Kejayaan Nizam OKU 3 Jari | Seorang Usahawan Yang Berjaya. Assalamualaikum semua. Hai korang. Sempena kita menyambut Hari Pekerja 2019 hari ini, El nak share satu kisah yang menyentuh hati dan maybe semua rakyat Malaysia tentang kegigihan dan kejayaan seorang OKU bernama Khairul Nizam. Kalau korang nak tahu Khairul Nizam ni merupakan abang kepada Siti Jamumall yang sebelum ini El ada share satu post tentang perkahwinan Siti dapat taja RM500K. Tak sangka kedua2 mereka ini ada sejarah dalam karier. Fuh bila baca rasa sebak dan kagum
Korang pernah baca ke kisah beliau?Baru-baru ini kisahnya telah menjadi viral kerana lauhan di FB beliau sangat terkesan pada masyarakat.
Biasanya kalau ada golongan OKU ni mesti korang akan
pandang sebelah mata je kan atau. Tapi pernah tak korang
terpikir sebenarnya terdapat ramai golongan OKU kat
Malaysia ni yang dah berjaya malah ada yang lebih berjaya
dari kita yang cukup sifat ni? Jadi kali ni El nak share rahsia
kejayaan Encik Khairul Nizam OKU ini.
pandang sebelah mata je kan atau. Tapi pernah tak korang
terpikir sebenarnya terdapat ramai golongan OKU kat
Malaysia ni yang dah berjaya malah ada yang lebih berjaya
dari kita yang cukup sifat ni? Jadi kali ni El nak share rahsia
kejayaan Encik Khairul Nizam OKU ini.
Diusia 30 .. dgn keadaan cacat .. aku
bersyukur dgn kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd ,
dan membina platform jualan jamumall.com .., aku happy mampu beli ape ku nak ,
mampu makan yg mewah , mampu travel ke dubai , korea , japan, australia dan byk
negara aku dan sampai.. yg paling best aku dpt sediakan rumah mewah utk
keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...
Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai
sebenarnye org diluar sane nak jadi mcm aku , nak byk duit mcm aku , nk
bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??
Lihatlah aku ...
kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda
di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu
diangkat , dan tidor perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan
seharian.
Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari ,
bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade
ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile sy haus , lapar , penat ,
takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku
nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak
aku buat ..
Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan
ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh
berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri
manfaat pada org lain ...
Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup
sendiri , ramai yg suke bg bermacam
alasan bile bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran !!
Ramai cube memilih untuk kerja senang , taknak
susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup
berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri
dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg
duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan
aku untuk bantu mereka ...
Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada
masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan
nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada
org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat
kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..
Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan
, pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat ,
kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri ,
dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..
Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku
bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit ,
bersemangat , dan berjaya !!!
Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal
mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade
berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi..
kite je mampu ubah diri kita!!
Walaupun ada sedikit kekurangan dan kelainan upaya, Allah kurniakan pula iltizam yang tinggi kepada Nizamyang tidak pernah patah semangat dan lebih berjaya daripada sesetengah manusia yang sempurna segala sifat:
Kagumnya tengok dia kak el. Tak putus asa pun walaupun dia macam tu. Baru tau founder jamumall ni die. Sebelum ni heboh pasal Siti Jamumall tu kan
BalasPadamOohh Siti Jamumall tu adik founder ke. Baru tau.. Huhu. Cekal betul Nizam ni ya. Semoga jadi pengajaran kat kita yg boleh bergerak sendiri ni jgn malas-malas utk berjaya.
BalasPadamSepatutnya orang muda kena baca ni usaha orang yang berlainan upaya juga mampu berjaya kita yang sihat walafiat ni malas harap jer orang punya bantuan betul tak hehehe kena usaha..
BalasPadamOrang macam ni memang onie salute gila lah! Memang kuat menempuh kehidupan walau dalam kesukaran tetapi abang Siti ni memang kuat semangat. Tahniah kerana berjaya mengapai impian :D
BalasPadamTruly an inspirational story for those who are always feeling on the losing side. Just look at him and you will be motivated.
BalasPadamsangat kagum dengan kecekalan dan semangat founder jamumall nie. kurang upaya bukan penghalang untuk berjaya. sekaligus membuka mata masyarakat supaya kita lebih berusaha dan contohi semangat beliau. sangat terinspirasi !
BalasPadamsiapa sangka walaupun serba kekurangan tapi boleh berjaya sampai tahap macam ni. super inspire betul. BBL pernah jumpa dengan beliau masa wedding siti jamumall bulan lepas. humble je orangnya
BalasPadamKagum dengans semangat dia! Penuh kecekalan mengharungi setiap cabaran. Kita yang normal ni pun belum tentu mampu sekuat dia. Anugerah terhebat dari Allah.
BalasPadamWalau seorang OKU tapi itu bukan penghalang untuk mencapai kejayaan, Moga menjadi contoh kepada semua. Tahniah #Nizam3jari
BalasPadamWalaupun beliau seorang OKU tapi semangat dan jiwanya kental untuk terus berjaya .Kekurangan pada diri langsung tidak menjadi penghalang untuk beliau berjaya. Kagum dengan semangat yang ditunjukkan. Boleh dijadikan contoh
BalasPadamKagum dengan semangat juang dia dan tak pernah putus asa. Walaupun pada zahirnya ada kekurangan, itu bukan penghalang untuk dia berjaya. Moga kisah hidup beliau menjadi inspirasi kepada anak muda kita sekarang
BalasPadamRasa malu bila kita yg sempurna selalu cepat mengalah sedangkan yag oku berushaa utk berjaya... Bgus bolehbjadi ispirasi utk bangkit berushaa.. Jadi setiap fizikal kita tak menolak utk kita berjaya
BalasPadamSebak bila dengar kisah dia. Dia Yang oku boleh berjaya kita Yang sempurna cepat mengalah. Malu je kan. Memang jadi sumber inspirasi
BalasPadamRasa teruja nya dengan semangat yang dia ada. Kelemahan yang dia ada dia jadikan semangat yang paling kuat untuk terus hidup dan berjaya.
BalasPadamMemang kagum dgn dia dari dulu. Kagum dgn semangat dia n kejayaan dia walau fizikal dia mcm tu. Yang berfizikal sempurna ni pun ada yg masih terkial kial x tahu arah tujuan
BalasPadamAduh touching nya. Kekurangan diri bukan alasan untuk tidak berjaya. Usaha dan tekad yang utama
BalasPadamCatat Ulasan