Ayam Brand yang terkenal dengan rangkaian luas produk
makanan dalam tin yang sihat, mudah disediakan dan bebas pengawet, hari ini
merayakan ulang tahun ke-125 dengan satu inisiatif yang bertema “KAMI PRIHATIN,
KITA ADALAH KELUARGA (We Care, We Are Family).
Tahun ini, kempen tersebut akan diperluaskan kepada 60 buah
rumah kebajikan di 11 lokasi seluruh Malaysia dan Brunei dengan membekalkan
sejumlah 324,000 makanan sihat demi amalan kebajikan. Selama lebih sepuluh tahun, kempen kebajikan Ayam Brand
telah memberikan manfaat kepada hampir 18,000 orang dari 422 persatuan kebajikan
dengan membekalkan 1.08 juta makanan sihat.
Kesemua 60 rumah kebajikan tersebut, 57 dari Malaysia dan
tiga dari Brunei Darussalam, menerima produk-produk Ayam Brand seperti tuna, sardine,
mackerel, jagung, kacang pis yang diproses, kacang merah bijian dan dipanggang
untuk semua penghuni mereka selama 2 bulan. Hampir 1,800 kanak-kanak,golongan
kurang upaya dan warga emas akan mendapat manfaat daripada bantuan bekalan
makanan ini.
Sebagai tambahan kepada sumbangan produk makanan yang amat
diperlukan ini, program tanggungjawab sosial tahunan ini juga memperkenalkan
pelbagai aktiviti baru setiap tahun untuk merapati, mendidik dan melibatkan
kanak-kanak di dalam aktiviti berkenaan bagi menanam tabiat pemakanan sihat dan
juga kreativiti dalam diri mereka. Antara aktiviti lalu yang dijalankan untuk
golongan kanak-kanak ialah demonstrasi memasak, pertandingan memasak, bengkel
memasak dan pertandingan seni.
AYAM BRAND MENERUSKAN KEMPEN KEBAJIKAN DI PULAU PINANG
Kempen ini telah pun diadakan Hotel Heritage 1926 Pulau Pinang pada 17 Ogos 2018 yang lepas. Pada tahun ini kempen lebih meriah dan mencabar dengan
penganjuran pertandingan masakan Junior Chef Ayam Brand. Pertandingan masakan
yang bertemakan “Kami Prihatin, Kita Adalah Keluarga” tersebut memerlukan dua
kanak-kanak untuk menyediakan, menghiaskan serta menghidangkan hidangan
kegemaran keluarga menggunakan produk-produk Ayam Brand.
Antara rumah kebajikan yang terlibat pada hari tersebut adalah seperti Rumah Kebajikan Seri Cahaya,
Wisma Anak Kesayangan, House of Hope, The Cerebral Palsy Children’s Association
of Penang, Shammah Homes dan Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti.
![]() |
Hotel Heritage 1926 Pulau Pinang -Mr. Nicholas Nyeow bersama wakil-wakil Rumah Kebajikan |
Kempen ini selaras dengan usaha Kementerian Kesihatan
Malaysia untuk mengatasi obesiti melalui pendidikan dan menggalakkan
kanak-kanak untuk membuat pilihan makanan yang bijak.
![]() |
Ayam Brand Raikan Ulang Tahun di Hotel Heritage 1926 Pulau Pinang pada 17 Ogos 2017 |
Penekanan Ayam Brand terhadap produk-produk sardin, tuna dan
mackerel dalam sumbangan ini adalah kerana kebanyakan rumah kebajikan
kekurangan bekalan Omega-3 yang amat diperlukan. Omega-3 tidak dapat dihasilkan
secara semulajadi oleh tubuh. Ianya amat penting bagi membantu mencegah
penyakit jantung koronori, membantu aktiviti saraf yang sihat, memperbaiki
penyerapan vitamin, memastikan kesihatan sistem imunisasi serta menggalakkan
pertumbuhan sel. Omega-3 juga amat penting dalam perkembangan penglihatan dan
otak kanak-kanak.
Menurut wakil Ayam Brand, Nicholas Nyeow, jenama berkenaan
amat teruja untuk menyambut ulang tahun kempen kebajikannya yang ke-10,
serentak dengan sambutan ulang tahun ke-125 mereka.
