Cuti raya cina yang lepas, mak, family abang dan family adik datang melawat El. Mula-mula tu memang El plan nak balik kampung. Tapi budak-budak tu ada tuisyen pula. Sayang pula nak ponteng. Ahad tu Alana tuisyen. Isnin si abang pula tuisyen. Raya Cina hari Selasa dan Rabu jer cuti. Manalah puas kalau balik kampung. 

Last2 adik call bagi tau takpalah kak, kami datang Penang sambil2 tu boleh jenjalan n cari makan. Adik dah booking homestay dekat jer dengan rumah El, Apartment De Arte S. Rutin ambil budak2 tu balik sekolah memang lalu situ. Belakang USM jer. Tengok building De Arte S tu memang unit, berlengkok-lengkok. Lepas tu tengah2 macam ada satu telur seakan-akan mata. Depa duk kata Eye of Penang gitu haha.


gambar ehsan google

Adik booking 2 malam melalui booking.com. Katanya kalau melalui booking.com murah sikit 2 malam RM500 jer. Kalau melalui ejen RM400 lebih katanya. Ada 3 bilik, kitchen, 3 bilik air, balcony, lift terus ke rumah, pool, parking 2 kereta, wifi, mesin basuh etc. Kedai mart dan kedai makan ada je kat area shoplot luar situ. Ramai jer student2 usm lepak2 makan kat bawah tu



gambar ehsan google




Pool dia memang cantik. Ada 3 layer. Tapi kena pakai swimsuit yea. Kalau tak memang security tak bagi. Ada camera dekat situ. Kalau diorang nampak. Diorang akan charge dalam bill RM50 tak silap  hihi. So hari tu memang budak2 jer lah mandi. 



Yang best kat sini. Naik lift sampai depan pintu rumah ok. Sejenis jakun jugaklah sebab 1st time haha


Ruang Tamu


Ruang makan


Dapur
  

Bilik Utama


Bilik kedua


Bilik ketiga


Ada 3 bilik air



Balkoni

Actually, homestay ini baru jer dibuka. Layout rumah ni cantik dan memaksimakan ruang. Pandai arkitek yang design pelan rumah ni. Interior design yang bagus walaupun ruang rumah terhad, semuanya dimanfaatkan sebaiknya. El orang pertama stay situ. So tak banyak sgt kelengkapan terutama alat untuk memasak dan dapur gas tak ada. So mujurlah rumah El dekat jer situ. Dah penat makan kat luar, terus pergi rumah El pula. Tu yang El tak sempat nak ambil gambar semua. Otak duk pikir nak masak apa jer hahaha. Mujur adik ada ambil gambar semua ni

7 Ulasan

  1. wow.... cantik tempatnya... terasa nak release tension ni nk p relex cam tu... best

    BalasPadam
  2. Cantik, semuanya instagrammable ...

    BalasPadam
  3. Cantik tempat ni.. Husband duk habaq gak psai kondo ni.. Lawa gilos

    BalasPadam
  4. wahhhh. menarik tempat ni.

    Singgah n follow sini.. harap sudi follow http://ejulz.blogspot.com :)

    BalasPadam
  5. Cantik homestay dia EL. Ada pool semua. Bab lif tu memang privacy sungguh bila terus ke pintu rumah.

    BalasPadam
  6. Wow.. Homestay gaya mewah je ni kak el. Hehehe
    Selalu sebut homestay ni duk umah taman je..

    BalasPadam
  7. This is very smart, really an intelligent idea. This is my first time in your blog and I really love it. Thanks for this awesome post. Celebrity net worth is a celebrity finance outlet that offers a comprehensive database of celebrity net worth's in the world.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama