ENCHANTEUR STUNNING | SERLAHKAN AROMA KEANGGUNAN MEMPESONA
Wangian seorang wanita
mempunyai daya tarikan sama seperti tertariknya seekor lebah kepada pati nektar dan kenyataan ini sememangnya tidak dapat
disangkalkan lagi. Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih
sensual dan menarik. Justeru itu, wanita telah mengetahui dengan tepat sejak berabad
lalu, bahawa minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu
untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan.
ENCHANTEUR jenama
wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah
melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena
pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan
iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan
kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan kelembutan Sandalwood. Pemakai Stunning akan
tertawan dengan aroma sensual yang
dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa,
seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya
Selain Eau de
Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui
rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.
ENCHANTEUR telah
membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh
seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung; manakala variasi
warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol
ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik
percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam
botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh
dijadikan hiasan di atas meja rias.
ENCHANTEUR
Eau De Toilette boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi
setiap botol 50ml.
Manakala
Losyen Enchanteur juga boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari
RM5.40 hingga RM17.60
Deodoran
Enchanteur pula hadir dalam pelbagai bentuk/ format- stik, bebola RM4.90
Bedak
Enchanteur berharga dari RM4.40 hingga RM11.80
Pelbagai produk
wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi.
Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila log masuk ke www.enchanteur.com.my atau lawati laman
Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.
encik abe semakin pakai wangian dari enchanteur ni
BalasPadamWangi enchanteur ni :)
BalasPadamWah mesti wangi ni kan
BalasPadamwangi haruman enchanteur nih..
BalasPadamwahhh..wanginya..kotak tu cantiklah ..siap ada cermin
BalasPadambestnya..kalau buat hantaran ke..buat hadiah utk rakan2 ke ssuai sangat
BalasPadamHarum setaman tohhhh bau enchanteur.. syiokk..
BalasPadamCatat Ulasan