Petaling Jaya, Mac 2018 – Bulan ini, Bio-Oil Malaysia memberi penghormatan
kepada wanita-wanita Malaysia yang luar biasa dengan kempen #makeyourmark.
Menyedari bahawa masyarakat kini
mempunyai persepsi yang tidak realistik mengenai badan yang sempurna sehingga
menyebabkan rasa tidak yakin dan mempunyai imej negatif terhadap diri sendiri,
kempen #makeyourmark memperkasakan wanita supaya berasa selesa dengan diri
sendiri dan mengingati mereka tentang nilai diri.
"Di Bio-Oil, kami memahami perjuangan seorang wanita. Kadang-kadang,
rasanya seperti kita diharap untuk melakukan semuanya dan tetap kelihatan
cantik! Apabila anda berfikir dengan teliti, ia sebenarnya bukan satu pencapaian
yang mudah. Oleh demikian, kami berada di sini untuk mengingatkan wanita bahawa mereka semuanya cantik
dalam cara tersendiri, bahawa mereka semua kuat dan luar biasa; dan mampu menjadi
yang terbaik. Dan dalam perjalanan
kehidupan diri, anda boleh bergantung kepada
Bio-Oil untuk menjaga keserian kulit tanpa
kesan. Marilah kita semua memadamkan keraguan
pada diri sendiri dan sayangi diri anda supaya anda dapat melangkah jejak dengan yakin dan
bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran." kata Ms. Low Hooi
Wan, Pengurus Unit Perniagaan Bio-Oil Malaysia.
Kempen #makeyourmark adalah
bahagian pertama kempen #iamremarkable yang akan dijalankan sepanjang tahun
2018 untuk memperkasakan para wanita. Kebanyakan wanita menggemari untuk
kelihatan terbaik, biarlah Bio-Oil menjadi sebahagian daripada perjalanan anda untuk
mencapai kulit yang cerah dan sihat. Ini bertujuan memperkasakan para wanita
untuk mengejar impian mereka dan pada masa yang sama berasa selesa dengan diri
sendiri.
Berikut adalah
perkongsian beberapa wanita luar biasa tentang pengalaman mereka dengan
Bio-Oil:
Elaine Daly, Pelakon, Hos TV, Pengarah Kebangsaan
Miss Universe Malaysia Organization, Pengarah Saluran www.hurr.tv
"Ketahui
nilai diri anda; apa yang anda ada dan apa yang anda perjuangkan. Tahu apa yang
anda mahu, tahu bagaimana anda akan mencapai matlamat anda (tidak ada matlamat
yang terlalu kecil!), dan bila anda akan mencapainya. Pengurusan masa sudah
pasti menjadi cabaran terbesar sekarang. Menjadi ibu bekerja (seorang anak
berusia dua tahun setengah dan mengandung 7 bulan), saya perlu menguruskan masa
saya dengan betul supaya saya dapat menjaga mereka yang paling saya sayangi.
Mempunyai jadual yang dapat saya ikuti membantu. Mengutamakan yang penting,
mempunyai sistem sokongan yang kuat, dan jumlah masa yang tepat untuk diri
sendiri adalah kunci dalam menghadapi cabaran pengurusan masa.
Banyak yang
saya perlu uruskan; keluarga, kerja, jadual yang perlu dijaga,
sekurang-kurangnya saya tahu dengan Bio-Oil saya tidak perlu risau. Saya
biarkan ia memainkan peranannya dan biarkan ia menjaga kulit saya dengan
kelebihan minyak semulajadi. Selain penggunaannya untuk menyegarkan dan
menyuburkan kulit, saya menggunakannya pada perut saya untuk menghindari kesan
regangan, sebagai langkah pencegahan untuk mengelak tanda regangan. Ia melembap
dan apa yang saya sukai ialah ia tidak meninggalkan kesan berminyak. "-
Elaine Daly
Nadia Hasbi, Pengasas Fit Rebel
"Membuat
penghijrahan dari dunia korporat ke perniagaan, mereka pakaian sukan saya
sendiri dan membina jenama sendiri dari bawah merubah kehidupan saya dan
memberi saya banyak pengajaran.
