Bila usia sudah berada di
pertengahan 30an, kulit kita semakin hilang kelembapan dan keanjalan. Teringat 3
tahun lepas, kisah kawan pejabat El, dia cerita, anak buahnya rajin pakai gel
pokok lidah buaya atau dipanggil Aloevera dirumahnya. Tiap-tiap pagi mesti
potong pokok Aloevera dan sapu ke mukanya. Katanya, memang bagus untuk kulit.
Memanglah pokok Aloevera mempunyai khasiat
dan kegunaan yang sangat bermanfaat untuk kegunaan manusia samada dalam bidang
perubatan atau kosmetik dari hujung rambut sampailah hujung kaki. Tapi
kat rumah El manalah nak cari pokok lidah buaya tu. So sekarang tak payah risau
mujur sekarang alove vera ada dalam bentuk gel. Ia lebih mudah disimpan di
dalam peti sejuk, tahan lama dan menjimatkan masa.
My Favourite
Recipe By Neula Aloe Soothing Gel
Gel yang
cepat menyerap memberikan rasa menyegarkan pada kulit. Memberi kesan
menenangkan dan melembapkan pada kulit sensitif. Menjaga kesihatan permukaan
dan badan. Ia ringan pada kulit dan boleh digunakan untuk melembapkan wajah,
lengan, kaki dan rambut. Melembapkan kulit dengan cepat tanpa meninggalkan rasa
melekit di kulit.
Teksturnya sangat ringan, cepat meresap ke dalam kulit dan paling besttak melekit langsung. Sejurus korang apply kat muka atau seluruh badan, gel ini cepat meresap.
Kebaikan
My Favourite Recipe By Neula Aloe Soothing Gel
1. Eye Pack
Korang
yang ada masalah mata panda atau eye bag tu boleh sapukan gel ini. 1) Cara senang
jer, just ambil kapas biasa (yang selalu pakai untuk sapu toner tu. 2)Letak gel
di atas kapas. 3) Apply kapas tadi di bawah mata korang. 4) Apply selama 10-20
minit. Tapi El lagi suka letak dalam peti ais dahulu kapas tu sebelum apply di
bawah mata. Feel so good. Penggunaannya yang teratur membantu
mengurangkan kedutan dan lingkaran hitam di sekitar mata dan menjadikan mata
tampak segar.
2. Base Makeup untuk kulit glowing
Kalau korang nak tahu, El selalu guna aloevera ini sebagai base
makeup untuk dapatkan kulit yang glowing dan resultnya mekap korang akan lebih
bertahan lama. Sebelum makeup, 1st korang apply aloevera. Sapu keseluruhan
muka. Korang juga boleh mixkan aloe vera gel ni dengan foundation korang dalam ukuran
ratio 2:1.
3. Mask Pack for moisturizing
Aloe
Vera ini memang bagus untuk kulit kita sebab kulit kita juga perlukan
kelembapan (moisture) dan pernafasan yang baik..baru lah kulit muka kita sihat,
segar dan awet muda gitu. Aloevera juga boleh digunakan untuk dijadikan sebagai
mask pack. Korang boleh apply aloevera sahaja ataupun boleh campurkan dengan
bahan yang lain seperti lemon, putih telur dan sebagainya. Caranya sapukan gel
aloe vera ni pada kertas mask (mask yang dah kering) ataupun sapu sahaja pada
kulit keseluruhan muka kita dan biarkan selama 15-20 minit then cuci muka guna
air biasa. Boleh apply seminggu 2 atau 3x seminggu.
4. Sebagai pelembap selepas terkena sunburn
Korang
tahu sajalah, Malaysia ni memang panas. Kalau korang tak apply lotion/gel
memang akan menyebabkan kulit kita bertambah teruk. Bila kulit terkena sunburn
memang rasa sakit dan perit-perit sampai merah-merah kan? That’s why, gel
aloevera ini El selalu apply kalau terkena sunburn tu. Lagi bagus kalau korang
apply sebelum keluar ke mana-mana. Please protect your skin ok.
5. Pelembap
Kalau tak
pakai makeup pun, El selalu jer apply Aloe Vera. 1st dia tak ada
sebarang bau dan tak mudah melekit. Senang nak apply sebagai pelembap. Dah yang
best Aloe Vera ni adalah 98% original dan sesuai untuk semua jenis kulit ialah
mempunyai sifat membersih dan anti-septik, bertindak dengan kuat terhadap
bakteria, virus dan kulat. Hasilnya Aloe Vera dianggap hebat untuk mengubati
jerawat dan mengekalkan kulit berseri dan segar. Korang boleh apply di muka
atau seluruh anggota badan selepas bangun dan sebelum tidur.
6. Hair Treatment
Aloe Soothing Gel ini pula boleh juga digunakan sebagai hair
treatment. Kalau korang ada masalah rambut rosak, bercabang, kering dan
sebagainya, boleh apply gel ini mendapat kelembapan rambut, mempertahankan
kekuatan rambut dan mencegah rambut dari gugur dan rosak. Caranya selepas
mandi, keringkan rambut dan apply gel di keseluruhan rambut. Yang memakai
tudung, selepas sapu gel di rambut, biar seketika dahulu dalam 5 minit barulah
pakai tudung.
