjang tahun. Menu ini biasanya disajikan sebagai hidangan pembuka dan dianggap sebagai simbol penyatuan, kemakmuran dan lambang kemurahan rezeki yang akan diperoleh sepanjang tahun tersebut.
Tahun ini ada rezeki kami merasa Yee Sang. Teruja sangat. Tapi kali ini pada tahun 2021 disebabkan PKP/MCO tak boleh sambut Chinese New Year, so Shangri-La's Rasa Sayang Resort and Spa ada buat Virtual Lou Sang secara online. So korang yang tak dapat balik kampung atau nak gathering bersama keluarga boleh celebrate di rumah atau di mana saja korang berada




For order kindly click bit.ly/CNYYeeSang secara pre-order & bawa pulang ke rumah sempena Chinese New Year.
Gong Xi Fa Cai 

Happy New Year 

Catat Ulasan