Assalamualaikum
Salam ceria
Salam kasih sayang semua
CHEEZY FISH FILLETS PACIFIC WEST | RESEPI FISH FILLET - Aduhai lagi 2 minggu sahaja sesi persekolahan akan dibuka semula. Sekolah atau cuti sekolah kerja mak-mak ni sama sahaja 24jam non stop betul tak? So mak-mak kat luar sana jangan berangan lah nak bercuti juga ye hihi.
Macam hari-hari biasa, El memang dah siapkan breakfast/lunch/dinner di rumah. Cuti sekolah ni memang 2xgandalah penatnya. Of course anak2 kat rumah semua spesis lapar je manjang haha. Memang bekalkan macam2 makanan kat anak2. So semalam El dah siapkan breakfast burger, lunch nasi dan lauk kari ayam dan ada spageti bolognese juga. Waduhh banyak sekali kan haha.
Actually, stok2 makanan memang kami ada beli setiap 2x sebulan. Itu sebab ada burger, spageti, fries, dan macam2 lagi. Selain tu juga dekat rumah tak sah kalau tak ada stok2 biskut2. Tu pun kejap je habis. Kerja makan saja budak2 tu haha
Actually, stok2 makanan memang kami ada beli setiap 2x sebulan. Itu sebab ada burger, spageti, fries, dan macam2 lagi. Selain tu juga dekat rumah tak sah kalau tak ada stok2 biskut2. Tu pun kejap je habis. Kerja makan saja budak2 tu haha
Semalam selepas balik kerja, mama El terlebih rajin pula. So malam tu mama El nak berwestern pula. Kali ini mama El dapat produk dari Pacific West Malaysia. Produk terbaru mereka ialah Cheezy Fish Fillets. Untuk pengetahuan korang, banyak produk yang dikeluarkan oleh Pacific West Malaysia ini seperti Tempura Fish Fillet, Calamari Ring dan banyak lagi.
CHEEZY FISH FILLETS
Keju adalah satu makanan yang paling disukai dan dimakan di seluruh dunia. Ianya lazat, berkhasiat dan mempunyai pelbagai rasa dan tekstur. Dewasa dan terutamanya kanak-kanak memang menyukai keju dan itulah sebabnya Pacific West membuat satu produk Cheezy terbaru iaitu Fillets Ikan.
Fillet ikan berwarna putih semula jadi dihiasi dengan campuran premium Mozarella dan keju Nacho dan disalut dengan serbuk roti Jepun yang renyah memberikan aroma dan rasa yang unik kepada pengguna produk Pacific West. Cheezy Fish Fillets boleh dihidangkan sebagai makanan ringan yang menyeronokkan sepanjang masa, atau makanan yang lazat untuk keluarga.
CARA PENYEDIAAN
Cara penyediaannya cukup senang. Korang hanya perlu keluarkan dari fridge dan terus boleh masak.
Goreng sehingga fillet kuning keemasan selama 5-6 minit. Angkat dan toskan.
MENU CHEEZY FISH FILLETS
Dengan Cheezy Fish Fillet ini korang boleh buat pelbagai menu. Kali ini El share menu western ye. Antara menu western yang El masak menggunakan produk Cheezy Fish Fillets ialah:
Original Cheezy Fish Fillets
Rasa keenakan asli Cheezy Fish Fillet dengan perahan lemon. Makan begitu sahaja pun sedap
Cheezy Fish Fillets Garlic Wraps
Goreng Cheezy Fish Fillets. Angkat dan toskan. Potong kecil fillets itu dan masukkan ke dalam wrap dengan salutan sayuran dan sos cili, mayonis dan thousand island. El paling suka yang ini hihi
Cheezy Fish Fillets Burger
Goreng dahulu Cheezy Fish Fillets. Angkat dan toskan. Potong dua fillet tersebut dan letak di dalam roti burger dengan sapuan mayonis, mustard dan sayuran. Tak perlu tambah cheese lagi.
Cheezy Fish Fillet Oglio Aglio
Spagetti oglio aglio yang El masak ni, El masak kosong jer. Kebetulan pagi tu El dah masak spageti bolognese. So ada balance sikit spageti tu terus El buatkan oglio aglio. Just goreng bawang putih, cili flakes, sedikit kiub ayam dan oregano sahaja. So El boleh makan dengan Cheezy Fish Fillet ni. Sedap juga.
Korang tengok cheezy campuran mozarella dan nacho dalam fish fillet tu. Nampak tak?Mesti terliur kan
En. suami balik dari kerja, terus terkejut sambil tanya, "wow banyaknya mama masak..nak sambut anniversary ke?anak2 pun seronok sambil cakap, "wahh mama masak macam dekat kedailah..dah tak sabar nak makan.
Tak percayakan dengan Cheezy Fish Fillets ini korang boleh menikmati makanan western di rumah dengan cepat dan mudah mengunakan produk dari Pacific West ini dengan keluarga tersayang. Setiap orang dapat merasa menu kesukaan mereka.
Lepas ni kena jadikan produk pacific west ni salah satu stok makanan di rumah. Senang kerja memasak. Keluarkan dan terus goreng. Macam2 boleh buat dengan produk pacific west ini, boleh dijadikan sebagai menu utama ataupun bahan sampingan dalam menu anda.
Dapatkan Cheezy Fish Fillets dan produk dari Pacific West di pasaran sekarang
BELI DAN MENANG PERCUTIAN KE
Sempena dengan Cheezy Fish Fillets baru yang telah dilancarkan, Pacific West sedang bekerjasama dengan Holiday Tours & Travel Sdn Bhd (Pejabat Pulau Pinang) untuk membawa anda pertandingan 'Win Your Dream Holiday' dari 15 November 2017 hingga 15 Januari 2018. Anda berpeluang untuk bercuti ke Australia Barat, Perth (4D3N) atau Bali (4D3N) dengan membeli sekurang-kurangnya mana-mana satu (1) produk Pacific West.
Untuk keterangan lanjut korang boleh lawatan website dan facebook page Pacific West
Official website: www.pacificwestfoods.com
Facebook page: www.fb.com/PacificWest.my
Menarik betul..
BalasPadamsedapnya kak el.. senang la nak masak western lepas ni.. ada yg ready made mcm ni kann..
BalasPadampacific west ni mmg sedap. lagi best sebb dia bagi sekali dgn fries.
BalasPadamkita biase beli calamari dia jekkkk tapi mahal awak..uhuks!~
BalasPadamkena beli ni sbb boleh buat mcm2 hidangan..
BalasPadamTak pernah beli. Rasa nak cuba. Senang nak sedia untuk family makan.
BalasPadamterliur tengokkkk nanti kena beli gak ni
BalasPadamSedapnya tengok.. ok nak cari n beli nanti. Sedap juga buat makan malam santai2 smbil blogwalking atau menonton tv ni hihii.. thanks sharing El :)
BalasPadampernah gak beli produk ni dulu
BalasPadamchef el masak di rumah pon dh mcam kt restoran
BalasPadamBila u nak buka kedai jemput I pi makan? :P
BalasPadamhihi tunggu pacific west sponsor tuk BIG PROJEK...(joking) haha
PadamMesti sedap ni tambah2 sebab ada cheese tu.. :) Cepat siap pun ye jugak tu..hihi
BalasPadamBoleh lah buat bekal anak sekolah ni,ringkas mudah je nak buat...
BalasPadamSedapnyaa kak El :)
BalasPadamsedapnya... kita belum sempat masak lagi nie...
BalasPadamWoww... hebat kak masak banyak2x. Nampak sedap kak. :D
BalasPadamCatat Ulasan