Korang suka makan?Siapa yang tak suka makan kan.
Malaysia dah lah mempunyai pelbagai bangsa dan budaya. Bila ada pelbagai bangsa
dan budaya, tentunya makanan pun banyak pilihan. Untung negara kita Malaysia ni
boleh menikmati bermacam-macam makanan, budaya, adat dan sebagainya.
Bersyukurlah.
![]() |
sumber dari google |
Bila bercakap pasal makanan ni, El juga seorang
yang suka makan. Masak pun suka juga. Sebab dari kecil El dah terdedah dengan
masakan dan makanan. Mak Abah El seorang peniaga makanan. Alah dulu buka kedai
depan rumah je. Kedai pun Abah El yang buatkan. Ingat lagi kami dua beradik masa tu abang dan El tolong-tolong bancuh simen untuk Abah.
![]() |
kedai makan keluarga El |
Mak Abah El dah buka kedai lama juga.
Alhamdulilah hampir 30 tahun ok. Tapi sekarang Abah El dah tak meniaga. Kedai
tu dah diberikan kepada abang El. Korang ingat senang ke nak bina sebuah
perniagaan. Dulu masa Abah El nak buka perniagaan, susahnya nak minta
bantuan. Yelah Mak Abah El masa tu manalah kerja. Buat kerja sendiri je.
Ish bila kenangkan memang boleh menangislah sejarah lama-lama sebab kita orang masa
tu memang susah. Terpaksalah mak gadaikan barang kemas semua. Dengan modal tu
lah kami buat modal berniaga.
![]() |
mak el tengah ambil order.. |
Bila dah berniaga, kau kena biasakanlah ada untung ada rugi. Itu adat dalam perniagaan. Tapi El memang kagum dengan Mak Abah El, walaupun ada rintangan, dugaan, ada naik ada turun sampaikan kena buatan orang, tapi Mak Abah El tak pernah putus asa. Alhamdulilah kedai sekarang pun grade A. Jangan
lupa singgah kedai Mak Abah El di Kuala Kangsar tu ye. Tepi jalan sebelah Shell
hey.
![]() |
abang el tengah tebar roti canai..kalau korang nak tahu roti canai kat kedai mak abah el paling sedap!!kalau balik kampung berebut kami anak beranak beratur..beratur ok nak makan roti canai ni haha |
Kita tinggalkan dulu kisah mak abah El. Kalau
nak cerita suka duka mereka memang tak habis. Kalau korang nak tahu El pun suka
berniaga. Masa kecil-kecil dulu, pagi-pagi dah tolong mak abah di kedai. Bila
dah besar ni minat berniaga tu terasa kuat dalam diri El. Sekarang ni pun El
berniaga juga tapi berniaga online. Setakat ini yang El pernah berniaga mangkuk
tingkat, pau cendawan, kerepok lekor cheese, ketupat frozen, nasi tomato, brownies, sampul duit raya dan terbaru kerepek bronis.
![]() |
perniagaan makanan online El dan sampul duit raya |
Bila dah berjiwa meniaga ni kan, memang ada perancangan untuk buka kedai makan. Kalau korang nak tahu, El ada juga bercita-cita
untuk berniaga Food Truck. El suka tengok Asian Food Chanel yang menceritakan
kisah peniaga-peniaga Food Truck sekitar bandar-bandar di Amerika dan
Canada. Sekarang pun di Malaysia, food
truck ini menjadi satu trend yang semakin popular terutama di kalangan orang
muda lebih-lebih lagi di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur.
![]() |
sumber dari google |
Macam mana nak mulakan perniagaan Food Truck ni ye?Jom kita tengok apakah kebaikan, tips mulakan
food truck dan bagaimana nak dapatkan modal perniagaan food truck. Mana tahu, lepas ini bukan El sahaja berminat nak buka perniagaan Food Truck, korang pun boleh join.
Kebaikan Food Truck
1) Bagi
mereka, perniagaan seperti ini adalah lebih jimat dan praktikal kerana tak
perlu membayar sewa permis dan hanya fokus kepada kaedah pemasaran untuk
menarik pelanggan. Modal pula dikeluarkan untuk perkara- perkara penting
seperti minyak kenderaan, bahan mentah, dan pembantu.
2) Berkaitan
pemasaran, mereka hanya mempamerkan reka bentuk trak yang menarik sebagai
tarikan orang ramai. Kata mereka, disebabkan trak makanan bergerak dari satu
lokasi ke lokasi yang lain, cara itu sudah memadai untuk memberitahu pelanggan
berkaitan perniagaan yang mereka jalankan.
![]() |
sumber dari google |
3) Selain
itu penggunaan media sosial amat penting kerana medium itu banyak membantu
mengembangkan perniagaan yang diusahakan menerusi laman Instagram dan Facebook
yang memaparkan lokasi dan jadual pergerakan trak makanan dari semasa ke semasa.
