KESERONOKAN BERSUKAN DENGAN KOLEKSI
‘SUKAN RIA’ CARRIE JUNIOR
MENGGALAKKAN
GAYA HIDUP AKTIF SERTA IMAGINASI YANG KREATIF UNTUK KANAK-KANAK!
Assalamualaikum semua
Salam Senyuman Manis dari El hihi
Assalamualaikum semua
Salam Senyuman Manis dari El hihi
Kita telah mencapai zaman di mana teknologi mula mengambil
alih interaksi ibu bapa dengan anak-anak secara perlahan-lahan. Kanak-kanak
yang terdedah kepada teknologi akan lebih cenderung ke arah menjalani gaya
hidup tidak aktif kerana leka dengan alatan gajet. Kanak-kanak secara semulajadi gemar bermain dan mereka
seharusnya digalakkan untuk menjadi aktif. Latihan sukan dan permainan
memberikan peluang untuk anak-anak bersenam bagi memastikan mereka kekal sihat dan membantu
perkembangan fizikal mereka.
Bermain dengan air merupakan aktiviti
yang paling dinantikan kanak-kanak, dan waktu mandi sememangnya merupakan masa
yang paling sesuai untuk bermain bersama permainan mereka. Walaupun mainan
seringkali dilihat sekadar permainan dan sesuatu yang menyeronokkan, namun ia
sebenarnya lebih dari itu. Mainan sekurang-kurangnya dapat menyediakan peluang
untuk si manja belajar dalam pelbagai aspek pembangunan diri. Ia menyediakan
ruang untuk kanak-kanak mengukuhkan kemahiran fizikal mereka, menggilap
kemahiran sosial dan emosi, serta meningkatkan perkembangan bahasa dan
pertuturan.
Direka
untuk mencetuskan keriangan kepada kanak-kanak,
CARRIE JUNIOR telah me reka
6 figura mainan comel yang dikenali sebagai ‘Sukan Ria’ bagi membantu
perkembangan imaginasi dan minda mereka. CARRIE JUNIOR bukan sahaja sentiasa
menggalakkan keseronokan masa mandi, ia juga turut menekankan amalan nilai
murni di dalam interaksi semasa bermain dengan permainan dengan cara yang
kreatif dan imaginatif.
Sebanyak 6 figura mainan comel yang
terdiri daripada CARRIE JUNIOR- si gajah yang gemar bermain bola sepak, SPEEDY
TOMMY- si kura kura yang terpantas di atas trek larian, TUFFY TEDDY- si beruang
yang paling kuat, DRIBBLY MINKY- si racoon yang mahir dalam sukan hoki, SMASHY
MACKY- si monyet yang tangkas bermain ping pong, dan juga trofi kejohanan sukan
yang akan di bungkus setiap satu di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR bersaiz
700ml.
Sama
seperti pembungkusan CARRIE JUNIOR sebelum ini, koleksi mainan baharu ini akan
disembunyikan di dalam ‘ruangan rahsia’ yang akan menempatkan figura mainan
‘misteri’ dan menggalakkan anak-anak untuk meneroka, merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka keseronokan. Dengan
koleksi mainan CARRIE JUNIOR Sukan Ria yang baharu, masa mandian si manja pasti
akan menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan kerana dapat menggunakan
imaginasi mereka.
mainan "trophy" yang terdapat di belakang botol carrie junior
mainan "trophy" yang terdapat di belakang botol carrie junior
Koleksi
figura CARRIE JUNIOR & Buddies boleh didapati bersama mana-mana variasi
CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair
& Body Wash serta CARRIE JUNIOR Kids Shampoo bersaiz 700ml
Tentang CARRIE JUNIOR
CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.
Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja.
Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari. Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.
Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior
termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby
Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari
kanak-kanak.
bukan anak-anak pun suka, mak budak pun suka nie... hehehe... blh buat koleksi permainan tuk anak2
BalasPadamBaru ada satu yang gajah pink tu, masih lagi nak mengumpul koleksi carrie junior ni bagi penuh.
