Hai korang
Rasanya ramai yang suka makan pizzakan
Korang tau tak dengan doh pizza dengan keju yang terbaik, kita boleh pelbagaikan menu. Baru-baru ini El berkesempatan memenuhi jemputan Anchor Food Professionals untuk kempen Pizzart Phase 2 iaitu, Pizzart Food Trail by Anchor Food Professionals. 

Kempen Pizzart Food Trail ini berkolaborasi dengan 18 outlet restoran yang terlibat di Semenanjung Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak. Mereka menyediakan pizza yang dihasilkan hanya menggunakan keju terbaik seperti keju Anchor Mozzarella Cheese, Anchor Shredded Parmesan Cheese, Anchor Butter, Anchor Extra Yield Cooking Creams and Anchor Cream Cheese yang dibawa dari New Zealand.

Untuk Kempen Pizza Food Trail ini,  El dibawa bersama rakan blogger yang lain ke salah sebuah outlet yang berkolaborasi dengan kempen ini iaitu US Pizza Georgetown dan Bayan Lepas.  

Pizza Food Trail Begin. Lets check it out ok. 

US PIZZA GEORGETOWN - PIZZBURGER



Di sini El dan rakan blogger yang lain menikmati hidangan pizzart iaitu PizzBurger, Salted Egg Pizza dan Italian Aloha Chicken (signature pizza).

ITALIAN ALOHA CHICKEN



Italian Aloha Chicken ini merupakan signature pizza di US Pizza. Korang sure dah biasa makan pizza yang ini kan. Memang sangat digemari oleh semua pengemar pizza

SALTED EGG PIZZA



1st time El makan Salted Egg Pizza ini. Ingatkan rasa masin-masin. Siap ada daun kari lagi membangkitkan aroma. Bila makan tak ada pula rasa masin. Korang should try this Salted Egg Pizza di US Pizza ok

PIZZBURGER




Yang inilah menu yang paling excited nak cuba. 1st time jugalah dengar PizzBurger ni. Dengan isi daging yang juicy dan lembut, limpahan keju anchor dan doh pizza yang lembut. Saiz pun boleh tahan besar juga tau. Dimakan pula dengan sos tomato salsa yang superbb. Petang tu PizzBurger menawan tekak El hihi

Kemudian kami dibawa ke US PIZZA Bayan Lepas yang terletak di Summerton, Queensbay. Ada rakan blogger yang menaiki van bersama krew-krew Anchor Food Professionals dan ada rakan blogger pergi dengan transport sendiri.

US PIZZA BAYAN LEPAS - CHEESE PRETZZA



Di sini pula kami menikmati pula hidangan menu pizzart iaitu, Cheese Pretzza, Tomyam Pizza dan Italian Aloha Deluxe.

TOMYAM PIZZA



Tomyam Pizza dari US Pizza ini adalah menu terbaru juga di sini. Mereka yang mengemari tomyam pedas boleh cuba Tomyam Pizza ini. Rasa tomyam pedas dan aroma tomyam yang menarik.

ITALIAN ALOHA CHICKEN DELUXE


Italian Aloha Chicken Deluxe ini dipenuhi dengan Chicken roll, crabmeat stick dan pineapple. Sorry El tak dapat nak rasa Pizza ni sebab berdebar2 menunggu eating challenge. Kena pastikan perut kosong haha

CHEESE PRETZZA


Satu lagi menu yang mengunakan keju Anchor di US Pizza ialah Cheese Pretzza. Ini adalah menu eating challenge yang El join petang tu. Nampak sahaja kecil tetapi, 1st bite tu dah tahu alamak susah juga nak habiskan. But seriously bagi tekak El memang sedap. Cheese Pretzza ini isi dalamnya ikan salmon dah dipenuhi luar dan dalam dengan limpahan keju dan cream cheese. Dicicah pula dengan sos tomato salsa herbs yang superb. Korang nak tahu rasanya kena terjah ke sini ok

FREE PIZZA CUTTER

Dengan setiap pembelian menu pizzart ini, korang akan dapat 1 free pizza cutter seperti gambar di bawah ini


PIZZA EATING CHALLENGE VIDEO


El bersama 4 rakan blogger dan 4 pelanggan US Pizza meriahkan lagi Eating Challenge di US Pizza Penang. Kami diberi masa 3 minit untuk menghabiskan Cheese Pretzza. Walaupun tidak menang tempat pertama, kedua dan ketiga, oklah El berjaya habiskan Cheese Pretzza within 3 minit. 

Seronok betul El dan rakan blogger yang lain menikmati pelbagai pizza yang disediakan oleh pihak US Pizza. 

Jika korang ingin menikmati pizza-pizza yang unik, mempunyai citarasa dan bentuk berbeza, bolehlah datang ke US Pizza yang berdekatan dengan anda. Nak dekat musim perayaan Chinese New Year dan mereka yang menyambut Valentine Day, apa kata meriahkan lagi sambutan bersama keluarga dengan pizza-pizza inovasi baru dari Anchor ni. 


Untuk maklumat lanjut mengenai Anchor Food Professionals, korang boleh ke laman Facebook rasmi mereka iaitu Anchor Dairy Malaysia.


16 Ulasan

  1. Ya Allah banyaknya pizza. Ni yg buat nak makan pizza ni

    BalasPadam
  2. Uniknya pizza ni. Lain dari yang lain.

    BalasPadam
  3. Sangat menyelerakan... Dahla kita suka pizza..aduhhh.. Pizza pretzza tu mcm best je...

    BalasPadam
  4. sedapnye pizza sis..kene cuba jugak ni

    BalasPadam
  5. Sedapnya, reralah piza burger tu nampak menyelerakan

    BalasPadam
  6. Alamak kak el.. Dah terbayang dah keenakan pizza slurpppp

    BalasPadam
  7. Bookmark post ni..nak kena tunjuk kat somi..hahahah...nanti nak try.

    BalasPadam
  8. Syokk kan Kak el..Sally suka gilaaa la dgn pizzburger tuu...InsyaAllah tebal daging diaaa

    BalasPadam
  9. Tengok gambar-gambar ni teringinnya... sedap nampkn semua tu..

    BalasPadam
  10. Kt ipoh msih non halal.. klu x leh cuba

    BalasPadam
  11. Alahai baca entry ni malam-malam terus rasa lapar

    BalasPadam
  12. Ya Allah.. salah masuk sini pagi ni. Perut tengah berdondang sayang. Nampak pulak pizza. Aduhai..
    Nampak menyelerakan sungguh!

    BalasPadam
  13. Mokcik x pernah cuba US pizza ni..nanti nak try jugak laa..tak tahan tengok gambar2 pizza yg meletops dari uols ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama