Rasanya bulan puasa yang tidak lama lagi ini, tentu ada di kalangan anda ingin menikmati juadah berbuka puasa yang lain dari yang lain dan semestinya tercari-cari lokasi yang menyediakan hidangan yang enak dengan harga yang berpatutan.


Berita baik untuk anda yang ingin berbuka puasa di luar bersama keluarga, rakan-rakan, sanak saudara mahupun rakan sekerja, salah satu hotel yang terkenal di Pulau Pinang ialah OLIVE TREE HOTEL turut menyediakan juadah berbuka puasa dengan pilihan hidangan bufet yang baik dalam suasana makan intim yang sesuai untuk musim ramadan nanti.
Ini adalah pengalaman pertama El berbuka puasa di Olive Tree Hotel. Seakan teruja. Selama ini lalu hanya pandang-pandang tapi kali ini diberi peluang untuk menikmati hidangan berbuka puasa mereka.
Rakan-rakan blogger sedang berbuka puasa sambil mendengar alunan muzik dari kumpulan buskers yang dijemput khas dan juga melayan filem P. Ramle di skrin besar yang disediakan oleh pihak hotel
Mengetengahkan tema 'Citarasa Semenanjung', Olive Tree Hotel menyediakan hidangan bufet pemanis mulut dari Utara ke Selatan Semenanjung Malaysia. Jom kita lihat menu-menu untuk hari ini. Yang pastinya terangkat selera anda.
Daging Rendang Tok, Ayam Varuval, Sambang Udang Petai, Kambing Kurma, Tempe Tumis Kicap Manis Pedas, Gulai Ikan Lemak Merah dan Roasted Lamb dengan Briyani, Gulai Nangka Ikan Bilis dan banyak lagi.
Pertama kali merasa oxtail osso bucco ini memang sedap. Lembut dagingnya sampai anak El berulang makan
Daging Rendang Tok ini memang sedap. Makan pula dengan ketupat dan lemang. Memang nikmat sungguh. Sampai sekarang termimpi-mimpi makan rendang tok ni hihi
Sweet and Sour Fish
Chicken Varuval

Mantis Prawn With Salted Egg
Sambal Udang Petai
Takua Sambal Hijau
Bahagian lain pula ada disediakan menu-menu ulam-ulaman, rojak buah, keropok lekor, ketupat, lemang, serunding buah-buahan, takua sumbat dan beberapa jenis keropok ikan.

Sememangnya anda juga teruja bahagian dessert ataupun pencuci mulut. Pada hari itu, kami dihidangkan dengan lee chee kang, ais kacang, bubur pulut hitam, sagu gula melaka, pelbagai aneka kek dan kuih-muih
Gerai-gerai aksi seperti shawarma, char kueh teow, mee rebus, sate, roasted lamb, sup daging madura, pumpkin soup di hidang panas-panas untuk anda
Selain itu juga, ketika anda sedang menikmati hidangan, anda juga turut dihiburkan dengan persembahan baskers setiap malam dari rumah Pertubuhan Permata Al-Mahabah
Di sini El ada share video untuk tontonan anda semua. Jangan lupa subscribe ok
Harga Buffet
Bermula dari 21 May - 13 June 2018
Dari pukul 7.00-10malam
Adult - RM89+
Child - RM49+
Harga istimewa:
pencuci mulut tu sgt menggoda.. liez suka klau ada udang salted egg tu..uiishhhmmg boleh naikberat badan klau gini
BalasPadamwahhh sedapnya makanan tu..rabia terliur dengan sambal udang petai
BalasPadamSweet and sour fish th nampak sedap je. Bila nak dekat ramadhan memang banyaklah hotel hotel buat bufet ramadhan kan
BalasPadamMacam-macam pilihan yang ada.. kena booking awal ni :)
BalasPadamYa ampunnnna..Sedap2 nya la menu2 dia 😍
BalasPadamSambal udang petai fuh kesukaan zaza tau
Sedapnya tgok menu2 yg disediakan nampak menyelerakan..
BalasPadamWah ade petai tu..rasa ni pertama kali buffet ada petai..sedap tu..
BalasPadamSedap2 semua menu yang di hidangkan.. favorite kita ayam percik tu😋😋
BalasPadambanyaknya menu...macam-macam boleh pilih untuk makan...
BalasPadamBanyak pilihan menu yang sedap sedap belaka. Harus tempah awal awal ni.
BalasPadamBest sangat bila ada games main teka-teka. Kelakar plak tu.
BalasPadamsedap, makan sampai kenyang. best acara teka tu, jenuh jugak part kita tu kan.
BalasPadamBanyak nya pilihan. Mesti puas hati berbuka dekat sini kan.
BalasPadamNampak sedap semua pilihan makanan kat sini El..
BalasPadamsaya suka deretan pencuci mulut tu..sangat menggoda..auch..
BalasPadamVariasi menu semua nampak sedap
BalasPadamCatat Ulasan