Wanita Malaysia
nampak perbezaan ketara dengan
Nanowhite Dark Spot Corrective Serum
Sejak sekian
lama, ramai wanita bergantung pada pelbagai produk penjagaan kulit untuk
memerangi bintik hitam dan parut jerawat. Tetapi bolehkah masalah ini dapat
ditangani dalam hanya masa dua minggu? Ketika mencuba Nanowhite Dark Spot
Corrective Serum dalam ujian penggunaan di rumah baru-baru ini, wanita Malaysia
mendapati kulit mereka bertambah baik dengan cepat.
Nanowhite Dark
Spot Corrective Serum dengan LumiLiteTM baharu diperkaya dengan tiga
bahan pencerah yang membantu mengurangkan bintik hitam, memudarkan parut
jerawat dan juga memberikan tona kulit yang sekata. Ia mempunyai gabungan
teknologi Nano, Omega White-C dan Ekstrak Semula Jadi untuk membentuk konsentrasi
pencerah yang menembusi jauh ke dalam kulit untuk penyerapan bahan aktif yang
lebih baik untuk memberikan hasil kulit cerah yang berseri dan kekal lama.
Ini bukanlah kata-kata
kosong kerana ianya telah terbukti berhasil dalam ujian
penggunaan di rumah yang telah dijalankan. Percubaan tersebut memantau
keadaan kulit 50 orang wanita Malaysia yang telah menggunakan serum ini selama
28 hari, melaporkan hasil yang menakjubkan - hampir kesemua (95%) wanita berusia 22 hingga 35 tahun nampak akan
pengurangan bintik hitam dan parut jerawat selepas hanya menggunakan produk
selama dua minggu!
Mengikut hasil ujian
penggunaan di rumah, pemulihan paling ketara dapat dilihat di bahagian pipi,
dagu dan juga dahi. Oleh itu, masalah ketidaksempurnaan kulit hanya akan tinggal
sejarah dan wanita-wanita ini kini tampil gembira dengan tona kulit yang
sempurna dan lebih cerah.
Majoriti peserta sebenarnya
mendapati kulit mereka lebih berseri dalam hari pertama menggunakan Nanowhite Dark Spot Corrective Serum. Bilangan peserta yang berpuas hati semakin meningkat selari
dengan bilangan hari penggunaan.
84% daripada wanita
melaporkan bintik hitam dan parut jerawat yang semakin kurang dalam hari
pertama penggunaan serum. Selepas 14 hari, bilangan wanita yang mendapat hasil
yang sama meningkat kepada lebih 90%. Dari segi tona kulit sekata, 50% daripada
wanita mengatakan mereka nampak penambahbaikan yang ketara dalam tempoh 24 jam
pertama selepas penggunaan, dan 60% melaporkan perkara sama selepas dua minggu.
Wanita yang telah
lama mengalami masalah kulit mungkin sukar membayangkan melihat wajah mereka di
cermin tanpa bintik-bintik hitam dan parut jerawat. Dengan itu, Nanowhite ingin
membantu mereka membayangkan kulit yang lebih cerah – menerusi aplikasi realiti
berperantaraan (AR) mudah alih yang baharu.
Cara Pengguna Set Pencerahan Nano White
Langkah 1
Awaking Snow Wash untuk membuang segala kotoran di wajah agar tiada lagi sisa makeup yang tinggal dan akan memberi kulit kita rasa bersih dan segar.
Langkah 2
Refining Treatment Toner mampu merawat sel kulit wajah dan memberi vitamin yang penting penumbuhan self baru kulit.
Langkah 3
Dark spot Corrective Serum. Ini adalah produk baharu yang dirumuskan untuk menghilangkan bintik hitam diwajah. Serum ini mengurangkan bintik hitam dan memudarkan parut jerawat, serta menghasilkan tona kulit lebih sekata dan berseri. Selain daripada itu, penggunaan berterusan mampu mencegah kemunculan bintik hitam pada masa yang akan datang.
Langkah 4
Double acting whitening gel-cream, memberi kelembapan pada kulit wajah agar wajah sentiasa nampak moist.
Untuk melihat wajah bebas
cela anda, cari dan muat turun aplikasi mudah alih 'Nanowhite AR+’ dari Apple
App Store atau Google Play Store. Kemudian, imbas pembungkusan serum dengan
aplikasi tersebut dan ketahui lebih lanjut mengenai produk-produk Nanowhite dan
panduan langkah-langkah penjagaan kulit sambil membayangkan penambahbaikan
kulit melalui fungsi realiti berperantaraan.
Bukan itu sahaja
- pengguna aplikasi berpeluang memenangi hamper produk Nanowhite bernilai
RM2,500! Anda hanya perlu mengisi borang kaji selidik dalam aplikasi mudah alih
Nanowhite AR+, dan pemenang bertuah akan dimaklumkan melalui telefon.
Serikan kulit anda
hari ini! Nanowhite Dark Spot Corrective Serum 30ml dijual pada harga RM69.90
di semua farmasi dan pasaraya utama di seluruh negara. Untuk mengetahui lebih
lanjut, layari laman Facebook Nanowhite di www.facebook.com/nanowhite, atau lawati laman web rasmi di www.nanowhite.com.my.
Produk Nanowhite ni antara produk yang menjadi pilihan pengguna sebab selamat dan berkesan kan. Nampak kulit El lagi cerah lepas guna produk nanowhite ni
BalasPadamproduk yang menarik. selalu nampak di drugstore.
BalasPadamJanjiKita
menarik, sha mmg pengguna toner nanowhite
BalasPadamPatutlah El cantik rupanya guna nanowhite.. Bonde suka serum dia tu
BalasPadamWah el nampak makin cerah la. Produk ni berkesan.
BalasPadamWahhh makin berseri lah Raya ni kak El :)
BalasPadamsukalah kalau ada produk yang 1 set kita boleh guna dan sesuai untuk kulit
BalasPadamMasalah utama kulit kaum wanita, sakit mata tgk parut jerawat, bintik hitam kat muka, kan... Elok plak ada Nanowhite ni, boleh cuba.
BalasPadamPackaging produk pun menarik dan nampak kemas. suka sngat produk ni. hasil pun 2 minggu dah boleh nampak kat kulit wajah ni.
BalasPadamBest tak el guna?
BalasPadamBanyak review kata produk ni bagus. Terjamin sbb produk ni ada di jual di drugstore kan. Kira yakinlah sikit nak guna.
BalasPadamCatat Ulasan