Malaysia Book of Records Raikan Rakyat Malaysia Yang Luar Biasa Pada Acara MBR Live 2019
● Edisi kedua MBR Live! Dilihat terus
memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mencipta pencapaian luar biasa
dan melangkaui had mereka
● 45 rekod didedahkan, 39 cubaan
memecahkan rekod dan 7 rekod yang menyeronokkan dibuka untuk penyertaan orang
ramai sepanjang 3 hari acara ini berlangsung
Pulau Pinang, 20 September 2019 – Bagi meraikan rakyat Malaysia yang sanggup mencabar diri
mereka untuk memecahkan rekod, Malaysia Book of Records melancarkan acara (MBR Live!) 2019 – Extraordinary Malaysia
pada hari ini di Gurney Plaza, Pulau Pinang. Bertujuan memberi inspirasi kepada
lebih ramai rakyat Malaysia untuk mencatat pencapaian hebat dan melangkaui had
mereka, edisi kedua siri jelajah MBR Live! Itu akan diadakan bermula 20 hingga
22 September 2019.
![]() |
Tuan Chow Kon Yeow - Chief Minister of Penang, giving his speech before officially launching MBR Live! 2019, themed “Extraordinary Malaysia” |
Bertemakan “Extraordinary Malaysia”, MBR Live! 2019 dianjurkan pertama kali di Pulau
Pinang dan dilancarkan secara rasmi oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan
Chow Kon Yeow. Program yang diadakan secara langsung itu menjadi satu platform
untuk memberi inspirasi dan menggalakkan semangat patriotik dalam kalangan
rakyat Malaysia kerana mereka boleh menyaksikan cubaan memecahkan rekod,
mengetahui lebih lanjut tentang orang Malaysia yang luar biasa dan cuba untuk
menjadi pemecah rekod itu sendiri.
![]() |
Mr. Christopher Wong - COO of Malaysia Book of Records delivering his opening speech |
Berucap pada majlis pelancaran, Ketua
Pegawai Operasi The Malaysia Book of Records, Christopher Wong berkata,
“Malaysia Book of Records ialah badan rasmi yang mengiktiraf pemegang, pemecah
dan pencipta rekod di Malaysia. Kami ingin memberi inspirasi kepada rakyat
Malaysia supaya mencapai sesuatu yang lebih hebat dan melangkaui had keupayaan
mereka. Siri Jelajah MBR Live! Pertama yang diadakan di Lembah Klang tahun lalu
mencatat kejayaan besar. MBR Live! menjadi satu platform yang ideal buat rakyat
Malaysia menyerlahkan bakat, menggalak dan memberi inspirasi kepada orang lain
untuk menyahut cabaran serta mencapai kejayaan lebih besar setiap tahun.
Sepanjang acara yang berlangsung selama
tiga hari itu, MBR Live! 2019 akan mendedahkan 45 rekod baharu, 39 cubaan
memecahkan rekod secara langsung serta 7 cubaan mencipta rekod yang
menyeronokkan dan terbuka kepada penyertaan orang awam.
![]() |
Ms. Jessica Loo, who holds the record of being the First to Play Violin While Paragliding, serenading the crowd with her solo violin performance. |
Orang Pulau Pinang berpeluang
menyaksikan rakyat Malaysia mencabar satu sama lain untuk mencatat 39 rekod
dalam masa sebenar. Rekod itu termasuklah ‘Lukisan Kopi Pertama menggunakan
Kopi Starbucks Sebagai Cat’, ‘Jumlah Api Paling Banyak Dimakan dalam masa 60
Saat’, ‘Masa Terpantas Melepaskan Diri daripada Sangkar Air’, ‘Tekan Tubi
paling banyak dengan tapak tangan diterbalikkan dalam tempoh 1 minit’ dan ‘Bermain
Biola sambil Membuat Paragliding Buat Pertama Kalinya’.
![]() |
Mr. Kimmy Liew in his attempt to break the record of Most Number of Fire Torches Eaten in 60 Seconds, achieved the result of 59 fire torches in 60 seconds. |
Bukan itu sahaja, tujuh cubaan
mencatat rekod yang menyeronokkan akan dibuka untuk disertai oleh orang ramai
sepanjang acara MBR Live! 2019. Rekod-rekod itu ialah Masa Terpantas Mengeja
A-Z secara Terbalik, Jumlah Sushi Paling Banyak Dimakan Tanpa Menggunakan
Tangan, Masa Paling Lama Melompat Dengan Tali Skipping, Menyusun Duit Syiling
Paling Pantas, Masa Terpantas Membina Susunan 15 Gelas, Posisi Plank Paling
Lama dan Masa Terpantas Minum Sebotol Minuman Ringan. Para peserta yang
mengambil bahagian dalam cubaan memecahkan rekod yang mengujakan ini akan
diberikan sijil penyertaan.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB
Steven Sim dijangka hadir ke majlis penutup MBR Live! 2019 serta menyampaikan
sijil kepada para penaja dan pemegang rekod pada 22 September.
Para pengunjung dijemput untuk melihat
sendiri pendekatan unik ini sambil meraikan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia
menerusi satu acara cubaan memecahkan rekod mulai 20 hingga 22
September, 10am hingga 10pm di Gurney Plaza, Pulau Pinang.
Great job for publishing such a beneficial web site. Your web log isn’t only useful but it is additionally really creative too. Get 1000s of Twitter hashtags using Keyword Tool for (FREE)! Grow your Twitter followers & find trending topics. #1 BEST alternative to Twitter search!
BalasPadamCatat Ulasan