Pengajaran
paling penting saya pelajari ialah setiap seorang daripada kita mesti mempunyai
keberanian untuk mengejar impian kita tanpa rasa takut. Ini boleh menjadi
sesuatu menakutkan kerana kadang-kadang, impian kita begitu besar dan luar
biasa. Saranan saya adalah untuk mengambil impian anda dan memecahkannya kepada
tugasan kecil. Sedikit demi sedikit, anda ambil langkah-langkah untuk menuju ke
tempat yang anda inginkan.
Pengajaran kedua
yang saya pelajari ialah kegagalan adalah perkara yang baik. Apabila saya
membuat keputusan bahawa saya mahu mencipta pakaian sukan yang paling cantik di
dunia, saya tidak tahu apa yang saya lakukan. Saya gagal berkali-kali. Tidak
lama kemudian saya sedari bahawa kegagalan adalah sesuatu yang hebat, kerana
selepas setiap kegagalan, saya belajar dan saya menjadi lebih baik.
Setiap kegagalan telah menjadi satu langkah ke hadapan.
Bio Oil
adalah minyak penjagaan kulit pakar yang hebat yang menyokong wanita dengan
memberi penjagaan yang terbaik untuk kulit kita. Ia sama seperti minyak bayi,
tetapi baunya mengagumkan, ringan, tidak berminyak dan mudah diserap. Saya syorkan
untuk semua! "- Nadia Hasbi
Madam Molly
Khoo, Pengasas Heritage Village
Restaurant
"Adalah
penting untuk sentiasa berfikiran positif dan mencari sisi positif setiap
perkara. Kehidupan adalah sukar secara sedia ada; kita tidak boleh membiarkan
pemikiran negatif membawa kita ke bawah. Akan ada hari-hari yang akan membuat
anda berasa seperti ingin menyerah kalah. Jadilah kuat dan ingat bahawa pasti
ada sinar cahaya dipenghujung terowong paling gelap. Membesarkan empat orang
anak adalah perkara paling sukar yang pernah saya lakukan. Perancangan dan
pengurusan masa yang baik adalah perkara yang paling penting untuk membantu
saya melalui masa yang sukar.
Bio-Oil
membantu saya kelihatan muda selama boleh. Ia membantu dengan masalah
kekeringan dan melembab kulit saya tanpa meninggalkan kesan berminyak. Saya
lebih yakin dan selesa dalam kulit saya sendiri! "- Madam Molly Khoo
Jesrina
Arshad, Pengasas & CEO of
PurelyB
"Jangan
sekali-kali memandang rendah kuasa kepercayaan diri dan berfikiran positif.
Jika anda memanfaatkan minda yang positif, menakluki segala keraguan, ketakutan
dan benar-benar percaya kepada diri sendiri dan keupayaan anda, anda boleh
berbuat apa saja! Hanya ingat bahawa apa saja kesusahan yang mungkin hadapi adalah
untuk membantu anda belajar, berkembang dan akhirnya mencapai kejayaan yang
sebenar. Jadi jangan menyerah! Teruskan bekerja keras, bertahan dan jangan
pedulikan pengkritik dan tidak lama lagi impian anda akan menjadi kenyataan.
Saya sendiri
telah bergelut dengan keyakinan diri dan rasa tidak puas hati dengan keupayaan
saya, merasakan diri tidak layak terutama sebagai usahawan kali pertama dalam
industri teknologi yang dikuasai lelaki. Tetapi apabila saya mengubah set minda
saya, menguatkan keyakinan dalam diri saya dan mengambil tanggungjawab untuk
kejayaan saya, saya tidak lagi rasa takut. Saya tahu saya mampu menakluk setiap
cabaran yang mendatang. Peralihan pemikiran boleh melakukan keajaiban dalam
menjadikan diri anda benar-benar bergemerlapan.
Saya
menggunakan Bio-Oil sebagai pelembap badan kerana ia membantu melembabkan kulit
kering dan memastikan tona kulit saya sekata. Saya suka bagaimana ia adalah
jenama yang sangat baik yang membantu wanita meningkatkan keyakinan diri!
"- Jesrina
Stephanie Looi, Pengasas dan CEO of PurelyB
"Selalu
pastikan diri anda adalah keutamaan dan jaga diri sendiri; tidur dengan cukup,
makan dengan baik, bersenam dan lakukan perkara yang anda suka, dan luangkan
masa untuk diri sendiri. Anda tidak berguna kepada sesiapa jika anda sakit atau
lesu upaya. Fikiran perlu positif, kerana pemikiran negatif boleh memusnahkan
wanita yang paling kuat. Siapa yang akan menjadi ketua pasukan sorak anda
apabila anda tidak bersorak untuk diri sendiri? Sejujurnya, saya mempunyai masa
yang sukar 'melakukan semuanya'. Menjadi ibu dan bos sangat meletihkan. Tetapi
satu perkara yang saya pelajari adalah meminta bantuan dan berkata
"TIDAK". Kadang-kadang anda tidak boleh menggembirakan semua orang.
Jadi, lakukan yang terbaik untuk diri sendiri.
Saya
menggunakan Bio-Oil ketika kedua-dua kehamilan saya. Menjadi ibu ketika kali
pertama dan bimbang tentang kesan regangan, saya menggunakannya dengan tetap
dan saya gembira mengatakannya, saya tidak mempunyai sebarang tanda regangan
langsung. Begitu juga ketika melahirkan anak kedua, saya menggunakannya sekali
lagi dengan hasil yang sama. Bio-Oil memberi saya keyakinan dan ketenangan
minda sepanjang kehamilan saya. Ini penting kerana sebagai ibu hamil, anda
sudah mempunyai sejuta perkara di fikiran anda, sekurang-kurangnya anda tahu
ada yang dijaga! - Stephanie Looi
Aamal
Farhain, Managing Director of Foby
Houz
"Sentiasa
lakukan yang terbaik dan ikhlas dalam semua yang anda lakukan. Saya percaya
bahawa jika kita ikhlas dalam apa yang kita lakukan, perkara-perkara yang baik
akhirnya akan berlaku kepada anda. Selain itu, jadilah diri anda sendiri.
Jangan cuba menjadi orang lain. Jadilah yakin dengan diri anda sendiri, ikuti
keghairahan anda dan bekerja keras untuk mencapai impian anda. Saya melakukan
apa yang saya lakukan hari ini adalah kerana ia adalah keghairahan saya. Ramai
yang menganggap tidak mungkin seorang wanita muda seperti saya berjaya
menjalankan perniagaan saya sendiri. Sukar untuk tidak terasa terganggu dengan
apa yang difikirkan oleh orang lain tetapi dengan sokongan yang saya ada dari
keluarga, rakan-rakan dan pekerja saya, saya mengubah impian saya menjadi
kenyataan.
Bio-Oil
memberi inspirasi kepada saya untuk memperbaiki diri saya, tetapi tetap diri
saya sendiri.
Ia
menyakitkan untuk melihat parut tetapi dengan Bio Oil, ia membantu menjadikan
parut saya kelihatan lebih baik, ia membantu saya mendapatkan semula keyakinan.
Jangan biarkan parut (nyata atau kiasan) membawa anda ke bawah. Dengan semua
halangan dan kesusahan yang saya hadapi selama ini, ia membantu saya belajar
dan menjadi lebih matang dan juga mendapatkan keyakinan saya untuk menghadapi
segala cabaran. Yakin dengan siapa diri anda. Sebagai wanita, kita semua harus
belajar untuk merangkul keunikan kita dan mencari kemenangan dalam setiap masa
dan perjalanan kehidupan.“ Aamal Farhain
Suka Bio oil..dari masa preggy kan Dania dulu guna ni...sapu kat stretchmark..
BalasPadamAna sejak belajar lagi guna dah bio oil ni. Memang boleh hilangkan parut tapi kena pakai secara consistent.
BalasPadamwah semuanya cantik2
BalasPadamNani pun guna bio oil ni. Bila konsisten pakai, memang boleh hilangkan scars tu semua :)
BalasPadamBio Oil ni memang elok untuk hilangkan parut.. TB pernah guba jugak..
BalasPadamZaza pernah pakai gak bio oil ni.. Masa tu parut jerawat hitam.. Sapu ni.. Produk bio oil mmg ramai pengguna dan berkualiti
BalasPadamNak kena pakai gak bio oil ni untuk bagi hilang parut ni
BalasPadamRos pernah pakai dulu.. memang berkesan dengan Ros.. hilang parut.. tapi ambil masa sikit
BalasPadamselalu standby bio-oil dekat bilik,
BalasPadamlmbat sikit dia nk bertindak, tapi ok la dri produk2 lain..
Ciksue pakai waktu mengandung.Untuk elak stretchmark. Suka bau dia yang wangi.
BalasPadamCatat Ulasan