Pernah tak korang dengar ayat ini “jangan minum air manis, nanti kena potong kaki”?Ngerikan bila ada segelintir daripada kita yang menghidap Kencing Manis terpaksa potong kaki. Minta dijauhkan. Dan korang jangan menyangka penyakit kencing manis atau Diabetes hanya dikesan dan dihidapi oleh golongan tua atau individu gemuk sahaja. Korang silap ok!

 



Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 (NHMS 2019), 1 daripada 5 orang dewasa di Malaysia adalah penghidap Kencing Manis iaitu terdiri daripada kira kira 3.9 juta rakyat Malaysia. Statistik yang membimbangkan ini turut menunjukkan bahawa Malaysia adalah di antara negara yang mempunyai angka pesakit kencing manis tertinggi di dunia. Lebih membimbangkan, dijangka 7 juta rakyat Malaysia berkemungkinan menghidap diabetes menjelang 2025.


 



Jadi apa sebenarnya Kencing Manis? Kencing manis atau Diabetes adalah keadaan dimana paras gula di dalam darah adalah lebih tinggi daripada paras normal. Insulin yang dihasilkan oleh pankreas menurunkan paras gula (glukosa) darah. Diabetes berlaku apabila pancreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau sel badan tidak lagi peka dengan insulin (dikenali sebagai rintangan insulin)

 

Terdapat 2 Jenis Diabetes


Jenis 1


- Dikenali sebagai Insulin-Dependent Diabetes Mellitus atau  Diabetes awal remaja

- Disebabkan oleh kegagalan pancreas menghasilkan insulin

- Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja

- Hampir 10% penghidap diabetes adalah dalam kategori jenis ini



 Jenis 2 


- Dikenali sebagai Non-Insulin-Dependent Diabetes Mellitus

- 90-95% rakyat Malaysia menghidap Diabetes jenis ini

- Disebabkan oleh sel badan tidak lagi peka dengan hormon insulin

- Dikenali sebagai rintangan insulin atau penghasilan insulin yang berkurangan




Majoriti daripada pesakit Kencing Manis tidak mempunyai apa-apa symptom atau tanda. Oleh disebabkan itu, korang perlulah sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali. Sudah memadai untuk periksa tekanan darah dan juga gula dalam darah.

 

Simptom-simptom kencing manis ini selalunya akan timbul jika pesakit mempunyai bacaan Kencing Manis yang sangat tinggi. Simptom tersebut adalah:


  • kerap membuang air kencing
  • sentiasa merasa haus dan mengambil air dalam kuantiti yang banyak
  • sentiasa rasa lapar dan asyik makan
  • kerap bangun malam untuk buang air kencing
  • Mendapat jangkitan kuman yang teruk dan susah sembuh
  • Kaki dan tangan rasa kebas



Penyakit ini selalunya berpunca daripada beberapa faktor risiko. Faktor risiko tersebut adalah



Malah, golongan yang berisiko ini selalunya tidak mempedulikan keadaan kesihatan mereka sehinggalah mereka disahkan menghidap Kencing Manis. Penyakit ini boleh menyebabkan banyak komplikasi seperti kegagalan buah pinggang, serangan jantung, lumpuh, kabur penglihatan dan amputasi.




Dalam situasi pandemik COVID-19 ini, 83% kematian adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya satu masalah kesihatan. Pesakit Kencing Manis merupakan penyumbang terbesar kepada kematian COVID-19 iaitu sebanyak 70%. Manakala 64.9% kematian pesakit COVID-19 mempunyai masalah darah tinggi (Statistik Kematian COVID -19 di Malaysia, 11 Oktober 2020).


Statistik Kematian COVID-19 di Malaysia, 11 Oktober 2020
 

KAWALKENCINGMANIS.COM | PROGRAM PERCUMA 100% YANG MENGEMBALIKAN SENYUMAN KEPADA PENGHIDAP KENCING MANIS

 

Bagaimana nak mengawal Kencing Manis? Terkini sebuah platform sehenti yang diterajui ahli professional kesihatan telah dilancarkan awal Januari lalu bagi memberikan pemantauan kesihatan secara PERCUMA kepada mereka yang menghadapi masalah Kencing Manis. Program secara atas talian ini bakal dilaksanakan selama 14 hari bermula daripada 1 Februari sehingga 14 Februari 2021.

 



Program ini terdiri daripada Doktor Perubatan, Dietitian dan Nutritionist yang akan memberi sokongan serta memantau 150 orang ahli terpilih yang berdaftar di laman sesawang www.kawalkencingmanis.com. Program ini tidak hanya terbuka kepada mereka yang telah disahkan oleh doktor sebagai penghidap Kencing Manis. Malahan, ia turut memberi peluang kepada mereka yang berisiko tinggi menghidap Kencing Manis serta kenalan terdekat mereka dengan masalah yang sama.

 

Sehubungan itu, pelbagai aktiviti pemantauan telah disusun bagi membantu para peserta yang menyertai program selama 14 hari ini. Di antaranya termasuklah:

 

  • jadual pemakanan bagi menurunkan tahap bacaan gula dalam darah
  • akitiviti senaman tanpa perlu keluar rumah
  • latihan pengawalan stress
  • kaedah tidur lena tanpa rasa dan gangguan ingin ke tandas setiap malam
  • kaedah dan cara pengambilan nutrisi yang berkesan dari sumber alam semulajadi

  





Pastinya ini adalah peluang terbaik bagi para penderita Kencing Manis dalam usaha untuk mengembalikan nikmat kesihatan dan kesembuhan sepenuhnya secara langkah demi langkah dengan mendapatkan pemantauan berpandu daripada yang pakar.


 

Sekiranya korang terlepas mengikuti program PERCUMA ini, sertai batch seterusnya yang akan dijalankan pada 1-14 Mac 2021. Dapatkan langkah proaktif dalam mencegah dan mengawal Kencing Manis dan DAFTAR SEKARANG di

 

Laman Web: www.kawalkencingmanis.com


FB Page:  Kawal Kencing Manis


Instagram: Kawal Kencing Manis


Kesimpulannya, jaga pemakanan korang dan amalkan gaya hidup yang sihat. Sayangi diri korang dan keluarga!Share maklumat ini kepada orang sekeliling korang terutama orang yang tersayang. Sharing is caring.

6 Ulasan

  1. Nak join camne min?

    BalasPadam
    Balasan
    1. klik kat web tu www.kawalkencingmanis.com

      Padam
  2. Best nya kan ade platform macam ni. Tak sabar nak ketahui tentang kesihatan diri.

    BalasPadam
  3. program yang bgos ni, sbb kita tau covid mostly attack yg ada kencing manis kan

    BalasPadam
  4. Sangat bermanfaat artikel ini, Bagus.

    Penyakit lemah tenaga batin Evo7ori boleh bantu!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama