Tempat Menarik di Perak | Natasya Riverside Caravan Park | Cuti krismas hari tu balik kampung setelah sekian lama tak boleh merentas negeri. Adik beradik semua balik. Macam biasa..memang kecoh bila berkumpul ramai2..mula2 tak plan kemana2..tapi terkejut tergempor bila mak nak pergi jalan2..haha..ater last minit memang full semualah kan tapi alhamdulilah ada rezeki kami pergi bermalam tepi sungai dekat Natasya Riverside Caravan Park.




Senang jer exit tol Kampar..lepas tu belok kiri..jalan sikit belok kiri lagi. Jalan ke dalam sikit..jumpalah chalet tu.


Love dengan environment sekitar hutan kebun tu, sejuk mata memandang. Sayangnya hari kami sampai tu baru lepas hujan lebat. Ayor sungai naik. Ayor sungai dah macam Teh Tarik. Deraih ayornya uii..seriau. Tak dapatlah kami mandi petang tu..just pusing2 hutan kebun tu dan makan2 (bawa bekal dari rumah) di tepi sungai.










Sebelum nak pergi tu kak ipar sempat masak makan tengahari..dapatlah kami makan2 kat tepi sungai walaupun time tu ayor sungai tengah naik ekeke





Kome tengok ayor sungai deraih dan kaler teh tarik..tapi seronok dapat makan ramai2 dengan adik beradik tepi sungai


Sorang pakcik ni cakap..insyallah pagi esok ayor surut bolehlah kome mandi haha.

Natasya Riverside Caravan Park ni ada macam2 bilik..kome boleh stay kat van caravan, pondok, bilik, atau khemah. Masa kami nak booking semua penuh, tinggal 4 bilik jer. Memang cukup2lah untuk kami 4 family. Bilik ada yg ekon 2 katil queen dan ada yg kipas saja 3 katil single.



Van caravan tu kalau kome nak sewa 1 malam RM280..sekali tengok syok gak stay dalam tukan..macam bercamping style omputeh hihi

Alhamdulilah pagi tu kami tengok ayor dah surut, dah boleh mandi tapi sebelum tu kami breakfast dulu. Korang boleh jer request breakfast, lunch, dinner atau supper..diorang boleh buatkan. Hari tu kami order kopi o kosong..kan memalam sejuk..diorang hantar sampai depan pintu hihihi









Rupanya tempat ni owner dia Datin Munirah, kawan Dato Alif Syukri hihi



2 Ulasan

  1. sronok juga tu kalo dpt pengalaman stay dlm van caravan..slalu tgk yg travel overseas ada stay dlm van caravan

    BalasPadam
  2. eh bestnya tempat ni, terima kasih kongsi!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama