Ada tak yang tengah
menunggu apa-apa berita mengenai MATTA Fair tu? Kalau dah kaki melancong tu
mustahil la tak ada. El rasa ramai je yang tengah menunggu perkhabaran mengenai
MATTA Fair ni kan. So, El akan share sedikit info mengenai MATTA Fair. Kalau diikutkan,
MATTA Fair ni akan berlangsung pada bulan Mac dan September seperti yang
berlaku pada tahun-tahun sebelum ni. Tetapi disebabkan beberapa faktor yang tak
dapat dielak, ia terpaksa di tangguhkan sehingga ke bulan Mei.
Ia dianjurkan oleh pihak
MATTA sendiri which is full name nya ialah Malaysia of Tour & Travel Agents
dan persatuan ini dikelolakan oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan
Kebudayaan Malaysia. Seperti tahun-tahun yang sudah, ia diadakan secara
besar-besaran di PWTC dan masih dikekalkan di situ bagi tahun 2020 ini
disebabkan review positif daripada pengunjung di mana ia lebih mudah diakses
kerana mempunyai banyak pengangkutan awam yang tersedia. Tiket masuk bagi MATTA
Fair pula ialah RM4 seorang.
MATTA Fair atau dikenali
juga sebagai expo pelancongan ini merupakan acara tahunan bagi agensi-agensi
pelancong di Malaysia. Jadi, pada yang belum tau, apa yang boleh dijangkakan
daripada MATTA Fair 2020 promotion
package? Jawapan El, sangat banyak. Jika MATTA Fair pada tahun lepas
mempunyai 293 pempamer yang menyertai expo ini, jadi apa yang El jangkakan,
jumlah itu bakal bertambah pada tahun ini kerana begitu banyak kesan positif
dan keuntungan yang diperolehi daripada MATTA Fair yang lepas. Jadi secara
tidak langsung, sudah pasti banyak agensi yang dapat menawarkan pakej-pakej
percutian pada harga yang tidak masuk akal kepada kita.
Sepanjang expo pelancongan
ini berlangsung, ia boleh dibahagikan kepada 3 bahagian utama bagi memudahkan kita
untuk mencari booth dan agensi yang dapat menawarkan pakej percutian menarik.
Pakej Percutian
Antarabangsa
Di bahagian ini, ada banyak
agensi-agensi pelancongan yang bakal memberi tawaran-tawaran pelancongan diluar
jangkaan. Menurut rekod yang dicatatkan pada MATTA Fair 2019, antara negara
yang menjadi pusat tumpuan pengunjung ialah Korea Selatan, Japan, Vietnam,
Thailand, Australia, Turki dan banyak lagi. Pakej percutian secara berkumpulan
ke luar negara adalah yang terlaris dan jika tidak ingin melepaskan peluang
ini, wajib datang ke MATTA Fair 2020.
Pakej Percutian Domestik
Berlainan pula bagi
percutian di dalam negara. Jika berminat untuk mendapatkan pakej percutian di
dalam negara, boleh lah berkunjung ke booth Lembaga Pelancongan Negeri bagi
mendapatkan info-info terkini mengenai destinasi-destinasi pelancongan yang
menarik. Selain daripada mencari pakej percutian, ramai juga pengunjung yang
mencari pakej murah bagi pas masuk untuk beberapa taman tema yang terkemuka di
Malaysia. Antaranya yang terkenal ialah LEGOLAND, Sunway Lagoon, Desaru Theme
Park, dan beberapa lagi taman tema yang lain. Jadi kalau bercadang untuk
menghabiskan masa untuk melancong di dalam negara sahaja, boleh la start survey
tawaran terbaik yang ada di bahagian pakej domestik ini.
Bahagian Pakej Umrah
Seperti yang kita tahu,
pakej bagi umat islam untuk melakukan umrah bukanlah murah bagi sesetengah
rakyat di Malaysia. Tetapi jika ingin cuba mendapatkan tawaran pakej umrah yang
lebih murah daripada harga biasa, boleh lah survey di MATTA Fair ini. Banyak
agensi-agensi yang terbaik hadir sebagai pempamer bagi menawarkan pakej umrah
pada harga yang berpatutan, murah dan mampu milik. Mana tahu, jika ada rezeki,
tawaran yang disediakan di sana dapat memenuhi bajet yang ada untuk menunaikan
umrah pada masa akan datang.
Janganlah berputus asa dan
bersedih jika kita tidak berpeluang untuk datang ke MATTA Fair ini. Kita tidak
akan rugi kerana masih terdapat lagi platform yang boleh digunakan bagi merebut
tawaran-tawaran menarik untuk percutian nanti. Korang boleh cuba menggunakan
aplikasi Traveloka sebagai pilihan kedua. Ramai yang masih beranggapan bahawa
Traveloka hanya satu aplikasi yang berfungsi untuk menempah hotel penginapan.
Mereka silap. Kini Traveloka sudah pun memulakan langkah dengan menawarkan
perkhidmatan untuk mencari tiket-tiket penerbangan di dalam dan diluar negara.
Sebagai contoh, korang boleh mendapatkan harga promotions on Jetstar flights sebagai syarikat penerbangan untuk ke destinasi-destinasi menarik
di dalam negara dan negara di benua Asia. Selain daripada itu, boleh juga
membandingkan harga-harga airline di Traveloka bagi memudahkan membuat pilihan
mengikut bajet percutian ada. Nasihat El, jangan lupa untuk melihat juga
pembelian pas masuk secara online ke tempat-tempat menarik seperti taman-taman
tema, Aquaria, LEGOLAND dan banyak lagi yang telah ditawarkan oleh Traveloka.
El! Aku nak ajak pegi bercuti ke Penang pun Pak Imam aku liat benor nak dibawaknya.. Sakit naw hati ni tau.. ;(
BalasPadamSeronok ni kalau dapat pi matta fair.. Tgk la kalau ada kesempatan blh la mai
BalasPadamKalau dpt pergi mmmg dpt grab dan tengok banyak tempat murh.. Syok. Tapi tu la taknak berhimpit.. Sudhnya tengok travloka
BalasPadambest ni, Nak pergilah ke Matta fair untuk mencari pakej menarik untuk bercuti dalam dan luar negara...
BalasPadamKaki travel memang suka datang ke Matta Fair ni sebab banyak pakej menarik bercuti yang disediakan
BalasPadamMacam2 ade dekat matta fair ni kan.. Rasa seronok lak kalau lah dekat dh lama pergi
BalasPadamThanks for sharing, hopefully my then the situation will be better
BalasPadamCatat Ulasan