7. Penjagaan kelembapan untuk seluruh badan
So far, apa yang El kongsikan di atas kebaikan Aloe Vera ini
sangat bagus untuk melembapkan seluruh badan dari hujung rambut hingga ke
hujung kaki. Ianya akan menyerap ke dalam kulit dengan cepat untuk
meningkatkan kelembapan. Memberikan anda rasa yang lembut dan licin di samping
menyamankan kulit anda.
8. Essence Penjagaan Kuku
Kepada
sesiapa yang ada masalah kuku tangan ke kuku kaki ke boleh apply gel aloe vera
ni pada kuku korang. Lagi-lagi wanita yang suka memasak. Mesti ada masalah kuku
tangan semua. Terkopaklah, kuku kasarlah macam-macam kat dapur tu. Trylah sapu
dengan gel ini selepas habis buat kerja rumah/dapur. Insyallah dapat
mengurangkan kerapuhan kuku korang tu dan kuku korang akan nampak berkilat.
9. Krim pencukur / krim selepas bercukur
Biasanya
selepas shave, kulit mesti jadi sensitifkan, kemerahan, kasar dan kadang-kadang
boleh jadi gatal? Selalunya El akan apply gel Aloe Vera ini selepas sahaja
shave. Gel ini boleh mengurangkan kegatalan atau kemerahan pada kulit korang
insyallah. Trylah.
Bencikan kalau kulit kering bahagian lutut dan sikut. Nampak
buruk. Walaupun pakai baju lengan panjang tertutup bagai, tapi kenalah jaga
juga. Seperti biasa apply sahaja gel Aloe Vera ini di bahagian siku dan lutut
setiap hari. Insyallah kulit sentiasa lembap dan tidak rosak lagi.
11. Non Peeling Foot Mask
Banyak sebenarnya kegunaan gel Aloe Vera ini. Salah satu yang
El nak share ialah sebagai Non Peeling Foot Mask. Gel Lidah buaya mempunyai
sifat bakterus dan bakteriostatik, merangsang peredaran darah. Ia akan
menghidrat kulit dan membantu mengekalkan kelembapan, mengurangkan keradangan
yang memberikan sifat menenangkan dan melembapkan. Ia berkesan untuk penuaan
dan memulihkan kulit yang rosak.
12. Kelembapan tumit retak
Korang yang mengalami kesan tumit merekah macam El ni.
Bolehlah try sapu gel ini setiap hari kerana khasiatnya dapat mengurangkan
kesan rekahan dan mengekalkan kelembapan pada bahagian berkenaan.
Selain itu juga, korang pun tahu Aloe Vera ini juga boleh
merawat luka sehingga sehingga
tidak meninggalkan parut dan mempercepatkan penyembuhan kesan melecur,
terbakar. Sebab itu bagusnya kalau rumah kita ada simpanan gel Aloe Vera ini
(kalau takada pokoklah kan)
Disebabkan bekasnya yang agak besar, memang susahlah nak bawa kemana-mana. Rugilah tak bawa sekali. So, El masukkan sedikit dalam bekas yang kecil, sesuai masuk dalam beg. So boleh digunakan bila-bila masa di mana saja berada.
El rekemen sangat gel ni. Memang 5 bintang. Aloe gel ini bukan saja untuk kita pakai, malah untuk satu family juga. Korang boleh cuba My Fav New Recipe by Neula Aloe Soothing Gel ini dan dapatkan di farmasi dan hypermarket berdekatan dengan korang ok. Atau korang boleh beli di shopee klik sini https://bit.ly/3hysH4d
Untuk maklumat lanjut korang boleh layari
Website: https://www.kirayent.com/
Facebook: https://www.facebook.com/kirayskincare/
bestnya tengok kak el letak gel aloe ni dekat tangan. Rasa sejuk! Banyak manfaat dia dalam satu bekas tu. Memang berbaloi beli
BalasPadamFana pun ada pakai, tapi jenis aloe vera mist. Memang bagus sangat. Kalau rasa malas nak pakai moisturizer terus spray je muka guna mist. Sejukkkkk.
BalasPadamBagus ni satu produk boleh berkesan utk semua... berapa lak harganya?
BalasPadamI love this kind of aloe Vera shooting gel. Makes my skin supple and feel cool. I am now using Faceshop aloe Vera gel.
BalasPadamWow banyaknya kegunaan y i tak tahu.. I ada simpan jugak aloevera gel. Kadang-kadang i guna. Haah setuju sgt.. Aloevera ni cepat menyerap dan tak tinggalkan rasa melekit kat kulit.
BalasPadamBagus kann produk ni, Sis dari mula keluar sampai sekarang masih guna, letak kat tangan dan kaki sebelum tido, beli plak masa tu kirim gan kawan pi Korea, sampai 3 bekas besar, so memang tak habis-habis lagi tu...
BalasPadamProduk ni memang banyak kelebihan. So xpayah risau nak guna. Kat rumah pun mesti kena ada satu
BalasPadamsaya pun antara pengguna produk berasaskan aloe vera. banyak khasiatnya :)
BalasPadamapply sejuk-sejuk memang best.
BalasPadamgel ni atie pernah pakai..tempat lain okay..sejuk and lembab tapi klu sapu muka..jadi gatal :(
BalasPadamCatat Ulasan