Mulakan Tabiat Makanan
Sihat Sejak Kecil dengan Pasta Organik Alce Nero untuk Kanak-kanak
Didatangkan dalam bentuk
huruf dan kenderaan bersama tambahan bayam serta tomato untuk lebih kebaikan
Hai korang!Sure ada dikalangan korang yang mempunyai anak yang memilih makanan ataupun tak makan sayur. Anak El salah seorang darinya. Memang payah nak suruh makan sayur. Bila nampak sayur jer muka berkerut haha. Bila tak makan sayur tu kita risau cam mana tumbesaran diorang cukup ke nutrisi?
Baru-baru ni El diperkenalkan dengan Pasta Organik Alce Nero yang didatangkan dalam bentuk huruf dan kenderaan bersama tambahan bayam serta tomato. 1st time anak El tengok kemain suka. Suruh kita masak cepat. Sebelum tu meh nak cerita sikit pasal Alce Nero ni
Istilah ‘organik’
bermaksud makanan tersebut merupakan hasil sistem perladangan yang tidak
menggunakan baja buatan manusia dan racun serangga ke atas tanaman, makanan
aditif kepada haiwan ternakan, penggunaan radiasi serta organisma yang telah
diubahsuai secara genetik[1].
Kajian menunjukkan manfaat diet seimbang
adalah merangkumi makanan organik yang diiktiraf kerana ianya tidak mempunyai
bahan kimia daripada racun serangga. Kandungan bahan kimia ini berkemungkinan boleh
memberi impak negatif ke atas tumbesaran fizikal dan otak kanak-kanak.
Walaupun jumlah hormon dan
bahan kimia di dalam makanan bukan-organik adalah kecil, kajian menunjukkan
ianya masih berkemungkinan tinggi boleh menjejaskan pertumbuhan neorologikal
dan tingkah laku jika anak-anak terdedah padanya dalam jangka masa yang panjang.
Malah wujud juga kaitan di antara pendedahan racun serangga terhadap maklum
balas refleks neonatal, psikomotor, perkembangan mental serta gangguan
hiperaktif yang boleh mempengaruhi tahap tumpuan kanak-kanak[2].
Selain itu, wujudnya keperluan untuk menukar diet anak-anak anda kepada
makanan organik adalah untuk mengurangkan pendedahan terhadap organofosfat, sejenis racun
serangga neurotoksik yang boleh menyebabkan aktiviti di dalam sistem saraf
pusat dan periferal menjadi lebih pasif dalam kadar yang signifikan. Bahan ini
boleh didapati dalam banyak makanan bukan-organik
yang komersialkan[3].
Rasional untuk memilih diet yang lebih organik, terutama bagi
kanak-kanak sememangnya jelas. Biarpun begitu, kanak-kanak mempunyai kecenderungan
sendiri yang secara lazimnya lebih gemar kepada makanan snek yang mengandungi pewarna
berkimia, berperisa tiruan ataupun makanan segera yang telah diproses. Haih.
Salah
satu strategi yang efektif untuk ibu bapa praktikkan adalah dengan memupuk
tabiat memakan makanan sihat sejak dari usia kecil, terutama sekali makanan
organik. Bak kata pepatah, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Kaedah ini
memerlukan pendekatan yang kreatif daripada ibu bapa yang akhirnya boleh membantu
anak-anak untuk lebih cenderung kepada makanan yang lebih baik, sekali gus memastikan
mereka untuk sentiasa memilih makanan yang sihat.
Alce Nero, jenama peneraju
dalam kalangan pengguna yang peka terhadap alam sekitar dan kesihatan ada di
sini untuk membantu golongan ibu bapa memulakan tabiat pemakanan sihat, organik
dan sedap menerusi Pasta Alphabet Organik dan Pasta Bentuk
Kenderaan Organik yang sangat bagus dan comel.