4) Membantu sektor pelancongan negara terutama subsektor
pelancongan makanan yang kini menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.
5) Perniagaan makanan mudah alih menggunakan lori itu
menyediakan alternatif kepada pelancong menikmati juadah cita rasa Malaysia
tanpa perlu bersesak di restoran.
6) Urusan di food truck ini mudah dan cepat.
Tips mulakan perniagaan Food Truck
1)
Menu
Anda haruslah memilih niche menu makanan yang bersesuaian
dengan kepakaran anda dan yang boleh menarik minat para pelanggan. Memberi
tumpuan kepada satu kategori makanan adalah lebih menjimatkan masa daripada
anda cuba menjual pelbagai jenis makanan berbeza di food truck anda. Pendek
kata, pilih menu yang lain dari orang lain, Menu yang fresh, baru dan 1st
in Malaysia
![]() |
sumber dari google |
2) Modal
yang diperlukan
Rujuk: Facebook
Malaysian Food Truck:
· Daftar SSM –
RM100 (wajib ada).
· Daftar bank – RM2,000 (wajib ada) kalau tak kukuh boleh disokong
dengan penyata bank. Lesen GDL –
RM500 (bawah 3 tan wajib ada).
· Deposit foodtruck 10% (harga on the road RM55K) – RM5,500 (untuk kurangkan bayar bulanan).
· Bayaran bulanan – RM600.
· Papan menu/bunting – RM300 (jika nak jimat guna white/black
board).
· Sticker food truck basic – RM500 (terpulang kepada citarasa
anda).
· Modal untuk pusing – RM3,000 (minima).
· Kelengkapan – RM4,000 (bergantung pada perniagaan).
· Stok barang mentah – RM2,000 (bergantung pada perniagaan).
· Lesen niaga PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) – RM5,000 setahun
(anggaran)
· Penyelenggaraan – RM300
Anggaran: Lebih kurang dalam RM20,000
untuk foodtruck skala kecil (tetapi ia juga boleh cecah hampir
RM100,000).
![]() |
sumber dari google |
Dengar kata sebanyak 1,000 Lesen Perniagaan Food Truck disasarkan keluar akhir tahun
ini. WOW kat mana tu?
Tak
cukup modal? Kalau berminat nak buka food truck tapi modal masih tak cukup, jangan
risau Kementerian Wilayah Persekutuan menyasarkan kira-kira 1,000 lesen
perniagaan kendera saji (trak makanan, food
truck) dikeluarkan akhir tahun ini bagi merealisasikan hasrat sifar
penjaja tepi jalan di sekitar ibu negara menjelang tahun 2020.
Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata
setakat ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan sebanyak
220 lesen food truck.
![]() |
sumber dari google |
Untuk mendapatkan pinjaman dan sebagainya,
kerjasama di antara Majlis Amanah Rakyat, Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan
Niaga (Tekun) juga akan membantu peniaga-peniaga baru food truck ini. Wah ramai yang terlibat.
Pihak
kerajaan juga telah mengenalpasti lokasi yang strategik untuk dijadikan pusat
perniagaan food truck ini yang lengkap dengan elektrik, air dan tempat pembuangan
sampah.
Peniaga food truck juga perlu memastikan mereka sentiasa berada dalam
keadaan yang bersih dan berdisiplin kerana mereka bukan sahaja membawa jenama
mereka tetapi juga nama negeri dan negara.
Usaha ini bukan sahaja dapat membuka lebih
banyak peluang perniagaan kepada golongan muda di negara ini untuk menceburi
bidang keusahawanan malah turut dapat mempromosikan cita rasa Malaysia kepada
pelancong tempatan dan luar negara.
Bagus macam ini, sistem yang teratur dan menjamin kebersihan. Food truck juga salah satu tarikan pelancong juga. Apa lagi korang boleh rebut peluang ni. Bukan senang nak dapat peluang yang macam ni hey. Apakah menu dan design food truck El nanti ye..tungguuu hehe
bagus ada food truck bisnes mcm ni, senang nak pilih makan ... harga pun harap2 reasonable...
BalasPadamBagus ada berniaga foodtruck ni, macam2 makanan yang boleh di nikmati... Lebih tersusun dari gerai-tepi jalan
BalasPadamDah makin meriah Food Truck ni, suka tengok
BalasPadamMeriahnya food truck!!
BalasPadambagus inisiatif ni
BalasPadamwahhh pelbagai food truck ada skrg kan..mcm2 menu yg ada.baru2 ni rabia ada tgk food truck dlm tv..wahh mcm2 makanan yg ada.western food dia nmpk sedap sgt.
BalasPadamDah makin dikenali ramai dah food truck ni. Alhamdulillah, tak sia-sia ia diperkenalkan kan
BalasPadamCatat Ulasan