BalasPadamAkak kat mana nak beli permainan tu kak? Cam seronok je. Hehehe. Anak saya memang saya pakaian Carrie. Sebab anak lelaki kan lasak. Masam sokmo. Pastu botol Carrie tu ada toys. Memang best la. Mereka jadi excited. Hehe
BalasPadamdulu masa anak2 kecil mmg carrie jr la yg diaorg suka sbb ada gajah pink tu
BalasPadamDah diwakafkan untuk kegunaan anak- anak buah, bau wangi dan selalu i paksa Dida mandi banyak kali..hahaha
BalasPadamTB suka bau dia.. bila mandikan harraz bau nya sedap je.. harum je.. tapi Tb tak pakai hari-hari sebab harraz kulit sensitif.. ada mainan kat belakang tu.. TB yang suka.. hahaha
BalasPadamAnak ana peminat no 1 Carrie Junior ni. Asal mandi sibuk minta pam sabun dkt tgn dia. Mana taknya bau sabun wangi bukan main. Sampai Ana pun terjebak pakai sama.
BalasPadamnih mak ayah tumpang sekaki suka nih
BalasPadamhahaha
Wahhhh ! Nie bukan budak2 j suka. Mak ayah pon join sekaki. Sy suka produk CJ nie sbb bau dia wangi. Feeling budak2 sgt bila apply tu. Kbai 😝
BalasPadamAnak2 buah emi suka betul carrie junior ni. Klu ada carrie junior, semangat betul dorang nak mandi. Stress mak2 hahah
BalasPadamMemang guna carrie junior utk anak anak.wangi
BalasPadamSuka mandian carrie junior ni sebab wangi. Anak-anak kalau dapat sabun ni memang habis dikerjakannya kalau tak pantau.
BalasPadamCarrie Junior ni bukan setakat bebudak aje suka, Nani pun suka. Hahah! Wangi aje sabun nya kan :)
BalasPadamI baru je beli! My daughter loves it so much, she's been a fan of carrie jr for quite a while and this new board game has kept her busy for days.
BalasPadamkiut! tertarik jugak nak main sekali. join budak" main haha
BalasPadamSama la dengan anak buah saya.. duk kumpul mainan carrie junior ni. haha... kalau pi rumah depa, saya pun tumpang guna sabun depa ni sebab wangi.. hehe
BalasPadamBudak2 memang suka la kalau ada hadiah permainan tu. Kalau saya pun nak kumpul semua maskot tu. Jenama ni memang dah establish. Zaman dulu2 dah ada. Tagline tak pedihkan mata tu masih kita ingat lagi. Hehe.
BalasPadammemang seronok I siap main dengan anak anak I juga at the end entah kemana mana dadu dorang main tu, eh benda kecik kecik memang selalu hilang yang tinggalnya dia punya paper je, btw karakter yang ada dalam sabun tu kena kumpul barulah bila main anak anak ada karakter dorang tersendiri..
BalasPadamseronok kanak-kanak dapat mainan dalam setiap botol sabun carrie junior ni. kumpul banyak-banyak boleh buat 1 team hehe. bau sabun ni mesti best kan.
BalasPadamwww.maisarahsidi.com
anak2 ayu mmg suka produk mandian ni..sebab dia wangi dan berbuih banyak..enjoy betul dowang mandi heheheh
BalasPadamTeringat aritu dapat piala tu. Hehehe. Pulun anak-anak rebut ��
BalasPadamHaaa cutenya lah mainan dia. Tapi sis tak anak kecik nak beli produk ni. Kena tunggu cucu pulak..lps ni nak kena cari calon menantu lah cepat2 hehehe
BalasPadamni mak2 pun teruja dengan mainan carrie junior hahahhaha
BalasPadamSeronoknya tengok mainan tu.. best juga klu ada anak kecil layan main2 mcm ni :)
BalasPadamnowadays those commercial company really creative with their marketing. when i see this i also feel like buying it but too bad.. no budak at home.. think i will buy for my friends so that their children could play it.
BalasPadamRacheal
Anak kita kemain suka tau dengan mainan carrie junior.Tiap kali beli,mesti mainan yang dicari dulu
BalasPadamCatat Ulasan