Konsep makanan dari
ladang-ke-meja Alce Nero dapat dilaksanakan melalui rangkaian peladang
organiknya, membantu dalam penghasilan makanan yang lebih sihat. Penambahan
baharu ke dalam rangkaian makanan organik tulen dari Itali ini adalah disahkan 100% organik oleh Undang-Undang Kesatuan Eropah dan Perladangan
Organik JAS di Jepun,
Memasukkan
Sayur-sayuran ke dalam Diet Kanak-kanak
Pasta Organik Alce Nero untuk kanak-kanak
mengandungi kepingan huruf sayur bayam hijau dan tomato merah kering yang organik. Kanak-kanak
gemari huruf-huruf berwarna dan akan berseronok menyusun sebelum memakannya,
tanpa menghiraukan sayur-sayuran yang ada di dalamnya.
Lama-kelamaan, mereka akan sukakan rasa makanan
organik dan tidak lagi takut untuk makan sayur-sayuran! Minda mereka juga akan
dirangsang dan boleh mengenali huruf-huruf yang pastinya membantu meningkatkan
kemahiran membaca. Makan secara sihat dan mulakan kemahiran membaca dengan
Pasta Organik untuk Kanak-kanak Alce Nero!
Makanan
Organik Mesra Kanak-kanak
Kanak-kanak gemar menikmati pasta dengan sos tomato.
Oleh itu, Alce Nero adalah sebuah jenama penyelamat untuk perihal itu – dengan menawarkan
makanan organik yang mesra kanak-kanak. Untuk menyediakan Pasta Alphabet Organik Alce Nero, ikut sahaja arahan yang
disediakan dan pada masa sama panaskan Sos Tomato Pasta Alce Nero di dalam periuk.
Bergantung kepada penerimaan anak-anak anda terhadap
sayur-sayuran organik dan protein, tambah bahan-bahan yang mereka sukai.
Kemudian, letakkan sos ke atas pasta berkenaan. Anda juga boleh meletakkan
sedikit keju di atas hidangan yang enak ini dan lihat wajah ceria anak anda. Sos Tomato Pasta Alce Nero sememangnya sedap dan boleh
menjadi perisa yang enak kepada pasta organik anda untuk sesi masakan yang
singkat!
Mahu menjadikan waktu makan lebih menyeronokkan, ibu
bapa boleh berseronok bersama anak-anak dengan meminta mereka mengeja perkataan
menggunakan huruf-huruf, atau mengenal pasti kenderaan berbeza yang membentuk
pasta berkenaan. Mereka pasti bergembira dengan aktiviti tersebut sambil
menikmati Pasta Alce Nero untuk Kanak-kanak yang dapat membantu mereka
membentuk tabiat makan makanan organik sejak usia muda, selain mengukuhkan
mesej bahawa makanan organik juga sedap dan menyeronokkan!
Ibu bapa di Malaysia kini boleh
menggunakan produk-produk Alce Nero dengan yakin kerana ia
telah disahkan Halal oleh badan persijilan rasmi yang diiktiraf JAKIM.
Anak El memang hantu pasta. Tapi bukan hantu sayur haha. Teruja dia bila tengok pasta huruf dan kenderaan tu. El buatlah menu favourite dia pasta bolognese. Dia makan sampai licin. Mama pun seronok tengok dia makan sebab pasta ni ada sayuran dan organik. Bila ada Alce Nero ni kemain suruh kita masak pasta hari2. Kalaulah Alce Nero boleh sponsor pasta dan sos lagi mama masak hari2lah hihi. Eh mama pun suka pasta Alce Nero ni hey.
Untuk resepi makanan yang sihat, unik
dan organik yang boleh anda nikmati bersama si kecil, sila layari laman web https://alcenero.asia/recipes.html dan laman Facebook https://www.facebook.com/AlceNeroMalaysia/.
oh alce nero pn ada pasta utk kanak2 ...bdk2 mmg suka la kan
BalasPadamCome gila pasta mcm gini.. Kompem2 la ank2 suka kannnn
BalasPadamfirst time dengar pasal jenama ni. nampak gaya nak kena ushar2 kat pasaraya besar di bandar lah. heheehe
BalasPadamI would like to thank you for the efforts you have made in writing this article. I am hoping the same best work from you in the future as well. Thanks...Using Deskgram you can upload photos to instagram from PC/MAC, like and comment on post, follow unfollow profile, check news feed and many more.
BalasPadamcheap jordans
BalasPadamyeezys
vans shoes
coach outlet
timberland boots
coach outlet store online
kyrie 6
moncler jackets
jordan retro
longchamp handbags
Catat Ulasan