![]() |
Kanak-kanak rumah kebajikan bersedia untuk memulakan pertandingan |
“Ayam Brand amat berbangga kerana kempen kebajikan tahunan
ini telah mencapai 18,000 orang sejak ia mula diilhamkan sedekad lalu. Kami amat
bergembira untuk membekalkan mereka yang memerlukan dengan makanan yang sihat
dan berkhasiat yang mudah disediakan serta dihidangkan. Melalui sumbangan
produk dan penyertaan aktiviti yang diadakan pada setiap pelancaran peringkat
daerah, kami percaya kempen kebajikan ini merupakan satu platform yang baik
untuk menerapkan tabiat pemakanan sihat sepanjang hayat dalam kalangan
kanak-kanak melalui kaedah yang tidak dapat dilupakan serta menggembirakan.
“Selepas 125 tahun, Ayam
Brand memahami sepenuhnya bahawa keluarga penggunanya
mahukan makanan sedia dimakan, mudah, enak, tanpa MSG tambahan dan tanpa
bahan pengawet. Kami adalah sebahagian daripada keluarga Malaysia dan kami
prihatin mengenai kesejahteraan rakyat Negara ini. Kami berharap warisan
kulinari sihat ini dapat diteruskan oleh generasi baru melalui kempen kebajikan
ini seperti mana yang digambarkan dalam temanya iaitu “Kami Prihatin, Kita
Adalah Keluarga”, tambah Nicholas.
![]() |
Kanak-kanak sedang menyediakan menu sihat dengan kreativiti masing-masing mengunakan produk Ayam Brand |
“Kami telah memutuskan untuk membawakan pertandingan masakan
pada tahun ini kerana ia merupakan platform yang paling sesuai untuk
mengukuhkan semangat kebersamaan antara ahli-ahli pasukan dalam kalangan
rumah-rumah kebajikan selain menanamkan tabiat pemakanan sihat. Pertandingan masakan
ini juga menggalakkan kemahiran berdikari dan keyakinan diri,” jelas Nicholas.
Keadaan ekonomi semasa telah menyebabkan rumah-rumah
kebajikan mengalami kekurangan bekalan kerana sumbangan daripada koporat dan
individu telah menyusut. Sokongan berterusan Ayam Brand ini tepat pada masanya.
Anna Wong dari House of Hope Penang yang bercakap bagi pihak
semua rumah-rumah penerima di Pulau Pinang berkata sumbangan daripada Ayam
Brand amat berharga kerana ia mempelbagaikan diet harian penghuni dan
produk-produk berkenaan amat pantas dan mudah untuk disediakan.
“Derma dan sumbangan tidak sebanyak tahun lepas dan ini
menjadikan sumbangan Ayam Brand penyelamat kepada kami. Seperti kami,
kanak-kanak di rumah-rumah kebajikan ini amat menggemari produk-produk Ayam
Brand kerana ia menyihatkan dan mudah disediakan. Anak-anak menikmati produk
Ayam Brand seperti yang kita lakukan kerana ia sihat dan selesa. Mereka telah
menikmati pertandingan memasak ini dengan hebat, kata Anna Wong.
ANTARA MENU SIHAT YANG DISEDIAKAN OLEH JUNIOR CHEF AYAM BRAND DAN PEMENANG
Pemenang Pertama:
Rumah Kebajikan Seri Cahaya
PEMENANG KEDUA:
RUMAH KEBAJIKAN TAMAN BAKTI
PEMENANG KETIGA:
RUMAH KEBAJIKAN THE CEREBRAL PALSY CHILDREN ASSOCIATION OF PENANG
TEMPAT KEEMPAT:
RUMAH KEBAJIKAN HOUSE OF HOPE
El juga turut hadir di dalam majlis ini. Terima kasih pihak PR kerana sudi menjemput El. Seronok tengok kanak-kanak menghidangkan menu sihat dengan menggunakan produk Ayam Brand. Kelihatan mereka sangat bersemangat dan "enjoy".
Bestnya. Lama tak join event macam ni
BalasPadamkan? dh lama x p event
Padamoppps...lupa br ja p event minggu lepas...hahahaha... pevent dgn kwn2 seperjuangan yg dh lama xde
Padamoo turn penang pula ye..alhamdulillah..
BalasPadamcomel roti diaorg buat kreatif
BalasPadamAlhamdulillah. Seronok tengok mereka deco deco sandwich memasing hihi
BalasPadamwahhh...sedap pulak tgk roti tu.
BalasPadammcam2 rupa sandwich rupanya hehe
BalasPadamBestnye dpt join event cmni kan..
BalasPadamMenarik... tak sangka dah 125 tahun rupanya. Family sy pun paling suka sardin Brand sejak dulu lagi :)
BalasPadamdah lama jenama ayam brand bertapak rupanya.. bagus event sebegini diadakan..
BalasPadamCatat Ulasan