Hai semua

Selamat menyambut Ramadan. Izinkan El untuk bercerita sedikit tentang stay vacation El bersama keluarga baru-baru ini selama 2 Hari 1 Malam menginap di Olive Tree Hotel Penang. Walaupun hotel tersebut hanya 5 minit jer dari rumah El haha. Tapi sangat bertuah kerana pihak hotel sudi memberi complimentary stay 2 hari 1 malam. Dah lama kami sekeluarga tak check in hotel.

Kalau korang nak tahu, Pulau Pinang ini adalah salah satu destinasi syurga makanan. Yang ingin melancong ke Pulau Pinang bolehlah search blog El ni. Sebab banyak yang El share tentang tempat-tempat menarik dan tempat makan best di Pulau Pinang.

Roti Canai Gemas Road Pulau Pinang

Pagi itu kami sekeluarga makan pagi di tempat makan best di Pulau Pinang iaitu Roti Canai Gemas. Roti Canai Gemas Road ini terletak berhampiran dengan Rumah Kelahiran P.Ramlee. Apa yang menarik di Roti Canai Gemas Road ini adalah menu Roti Canai Cheese+Daging yang popular tu. Bagi El lah kan kalau nak dibandingkan dengan Roti Canai Transfer Road yang terkenal itu, El lebih suka Roti Canai Gemas Road ini, Roti canainya lembut dan kuah campurnya yang pekat dah sedap cukup rasa.


Selepas tu kami pun balik rumah dah siap-siap nak check in hotel. Kiranya hari tu cuti untuk memasak untuk 2 Hari 1 Malam lah haha. Sebelum check in, kami pekena makan tengahari di Nasi 7 Benua. Lama dah duk teringin nak makan kat sini. Alang-alang dah dekat dengan hotel kita terjah.

Nasi 7 Benua

Nasi 7 Benua ini terletak berhampiran dengan hotel ni tau. So korang yang stay dekat Olive Tree Hotel ini bolehlah datang makan tenghari di sini. Ni pun 1st time El makan Nasi 7 Benua. Yang dikatakan Nasi 7 Benua ni dia ada 7 jenis nasi iaitu Nasi Tomato, Nasi Lemuni, Nasi Dhal, Nasi Hujan Panas, Nasi Daun Pandan, Nasi Putih dan Nasi Minyak. Ada pelbagai lauk sampingan. 1st time El rasa dah macam nasi kenduri kahwin. Bagi tekak El sedap sebab lauk-lauk pun baru lepas masak. Makan panas2..memang layan

Perut dah kenyang, kami pun terus check in. Dekat jer pun dekat Nasi 7 Benua. Kira seberang jalan sahaja.

Olive Tree Hotel Penang

Terima kasih pihak hotel Olive Tree kerana sudi menaja penginapan kami 2 Hari 1 Malam (Deluxe Room). Bilik kami bernombor 1019 Tingkat 10 No. Bilik 19.  Bilik memang luas dan selesa. Ada kelengkapan seperti hair dryer, iron with board, minibar coffee & tea, wifi, kain pelikat pun ada sediakan. Ku lupa bawa seluar tidur. Walaupun rumah sekangkang kera, ku malas nak balik. Sudahnya ku berpelikat di malam hari. Kami bawa extra toto dan bantal juga. Maklumlah ramai rakyat hihi

Bilik kami mengadap swimming pool. Apa lagi anak-anak dah tak sabar nak terjun. Mujurlah bilik kami tu tak ada slide yang boleh terjun terus ke pool, Kalau tak sure best kan hahaha.

Yang best pool ni dia sejenis glass walled swimming pool Jaga-jaga gerak geri tu biar sopan sikit haha. Kalau korang ada anak kecil sila bawa pelampung sebab kolam ni dalam juga (4feet) kut. Oh lupa air kolam ni masin mcm air laut. Budak-budak biasalah pantang nampak kolam boleh berendam berjam-jam sampai kecut. Pastu mula mengelupur cari makanan. Kolam ini dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.

2 Hari 1 Malam di sini, ini kolam kami punya. Sebab tak ada orang lain selain kami. Syok habis haha

Tetapi kalau korang nak mandi manda ala waterpark boleh singgah di Aquatic Centre di Setia Spice yang terletak betul-betul depan hotel ini.

http://www.eldarwena.com/2018/02/mandi-manda-di-setia-spice-aquatic.html

Dah penat berendam malam tu kami siap2 nak cari makan malam pula. Bukan susah sangat nak cari tempat makan kat area situ. Pilihan di tangan anda. Korang nak makan di hotel atau pun kat luar. Macam2 restoran, cafe dan gerai boleh korang jumpa. Pilihlah ikut bajet korang hihi. Mama El nak makan Fizzy Shellout Sungai Ara ..sekali kedai tutup da. Pastu terpaksalah akur dengan pilihan anak-anak nak makan KFC.

Buffet Ramadhan Olive Tree Hotel

Jika korang menginap di sini pada bulan puasa, Olive Tree Hotel juga menyediakan pakej Buffet Ramadhan untuk mereka yang beragama Islam.

http://www.eldarwena.com/2018/04/buka-puasa-di-olive-tree-hotel-penang.html

Tak pun korang boleh singgah makan Nasi Briyani Syed Bistro yang terletak sebelah Olive Tree Hotel ni.

Nasi Briyani Syed Bistro Penang

Dah puas makan dari pagi sampai ke malam. So kalau korang nak lepak-lepak malam boleh jer singgah di Setia Spice Arena di bahagian atas ada playground kanak-kanak dan tempak lepak. Tutup jam 10.00malam. 
Credit photo PCEB

Credit photo PCEB

Yang nak bersopin, Giant, Mydin Bukit Jambul, Sunshine Hypermarket, 7E, HappyMart, Mr. DIY dan macam2 lagi store berdekatan dengan Olive Tree Hotel ni tau. Nak menyoping lagi best boleh pergi Queensbay Mall. 

Breakfast di SUKKAH Cafe House

Pukul 7.00 pagi kami dah turun ke Tingkat 1 Sukkah Cafe House untuk sarapan pagi. Ya Auloh banyaknya makanan. Sukkah Cafe House ini dibuka setiap hari Breakfast 6.30am - 10.30am.  Lunch (12:00pm - 2:30pm Mondays to Fridays, 3:00pm on Saturdays and Sundays), Dinner (6:30pm to 10:30pm)

Gym Olive Tree Hotel

Dah siap sarapan pagi, kami layan gym pula. Asyik makan jer seja 2 menjak ni, jom lah kita buang lemak2 tu pula. Gym kat hotel ni best gila. Semua alat macam baru dan lengkap semua ok. Sayang pulak kalau tak manfaatkan hihi 



Bila bagi tahu kat anak-anak, nak balik rumah, semua sedih tak puas mandi kolam haha. 

Di sini El ada share video untuk tontonan korang


Korang yang merancang untuk bercuti di Pulau Pinang, bolehlah try bermalam di sini. 

Olive Tree Hotel Penang
6,  Jalan Mahsuri
Bandar Sunway Tunas
11950 Bayan Lepas Pulau Pinang
Tel: 04-637 7777

12 Ulasan

  1. Wah bestnye el dapat bercuti di hotel yang ditaja. Banyak kedai2 di sekitar hotel tu yang menarik.

    BalasPadam
  2. Huihhh...dekat sgt dengan rumah tp sekali sekala keluar rumah best kan? Nmpk selesa hotel dia...huhu..

    Sally pernah nak g makan kat Nasi 7 Benua tuuu tapi ttup pulerrr...yg roti canai tuuu nnt nak cuba!

    BalasPadam
  3. seronoknye sis..kene try jugak nasik 7 benua tu

    BalasPadam
  4. Luasnya bilik dia ,puasa ni tengok makanan tu sedap je. Harga hari biasa dengan cuti masa ke lain?

    BalasPadam
  5. bestnyaaa..roti canai dia unik..nasi 7 benua tu pun baru tau masa dekat tv..swimming pool dia ya ampun rasa nak terjun juga..hahaha..hey bolehla pergi penang nanti singgah sini..

    BalasPadam
  6. Wah menarik nih El. Kalau pergi Penang Mimi nak singgah juga tempat yang El share nih

    BalasPadam
  7. Oh wow this hotel is quite good and strategik location also. If you are in Penang yu sure makan non stop one even you are full alredy but still want to try this try that

    BalasPadam
  8. Kita suka gila kalau pegi penang pekena roti canai dgn nasi beriani sana.. Hehhee.. Nasi 7 benua xpenah try lg..rasa dia sama ke atau ada 7jnis rasa nasi tu kak el? Hotel dia cntik...simple but nice...

    BalasPadam
  9. Macam best je. This year macam nak ke penang lagi. Kalau emi ke sana lagi, nanti nak try stay kat hotel ni la pulak

    BalasPadam
  10. Nampak menarik dan selesa menginap di hotel ni. Hari tu ada plan nak ke penang, tapi terpaksa postpone tak taulah bila sbb ada hal lain pula. Ok, mark siap2 klu ke penang nanti dah senang :)

    BalasPadam
  11. Macam best je roti canai dia ada campur cam tu..nasi 7 benua tu penah tgk tapi tak penah try..Ni kalau cuti2 ke Penang,boleh try cari...

    BalasPadam
  12. Hotel ni dekat x ngan airport...ingat nak backpackers ngan my Dania...teringin nak makan roti canai tu..ni plan lepas raya ni...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama