LAPARPO CAFE TEMPAT MAKAN BEST DI PULAU PINANG Hi korang!Sebelum masuk Ramadan Al Kareem ni, biarlah El share dulu tempat makan best di Pulau Pinang. Manalah tau kut korang boleh plan berbuka kat sinikan. Yang bercuti ke Penang boleh singgah. 


Ok nak tanya korang. Korang pernah tak tengok video makan Laparpo atau pernah dengar tak tentang Laparpo. Eh kalau korang tak tahu rugilah sebab depa ni selalu share tempat makan best kat Penang dan negeri2 lain juga. Laparpo ni dihoskan oleh dua celebriti yang famous iaitu Mamu dan Belon. 


Selalu tengok depa ni Laparpo duk buat surrrrr jer..hari ni kita p try surr ke idok di GRAND OPENING LAPARPO CAFE Laparpo Cafe Kami dah try..dah jumpa Mamu & Belon lagi. Nak tau surrr ke idok tengok gambaq last hahaha

LATAR BELAKANG LAPARPO

Laparpo ditubuhkan pada Disember 2016 untuk mempromosikan makanan-makanan yang jarang diketahui oleh orang luar di sekitar Pulau Pinang.



Laparpo semakin berkembang pada tahun berikutnya, dengan meluaskan pencarian makanan di serata Malaysia sehingga menerima jemputan untuk rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 pada September 2017


Antara segmen yang diterbitkan Laparpo antaranya Food Polize, Popcorn Time, Barang Baik dan Kelab Kelahi.

LAPARPO CAFE

Laporpo Cafe merupakan kafe pertama dibawah naungan Laparpo Sdn Bhd dan telah memulakan operasi pada 23/4/19.


Antara menu yang diketengahkan di Laparpo Cafe berkonsepkan "Malaysian Food dan "Western Food" dan pelbagai menu eksperimen antaranya Char Kuey Teow Cheese, Char Kuey Teow Salted Egg.

CHAR KUEY TEOW CHEEZY



Mula-mula tengok menu diorang ni Char Kuey Teow Cheezy (RM8) ni biar betik. Siap buh cheese kut atas. Lepas tu adalah terbaca komen2 netizen ni duk bising semua makanan nak buh cheese..dah takde nilai dah menu tu. Aku 1st time try oklah not bad..takde yang pelik pun..mmg serasi lah cheese dan ckt ni bergabung..ada lemak2 masin cheese dan pedas tu..berbaloi lah dengan harganya tu..kalau tempat lain ada yang Char Kuey Teow berminyak banyak..aku tak suka..hat ni mmg next time boleh repeat.

MIX GRILL




Menu kedua yang kami try ialah Mix Grill RM25. Ada chicken, lamb, steak dan cheese sausage dengan sos black pepper. Mix Grill ni kat mana2 tempat ada kan. Gadingan 3 sekawan ni dengan sos black pepper cukup rasa. Rasa dia punya perapan rempah2 setiap gigitan hihi. Banyak portion ni..bolehlah makan untuk 2 3 orang. 

RIBEYE STEAK




Menu ketiga yang kami try Ribeye Steak RM20. Dagingnya diperap dan dipanggang dengan sempurna. Dihidangkan dengan coleslaw, fries dan sos black pepper. Pergh lembut nau daging dia. Aku suka betul sos black pepper kat Laparpo Cafe ni. 



Selain menu2 ni kami juga ada try minuman Peanut Butter Frape RM11 dan Mojito RM6 (Serai+Lemon+Soda+Mint). Dua2 ni memang padu



Ni lah pengakhiran kami haha. Tempatnya sgt limited dan kecil. Kalau time ramai orang tu korang kenalah tunggu. Harap Laparpo Cafe ni dapat besarkan cafe ni supaya ramai customer boleh fit in. Apapun memang surrrr


Waktu Operasi: 5pm -1pm

Lokasi boleh Waze/Google Maps:
Laparpo Cafe (berdepan pintu masuk Dewan Sri Pinang)





23 Ulasan

  1. Ala..semua menu kat atas ni nampak sedap. Tapi dah nak bulan puasa ni. Lepas raya kena jalan-jalan Pulau Pinang ni, nak cuba menu kat Laparpo punya fasal

    BalasPadam
  2. Unik nama cafe.. Mmg buat org lapar haha

    BalasPadam
  3. waa first time dgr dan tahu mengenai cafe ni..dah lama jugak tak pergi ke Penang, maybe nnt if pergi lagi bolehla usha2 cafe LaparPo ni pulak ye tak hehe. nampak menarik jugak ye mknn2 dan minuman kat sana.

