Salam semua.
PENANG AVATAR SECRET GARDEN | TEMPAT MENARIK DI PENANG - Ada yang masih mood holiday ke?Cukup-cukup sudahlah. Bawa-bawa berkerja pula haha. Seronokkan kalau dapat cuti public panjang macam ni. Selamat cuti tahunan kita hihi. Tak lupa juga Selamat Hari Kemerdekaan dan Selamat Hari Raya Aidiladha.
Ok di sini El nak share dengan anda semua, tentang satu lagi tempat menarik di Pulau Pinang.
Penang Avatar ini dikenali sebagai PENANG AVATAR SECRET GARDEN terletak di Thai Pak Koong Temple, Tanjung Tokong. Teruja melihat gambar di viral dengan keindahan lampu-lampu yang pelbagai warna menjemput El sekeluarga untuk melihat dengan lebih dekat. Manalah tahu dapat jumpa Avatar and The Geng hihi. El memang peminat setia filem Avatar. Tak pernah jemu tengok filem Avatar.
Rupanya Penang Avatar ini terletak di dalam kawasan temple. Jika anda parking kereta di sepanjang jalan besar, anda terpaksa berjalan kaki dalam 500meter untuk sampai ke destinasi. Dan mendaki sedikit untuk sampai ke puncak Avatar. Terdapat tangga-tangga untuk menyenangkan laluan.
PENANG AVATAR SECRET GARDEN ini meniru dunia Pandora yang indah dari filem blockbuster hit Avatar (2009). Jika ada peminat filem Avatar tentunya teruja melihat keindahan warna-warna yang mempesonakan di hutan avatar itu. Sekarang, Penang Avatar Secret Garden membawa filem itu kepada kehidupan.
Anda disarankan untuk melihat keindahan PENANG AVATAR SECRET GARDEN pada waktu malam kerana ianya hidup pada waktu malam sahaja (cahaya yang pelbagai warna akan dilihat dengan lebih cantik). Terdapat banyak
lampu yang berbeza diletakkan di atas pokok untuk memberikan pandangan
yang hebat seperti yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Warna-warna yang bersinar dan bercampur dengan harmoni untuk membawa anda ke dalam fantasi seperti mimpi (seperti di alam Pandora).
Setelah melihat lampu-lampu berkerlipan di atas dedahan pokok, El teruskan perjalanan menuruni puncak. Sepanjang perjalanan terdapat lampu-lampu dari bunga ros pelbagai warna. Cantik dan menarik pula.
El sekeluarga sangat teruja melihat keindahan lampu-lampu yang pelbagai warna bertukar setiap masa. Semacam berada di dalam dunia fantasi hihi.
MASUK PERCUMA
MASUK PERCUMA
Orang memang ramai. Parking pun limited. El sarankan yang nak pergi datang selepas pukul 10malam sebab time kemuncak adalah dari pukul 7-9 memang jalan jammed ok. El pun rezeki dapat parking dekat sebab kebetulan ada kereta nak keluar. Fuh parking bayar RM5 tapi en. suami tawar dapatlah RM2 kihkihkih.
Suasana memang panas almaklumlah penuh dengan lampu2 haha. Selepas menikmati keindahan lampu-lampu tu, anda boleh lepak di tepi pantai menghirup udara laut pula. Cantik tau view hihi.
Jika anda mahu pergi ke Batu Feringgi bolehlah singgah sebentar di sini.
Ada tgk kwn update gk.. Cantik.. Ni tgk El plak update.. Bole tawar2 rege parking ek
BalasPadamAda tgk kwn update gk.. Cantik.. Ni tgk El plak update.. Bole tawar2 rege parking ek
BalasPadamhaha parking tepi jalan jer..RM5 mahal benau mintak tawarlah
PadamAssalamualaikum Wrmbth
BalasPadamSelamat hari selasa.
Cantik kat dunia semua orang berpusus pusu datang
cantik akhirat kena ada iman baru dapat tengok kan
Alhamdulilah..semoga diberi keberkatan kehidupan olehNya di dunia dan akhirat amin.
PadamCantiknya tempat ni.. hari tu ada juga perasan tempat ni ada kluar tv rancangan photo challenge. Baru tau tampat ni kat Penang. Thanks sharing El :D
BalasPadamCantiknya.. tak pernah tau pun sebelum ni.. boleh lah singgah kalau singgah area sana nanti..
BalasPadamada avatar pula..bila tengok gambar terus teringat movie avatar
BalasPadamJanji Kita
Datang malam memang lawa
BalasPadamTapi kalau dah ramai orang datang lama ke lamaan kena caj juga
lawa no...ritu x tersinggah sebab jem sgt
BalasPadamCantiknyaa tempat ni. Haritu ada jugak tengok kawan pergi :)
BalasPadamwow cantiknya permandangan
BalasPadamCantik tempat dia.. Bilalah nak mai penang nie..
BalasPadamLooks pretty always... Malaysia... I can only imagine... huhuhu...
BalasPadambila masa cuma akan pi lawat di tanjung tokong dekat pantai laut dulu ,,,, hehe
BalasPadamCatat Ulasan