Hai semua, belum terlambat lagi rasanya nak mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin pada semua kawan-kawan dan follower El. El dah start kerja hari ini. Korang masih bercuti ataupun baru start bercuti?Malam raya El dah start demam. Mana tak demam minggu tu El kerja kuat buat kuih raya, cuci rumah dan beli apa yang patut. Tetiba mil cakap semua berkumpul rumah El. Eh takan lah nak tengok rumah tak cantik. So 2x jugaklah El pergi ikea. Haha..alah takde beli apa pun beli yang kecil dan murah jer..
So malam raya El dah start demam. Malam raya pun El masih buat kuih raya tau. Siang tu El gigih letak pulut dalam daun palas. Dah siap, El pun rebus dan buat rendang untuk berbuka. Mujurlah ada Rendang Mak Siti. Jadi masak jadi senang. Sekarang ni semua rempah ratus Mak Siti mesti wajib ada stok di dapur. Dah macam bff pulak. Kerja masak pun cepat, sedap dan senang.
Malam raya tu El bertukanglah 3 ekor ayam untuk buat rendang. Alhamdulilah semua puji rendang El tu. Alah bukan puji El, puji perencah Rendang Mak Siti. Kalau tak ada perencah rendang Mak Siti memang kelam kabut kat dapur tu.
Macam-macam produk Mak Siti ni. Korang pernah try tak produk-produk Mak Siti ni. Menyenangkan kerja2 masak didapur. Pagi raya tu menu yang El masak, Rendang Ayam, Gulai Ikan Kering, Nasi Minyak, Kurma Daging dan Ayam Ros. Semua pakai produk2 rempah dari Mak Siti. Alhamdulilah semua kenyang dan puji sedap hihi.
Sejarah dan latar belakang di sebalik Kejayaan Mak Siti
Pada 1973, bapanya mengambil keputusan membuka sebuah kilang rempah menggunakan jenama ‘Mak Siti’ di Gombak, Selangor. Kini Mak Siti merupakan jenama rempah ratus yang sudah sebati dalam kalangan suri rumah dan tukang masak.
Namun, bukan mudah meneruskan legasi perniagaan ini lebih-lebih lagi Siti Khawa Jannah Nasuha, 38, terpaksa bergelut untuk mengembangkan perniagaan milik keluarganya.
Pada awalnya, Siti Khawa tertekan kerana pada bahunya terpikul harapan dan beban untuk memajukan perniagaan keluarga sedangkan dia tidak mempunyai pengalaman. Selepas menamatkan pengajian, dia terjun dalam dunia perniagaan keluarga dan keadaan pasaran Mak Siti waktu itu tidak menentu. Berlaku penyelewengan dalam kalangan pekerja dan ramai pekerja yang tidak percaya akan kemampuannya. Perlahan-lahan, Siti Khawa memperbaiki pengurusan perniagaan dan dia berjaya bangkit untuk memastikan jenama itu bertahan.
Mengimbau permulaan jenama Mak Siti, legasi ini merupakan usaha bapanya, Nasuha Kasian dan ibunya, Siti Hajir Salleh. Bapanya sanggup bekerja di beberapa kilang rempah untuk mendapatkan ilmu dan kepakaran tentang rempah ratus. Menurut Siti Khawa, seperti sirih pulang ke gagang, pertemuan bapanya dengan bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman sekitar 1997 kemudian membawa perniagaan ini ke kampung halaman mereka di Muar iaitu di Jalan Pagoh.
Keluarganya mengambil keputusan untuk membuka kilang atas tanah berkeluasan 1,295 hektar di Jalan Pagoh. Kemudian, mereka menanam pelbagai jenis tanaman rempah ratus dan herba yang kini berjumlah lebih 6,000 jenis hingga menubuhkan beberapa anak syarikat lain yang turut mengeluarkan produk yang berbeza.
Sementara itu, menceritakan detik awal pembabitan dalam perniagaan, Siti Khawa berkata, minat berniaga tercetus sejak di bangku sekolah dan keinginannya untuk membantu meringankan beban ibu bapanya yang bersama-sama menguruskan perniagaan ini.
Selepas menamatkan pengajian Sarjana Muda Kepujian Kewangan (Akauntan) di Universiti La Trobe, Melbourne, Australia pada 2005, Siti Khawa kembali ke tanah air membantu ibu bapanya menguruskan perniagaan rempah ratus tersebut dan dilantik sebagai Pengurus Besar Nasuha Enterprise Sdn.Bhd.
Bagi Siti Khawa, usaha mempertahankan perniagaan keluarga daripada satu generasi kepada satu generasi selama lebih 40 tahun amat mencabar terutama apabila berdepan persaingan sengit jenama rempah ratus lama dan baharu.
“Berniaga bukan mudah kerana ia memerlukan bakat, kesungguhan dan paling penting perlu ada ilmu. Elemen lain ialah keikhlasan dalam melaksanakan tanggungjawab. Tidak berhenti menambah ilmu serta cekal ketika berdepan pelbagai cabaran.
“Jika tiada semua elemen ini, kita perlu cari sampai dapat kerana kesemua elemen itu bakal menentukan sama ada kita mampu menjadi usahawan berjaya atau sebaliknya. Ini kerana sebarang kesilapan boleh membuatkan kita kecundang dalam perniagaan.
“Hendak bangunkan semula perniagaan bukannya mudah kerana memerlukan semangat juang yang tinggi. Justeru, jangan sesekali menyerah kalah dan buat sesuatu hingga berjaya,” katanya yang turut berjaya menamatkan pengajian ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Malah katanya, sejak ibu dan bapanya melibatkan diri dalam dunia perniagaan, Siti Khawa telah menyaksikan sendiri betapa sukarnya mereka menempuhi segala cabaran demi sebuah kejayaan.
“Memandangkan ibu bapa saya telah membawa perniagaan mereka ke tahap sekarang, tugas dan cabaran utama yang perlu saya lakukan ialah mengembangkannya lagi warisan perniagaan yang telah diasaskan ini,’’ ujarnya.
Dalam pada itu, falsafah hidup Siti Khawa ialah jangan mudah berputus asa.
‘’Saya tidak pernah merasa berputus asa dalam mengejar impian. Setiap halangan dan cabaran yang mendatang akan menjadi dorongan semangat untuk saya mengejar cita-cita,’’ tegasnya.
Siti Khawa mengakui rutin harian amat padat. Adakalanya dia perlu menghadiri mesyuarat hingga lewat malam. Namun, katanya, apabila terdapat waktu yang terluang, dia akan mengisi waktu yang berharga tersebut dengan sebaik-baiknya.
‘’Saya amat suka membaca dan melancong bersama keluarga dan ternyata aktiviti yang saya lakukan ini dapat membantu menenangkan fikiran dan melupakan sejenak kesibukan tugasan harian,’’ ujarnya.
Rempah-rempah Mak Siti ini korang boleh dapati di semua hypermarket, kedai-kedai runcit. Esok lusa kak ipar dari KL nak mai. Ok El dan standby rempah2 Mak Siti untuk bersilat didapur haha. Korang nak tahu lagi pasal produk2 Mak Siti boleh layari :-
FB Page : Rempah Ratus Mak Siti
IG : @rempahratusmaksiti
Website : http://www.maksiti.com
Whatsapp : 017-330 9330
These spices make cooking so much easier. Have to get them too
BalasPadamNak gi cari brand ni jugak ni hee, dh ramai try best
BalasPadamSedap tau.. Hari tu guna rempah mak siti ni kakak ipar bt masak ayam
BalasPadambelum prnah guna brand ini, banyak range dia. insyaallah nk try nt
BalasPadamAntara produk Bumiputera yang semakin dikenali. Rangkaian produk mak siti pun semakin banyak. Terbaru dlm botol lagi kan. Bagus sgt.
BalasPadamMemang wajib ada rempah mak siti kat dapur, nak masak bila bila masa je, senang & cepat.
BalasPadamRempah ratus mak siti memang jadi pilihan kan. Sedap
BalasPadamWahhh sedapppnya rempah mak siti
BalasPadamNak try jugak brand ni, tapi dekat area sis takde jual huhuhu
BalasPadamIts an incredible joy perusing your post.Its brimming with data I am searching for and I want to post a remark that "The substance of your post is magnificent" Great work. Pictaram is an online instagram tool where you can analyze your accounts instantly with its own developed algorithm. With this tool you can instantly see your own profile strength and interaction rates. This tool is completely free.
BalasPadamCatat Ulasan