    BalasPadam
  4. Lawak betul, sy dah lama dok kat penang tak tahu pun ada kedai ni.. Haha.. Menu makanan sangat menarik terutamanya western food tu.. Nampak gayanya kena p ni..

    BalasPadam
  5. Sedap nampak maknan tu...lbh2 lg char kuew tiaw cheezy tu..nty g penang, nk trylah.

    BalasPadam
  6. Laparpo nama mcam cerita p.ramlee je kan. hehe dengar perkataan laparpo terus perut jadi lapar balik. fuh sedapnya western menu tu. BBL favorite chicken chop kot. dah lama tak lama. nanti kalu datang jalan-jalan kat penang nak la datang singgah makan kedai ni

    BalasPadam
  7. Chicken chop tu nampak besar dan sedap. Char kuew tiaw dengan cheese, tak pernah rasa lagi. Sedap ke?

    BalasPadam
  8. Aik, kenapa tak pernah nampak pon cafe ni. Selalu je lalu kat area dewan sri pinang tu. Ok, next time kena pergi rasa ni. Maybe lepas raya ni. ni dah nak puasa. hehe

    BalasPadam
  9. Aik, kenapa tak pernah nampak pon cafe ni. Selalu je lalu kat area dewan sri pinang tu. Ok, next time kena pergi rasa ni. Maybe lepas raya ni. ni dah nak puasa. hehe

    BalasPadam
  10. tengok nama cafe lapor..pun dah rasa lapo hahahaha..agak unik dan menarik..kalau pergi penang insyaallah nak cari dannak singgah makan...lepas rayalah kot heheh

    BalasPadam
  11. Lepas raya ni nak ke plan.cuti ke Penanglah.. Nak jalan jalan cari makan dekat sana.. Sebab nampak macam best pulak cafe nih nak singgah lepak sini.. Menu nampak best jer tu ha.. Tak sabo nye

    BalasPadam
  12. kalau tgk pada mix frilled ti memnag betul betul meriah. kuah banyak dan protion besar. licin plak tu awak makan. mesti betul2 sedap ni

    BalasPadam
  13. wa LAPARPO CAFE looks like a really good restaurant. I must list down so that I visit it next time in my Penang trip. Can't wait to try it out!

    BalasPadam
  14. Memang bikin dak Mimi lapar twrus la Laparpo Cafe n . Favourite dak Mimi kalau menu macam ni ta . Kalau datang Penang nanti boleh singgah makan kat sini

    BalasPadam
  15. aduhai menariknya ribeye tu..macam memanggil manggil jer suh datang cuba ..tapi tulah jauh kat penang ...mungkin kalau tersinggah penang akan cari juga Laparpo nihhh

    BalasPadam
  16. wahhhh nampak sedap betul restoran laparpoo nie. portion dia pon meriah. boleh kongsi dua orang. nanti kalau singgah penang nak mai sini lah. terima kasih sebab suggestkan restoran nie.

    BalasPadam
  17. Looks really good ! Now I've got s place to stop by for steak a d refreshing drinks for my penang trip! ❤️❤️ Thanks for sharing!

    BalasPadam
  18. Dah macam cerita p.ramlee pula bila dok sebut nama laparpo ni. Siap silap sebut "laporpo!" Hehe. Ampun. Menarik juga ya kedai ni. Lama juga menapak. Cx paling suka mix grill dan steak dia tu haa. Kemain marvelous lg. Almakl peminat daging. Hehehe boleh try la kalau pergi ke sana.

    BalasPadam
  19. LAPARPO CAFE ni unik la nama dia.. menu-menu pun alahai.. terliur TB tengok sekarang tau.. Opsss.. sabar.. sabar.. hahaha.. mujurlah jauh kat Pineng tu.. kalau tak.. maunya TB ajak hubby try makan sini

    BalasPadam
  20. Memang trend semua benda nak masuk cheese sekarang kan. Dulu time salted egg pun sama - semua benda nak letak - nasib minuman tak diletak salted egg. Haha

    Namanya unik sungguh ye.

    BalasPadam
  21. Comeynya nama cafe dia. Unik dan akan buat orang ingat selalu. Cafe pun menarik dan food dia menyelerakan!

    BalasPadam
  22. Penah pegi penang sekali je. Hehe. Hope dapat holiday ke sana n pergi ke cafe ni. Nama unik n makanan pon unik la jugak. Ena memang hantu cheese.tengok char kuey teow cheezy tu terliur taw.

    BalasPadam
  23. Wah menyelerakan sungguh tengok menu2 kt atas. Portion pun besar2. Nama pun unik. Boleh try ni. heheh

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama