Bagi mereka
yang tidak mahu dihadkan dengan hadiah biasa seperti jambangan
bunga, coklat dan kad hadiah yang tidak akan bertahan lama, set wangian adalah
pilihan hadiah lebih ideal. Set hadiah sebegini sangat serbaguna untuk
dijadikan hadiah pada mana-mana majlis atau ulang tahun memandangkan rekaan
pembungkusan serba indah dan lengkap dengan rangkaian rejim penjagaan diri yang
mengandungi wangian EDT dan losyen. Pemberian wangian dilambangkan seperti
memberi sejambak bunga yang besar, tetapi lebih praktikal dan mengandungi
intipati kuntuman bunga semerbak. Lebih penting lagi, haruman ini membawakan
gabungan simbolik keintiman dan kemewahan.
Penerima akan dapat menikmati pengalaman hadiah penuh wangian. Perasaan indah yang kembali mekar semula akan mengeratkan hubungan baik biarpun di antara si anak- si ibu, adik beradik, teman istemewa, malah hubungan antara pelajar dan guru. Sedikit sentuhan perincian akan mengekalkan detik-detik penuh keajaiban setiap hari.
Menyedari penghargaan yang diberikan terhadap wangian EDT, ENCHANTEUR
memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang disediakan dalam bingkisan yang
direka cantik, sesuai untuk semua perayaan - sama ada hari ulang tahun,
perayaan, hari lahir, anugerah pencapaian dan hari penghargaan. Pek EDT mesra
perjalanan bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah
ini sesuai sebagai kejutan dan mudah dibawa di dalam beg tangan.
Ini adalah sebahagian dari 5 set wangian yang El terima iaitu SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC) dan SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND CHARMING)
ENCHANTEUR telah membina reputasi sebagai jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka dan berkualiti, diilhamkan dari Kota Perancis. Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis. Kami berbangga kerana dapat memenuhi keperluan wanita untuk mencipta sebuah pengembaraan cinta menakjubkan yang penuh dengan tujuan dan keanggunan.
Ini adalah sebahagian dari 5 set wangian yang El terima iaitu SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC) dan SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND CHARMING)
ENCHANTEUR telah membina reputasi sebagai jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka dan berkualiti, diilhamkan dari Kota Perancis. Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis. Kami berbangga kerana dapat memenuhi keperluan wanita untuk mencipta sebuah pengembaraan cinta menakjubkan yang penuh dengan tujuan dan keanggunan.
SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE)
Mon Amie jika diterjemahkan, bermaksud My Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada di luar;
Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impianmu.
SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (MON AMIE & ADORE)
Mengandungi 2 wangian EDT Mon Amie dan Adore bersaiz 15ml, set hadiah
ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang di sekeliling. Mon Amie
adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan, yang merangkumi persona
terang, dan ceria si gadis. Wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis
idamanmu yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam. Set hadiah yang
sungguh menakjubkan ini meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa
istimewa dan berkeyakinan. Set eksklusif ini boleh didapati di kedai Watsons
sahaja.
Set hadiah ini terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz
15ml setiap satu, yang berkonsepkan siang dan malam. Set ini melengkapi gaya
hidup si gadis yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza.
Pada siang hari, dia mempunyai persona Mon Amie – individu yang periang, dan
mudah didekati manakala pada waktu malam, dia akan bersiap untuk keluar dengan
haruman sofistikated yang menonjolkan keanggunan diri serta membuat si dia
terpikat. Set hadiah ini boleh didapati di kedai runcit utama di seluruh
negara, serta laman membeli belah atas talian- LAZADA.
SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC)
Diilhamkan dari personaliti romantis si gadis, ENCHANTEUR memperkenalkan
set hadiah di dalam kotak merah jambu – di dalamnya mengandungi wangian Belle
Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu. Kedua-dua wangian menyenangkan ini
bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap
detik bersama berharga. Anda pasti terpesona dengan keanggunan dan
kecantikannya yang memukau. Bingkisan set ini dijual di kedai runcit utama di
seluruh negara dan laman membeli belah atas talian- LAZADA.
SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS MON AMIE
SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS MON AMIE
Set mempesonakan ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta losyen badan dan tangan Light & Fresh yang segar dan melembapkan kulit dalam pek size 100ml, kedua-duanya dalam variasi wangian Mon Amie. Haruman ini meremajakan, manakala losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV. Diformulasikan agar bertekstur ringan dan tidak berminyak, membolehkan si gadis melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa. Gabungan set ini akan memberikan kenalan gadismu bau haruman sepanjang hari serta penjagaan asas hariannya terjaga rapi. Luahkan penghargaan anda kepadanya kerana sentiasa tampil mempesona seperti permata! Dua barangan ini digubah dalam kotak berwarna yang ceria dan boleh didapati secara eksklusif di farmasi Guardian seluruh negara.
ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS dijual pada harga RM34.90
(Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET
berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Selain itu, the ENCHANTEUR
MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia
& RM36.70 di Sabah dan Sarawak.
mewangi smeerbak la... hehe
BalasPadamSuka Enchanteur..baunya wangi sangat2
BalasPadamBestnyer kalau dapat enchanteur ni. Baunya lembut. Suka sangat bauan floral.
BalasPadamwaakkkkkk.. kalau buat hantaran pun dah habis cantik dah ni kan.. tak payah nak hias lelebih..
BalasPadamWahhh 😍 Mesti wangi & best ni.
BalasPadampackaging dia nampak eksklusif, buat hantaran dan hadiah sangat sesuai kan. semua wanita sukakan wangian.
BalasPadamEnchanteur ni jenama yang lama bertahan dari dulu lagi kan.. wangi nya tu sama je.. nak pulak ada set gift macam ni.. comeyy
BalasPadamamboi! memang glam sangat2 bekasnya. tapi enchanteur pun memang cukup terkenal dengan wangian yang harum gila. sesuai untuk wanita yang elegan!
BalasPadamKalau myk wangi zaza belum lagi try.. Tp bedak tabur dia mmg paling zaza suka sgt dgn bau. So lain kali boleh la try2 pulak myk wangi ni.. Tgu myk wangi skg hbis. Insyaallah
BalasPadamaira baru jatuh hati dengan enchanteur! selama ni tak pandang pun, tapi sekali dah try, memang best sangat!!
BalasPadamCantiknya set Tu mmg sesuai utk buat gift. Cantik sangat
BalasPadamBetul lah sesuai untuk buat hantran tunang senang jer beli pastu masuk dalam bekas letak reben mudah dan cantik kotak2 tu.
BalasPadamPegi keje pakai enchanteur je skrg hehehe. Jimat byk
BalasPadamEnchanteur ni harga mampu milik ni. semua org mampu beli hehhe
BalasPadamkita suka sangat..baunya wangi
BalasPadamKalau akak dapat 1 set wangian ini. Bestlah.
BalasPadamMakin cantik dah quality Enchanteur sekarang - memang sesuai dibuat hadiah dan hantaran sekalipun.
BalasPadamI love these sweet and elegant perfume bottle.
BalasPadammemang best bau dia... sangat suka yang warna pink tu bella amour
BalasPadamSuka bau wangian romatic.. best..
BalasPadamSuka tgk packaging Enchanteur yg selalu cantik
BalasPadamechanteur mmg wangi selalu
BalasPadamWOW.... wangi wangi... suka :D
BalasPadamcomelnya perfume tu
BalasPadambotol cute jer
BalasPadamwangian Enchanteur mewangi sepanjang zaman..sejak sekolah rendah duk pulun bedak2 dia..siap tapau bw p sekolah boh dlm tisu..cewah2
BalasPadamCatat Ulasan