Melegakan, Memulihkan &
Melindungi dengan kuasa Oat.
Aveeno® dan Aveeno Baby® kini di
Malaysia!
Akhirnya warga Malaysia dapat menikmati sentuhan berkhasiat Aveeno®! Dengan adanya Aveeno®, jenama yang
paling dipercayai kerana menggunakan ramuan semula jadi, dan Aveeno Baby®, jenama #1
yang dipercayai oleh pakar pediatrik A.S.* kerana menggunakan ramuan semula
jadi, anda sekeluarga kini berpeluang untuk menikmati kecantikan semula jadi dan
kesejahteraan hidup.
Semenjak 1945, kisah Aveeno® berkisar tentang
penemuan dan semangat jenama ini. Rahsia alam semula jadi ditemui menerusi kemajuan
sains, jenama ini menemui cara untuk memelihara dan mengubah kulit supaya menjadi
lebih sihat dan lebih cantik secara semula jadi.
Diasaskan oleh pasangan adik beradik pencipta dan dermawan
Albert dan Sidney Musher, nama jenama Aveeno® diilhamkan daripada Avena sativa, perkataan Latin untuk ‘oat’,
bahan utama dalam rangkaian produk Aveeno®.
Aveeno® percaya bahawa
oat mempunyai kebolehan untuk melegakan, memulihkan dan juga mengubah,
membolehkan wanita di seluruh dunia menyedari potensi kecantikan semula jadi
mereka dan membolehkan mereka menjalani kehidupan indah secara semula jadi
dengan sepenuhnya.
Johnson & Johnson Malaysia, pengenalan Aveeno® dan Aveeno Baby® ke pasaran Malaysia merupakan usaha syarikat untuk memenuhi permintaan pengguna untuk produk penjagaan kulit dengan ramuan semula jadi. “Kesedaran dan daya tarikan untuk produk penjagaan kulit berasaskan ramuan semula jadi kini semakin menyerlah berbanding dahulu. Namun bukan mudah untuk mencari produk yang bersesuaian untuk kegunaan kulit sensitif.
ACTIVE NATURALS – ramuan daripada sumber semula jadi
yang memberikan kebaikan sebenar!
Ciri paling unik Aveeno® adalah ramuan ACTIVE
NATURALS, di mana hanya ramuan semula jadi bermutu tinggi yang ditanam
dalam persekitaran yang sempurna dipilih dan dirumuskan dengan kemajuan sains
untuk memberikan kulit anda kebaikan yang sebenar.
Dalam usaha untuk merapatkan jurang dari segi kesihatan dan
kecantikan, Aveeno® bangga
menggunakan ramuan yang diperoleh daripada alam semula jadi untuk mencapai
hasil yang diingini. Setiap pengalaman dengan Aveeno® adalah satu kenikmatan
yang baik untuk kulit dan juga deria. Ia adalah produk tanpa wangian dan gabungan
formula yang lembut untuk kulit.
Fungsi kulit dan kebaikan Oat untuk
kulit anda
Kulit merupakan organ tubuh manusia yang
terbesar dan juga yang paling cepat tumbuh. Ia memberikan perlindungan semulajadi
di antara diri kita dan alam sekitar untuk melindungi badan kita daripada
jangkitan, patogen, serta radiasi UV yang berbahaya. Ia juga penting dalam
mengekalkan homeostasis, membantu mengehadkan cecair dan mencegah kehilangan
kelembapan. Oleh itu, mengoptimumkan tahap kelembapan kulit adalah kunci untuk
kulit yang sihat dan berseri secara semulajadi. Berkaitan dengan
sejarah yang panjang untuk kegunaan dalam penjagaan kulit, oat memberikan
pelbagai kebaikan untuk semua jenis kulit, terutamanya kulit yang kering, rengsa dan gatal. Produk ini juga selamat
untuk kulit bayi yang lembut. Mujurlah dengan adanya ACTIVE NATURALS, rumusan Triple
Oat yang boleh didapati di dalam produk-produk Aveeno®, menggabungkan tiga ramuan yang
unik tersendirinya untuk memberikan sehingga 9X kuasa anti oksida**:
Kegunaan Harian
· Aveeno® Daily Moisturizing Body Wash (354ml, RM40.47)
· Aveeno® Daily Moisturizing Lotion (354ml, RM44.25)
· Aveeno® Daily Moisturizing Sheer Hydration Lotion
(350ml, RM52.74)
· Aveeno® Skin Relief Body Wash (354ml, RM45.19)*TANPA
PEWANGI*
· Aveeno® Skin Relief Moisturizing Lotion (354ml, RM52.74)
*TANPA
PEWANGI*
Aveeno Baby®: Hasil kasih sayang oleh ibu, untuk ibu.
Tahap keprihatinan yang sama diberikan kepada produk Aveeno Baby® – yang turut dirumuskan
dengan ACTIVE NATURALS Oats, diadunkan dengan ramuan pelembapan yang kaya untuk
membantu melindungi kulit bayi yang halus, termasuk bayi baru lahir. Aveeno
Baby® menyediakan produk
untuk kegunaan harian dan penjagaan istimewa turut memenuhi keperluan produk
penjagaan badan yang selamat dengan ramuan semula jadi untuk mencegah kulit
gatal, kering atau merengsa daripada berulang.
Terbukti secara klinikal untuk melembapkan dan melegakan kulit
bayi yang kering sepanjang 24 jam, rangkaian Soothing Relief adalah tanpa sabun, tanpa pewangi serta hypoallergenic. Rangkaian Dermexa membantu melegakan simptom kulit
yang kering, gatal dan merengsa sambil menguatkan keupayaan semula jadi kulit
untuk melindungi daripada kehilangan kelembapan. Ia juga tidak mengandungi
steroid, tanpa pewangi dan diuji untuk alahan.
Produk Aveeno Baby yang didapati di Malaysia:
·
Aveeno Baby® Wash & Shampoo
(354ml, RM49.91)
·
Aveeno Baby® Daily Moisture Lotion
(227ml, RM41.42)
·
Aveeno Baby® Soothing Relief Creamy
Wash (236ml, RM49.91) *TANPA PEWANGI*
·
Aveeno Baby® Soothing Relief
Moisture Cream (141ml, RM41.42) *TANPA PEWANGI*
·
Aveeno Baby® Dermexa Moisturizing
Wash (236ml, RM65.00) *TANPA PEWANGI*
·
Aveeno Baby® Dermexa Moisturizing
Cream (141ml, RM60.28) *TANPA PEWANGI*
Aveeno®
dan Aveeno Baby® kini boleh didapati di farmasi-farmasi utama
yang terpilih, seperti AEON Wellness, Caring, Guardian dan Watsons. Untuk
maklumat lanjut, ikuti Aveeno® Malaysia melalui
Facebook di (https://www.facebook.com/myaveeno).
Wah menarik sangat produk ni. Satu family bole pakai.
BalasPadamKita baru first time dgr pasal aveeno ni kak el... Bahan asas dia pon dr oat kan... Bagusla.. Sbb dpt lembutkan kulit kanak2... Tp kalau dh 1 fmly pon leh guna mmg bestla produk ni ..
BalasPadamDah lama rupanya produk ni cuma bari di Malaysia. Selalunya oat di makan, x sangka boleh jadi bahan untuk kesihatan kulit
BalasPadamMenarik ni.. bukan baby je pakai, kita yang dewasa pun boleh kan :) macam nak cuba lotion dia!
BalasPadamI tried their body lotion and really like the texture and moisturizing effect too.
BalasPadamtak pernah dengar pulak pasal brand yg satu ni...tapi nampak elok sbb dah lama dah ada dalam pasaran kan...bagus sbb dah masuk Malaysia akhirnya!
BalasPadamNad baru tau pasal Aveeno ni..best pulak pakai utk anak2 haritu..kene cari yang lain ni
BalasPadamProduk berasaskan oat? Bestnya.. Mesti lepas pakai badan tu rasa lembut je kan. Bau pun menyenangkan..
BalasPadamproduk yang natural dan berasaskan bahan semulajadi memang menjadi pilihan TB.. kalau asas dia oat memang lembut la kulit orang yang pakainya
BalasPadamoo baru tau aveeno Johnsons punya jugak
BalasPadamFirst time dengar jenama aveeno ni
BalasPadamCatat Ulasan