Anda “K-beauty lovers”?
Impikan kulit cantik mulus sekata seperti artis K-pop?
Sering mengikuti tips kecantikan & trend dari mereka tetapi bimbang akan
lambakan produk Korea di pasaran tidak Halal dan selamat pada kulit?
Jangan risau... SYAHIRAH, ada penyelesaianya!
Memahami impian setiap
gadis yang ingin memiliki kulit yang cantik mulus sekata bagaikan artis Korea, SYAHIRAH –rangkaian penjagaan kecantikan Halal
sejak tahun 2007 kini berbangga untuk membawakan inovasi baharu buat semua
pencinta produk kecantikan Korea.
Menurut pengurus pemasaran SYAHIRAH,
Shariza Hazni“Kajian yang kami lakukan
mendapati kebanyakan pengguna produk kecantikan teruja untuk mencuba pelbagai produk kecantikan dan penjagaan
wajah dari negara Korea, namunbimbang
akan ramuan yang digunakan benar-benar selamat dan Halal. Sebagai jenama
tempatan yang lebih arif tentang jenis dan keadaan kulit si gadis, SYAHIRAH
membawakan rangkaian kecantikan yang sesuai untuk diaplikasi dan sememangnya
Halal tanpa sebarang keraguan”.
Formulasi gabungan teknologi terkini dari Korea dengan
ramuan bunga-bungaan terpilih dari Pulau Jeju, Korea iaitu Tri-Flower Essence
yang dirumus khas dengan manfaat pencerahan serta penghidratan yang diperakui
Halal oleh JAKIM, hebat membantu kulitmu untuk tampil cantik mulus sekata
sekali gus meningkatkan keyakinan diri untuk menyerlah!
SYAHIRAH membawakan kepada pengguna 2 rangkaian penjagaan wajah
di bawah SYAHIRAH
KOREAN SECRETS. Nikmati lebih pilihan untuk kulit wajah cantik mulus sekata dan jelita
cerah berseri sepanjang hari. Rangkaian Hydra Soft ataupun White Glow,
kedua-duanya pasti membuatkanmu persis gadis Korea!
Memperkenalkan,
SYAHIRAH
KOREAN SECRETS Hydra Soft rangkaian istimewa sesuai untuk gadis yang
menginginkan kulit wajah cantik mulus sekatayang dirumus khas dengan agen
penghidratan dari Tri-Flower Essence campuran bunga-bungaan putih iaitu bunga
Ginseng, Chamomile dan Teh Hijau yang membantu membekalkan kelembapan agar
kulit sihat, dan mulus sekata. Bukan itu sahaja, ia juga memilki manfaat
pencerahan serta mengandungi antioksidan yang tinggi untuk mengurangkan cela
dan rengsa pada kulit agar kulit kelihatan cantik mulus sekata secara
semulajadi.
SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft ini mengandungi 5 produk hebat iaitu Gel Pembersih Muka, Skrub Muka, Penyegar Tanpa Alkohol, Krim Pelembap Muka serta Krim Kecantikan yang menjadi rejim kecantikan lengkap untuk kulit cantik dan mulus sekata. Penggunaan rona biru aqua cerah sebagai simbolik kelembapan & penghidratan dicalit pallete putih bersih bunga pada rekaan pembungkusan SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft pasti menyerlahkan rasa segar sesuai dengan manfaatnya yang pasti menyerlahkan sisi “personaliti Korea” yang ada dalam dirimu!
SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft ini mengandungi 5 produk hebat iaitu Gel Pembersih Muka, Skrub Muka, Penyegar Tanpa Alkohol, Krim Pelembap Muka serta Krim Kecantikan yang menjadi rejim kecantikan lengkap untuk kulit cantik dan mulus sekata. Penggunaan rona biru aqua cerah sebagai simbolik kelembapan & penghidratan dicalit pallete putih bersih bunga pada rekaan pembungkusan SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft pasti menyerlahkan rasa segar sesuai dengan manfaatnya yang pasti menyerlahkan sisi “personaliti Korea” yang ada dalam dirimu!
Skrub Muka:Diformulasi dengan manik pengelupasan lembut yang membantu menghilangkan kotoran
dan sel-sel kulit mati untuk kulit lebih licin.
Gel Pembersih Muka: Membantu membersihkan kotoran di samping memelihara kelembapan kulit.
Gel Pembersih Muka: Membantu membersihkan kotoran di samping memelihara kelembapan kulit.
Penyegar Tanpa Alkohol:Membantu mengecilkan pori-pori serta memberi kesegaran kepada kulit selepas setiap pembersihan. Ia juga memudahkan penyerapan produk selanjutnya sekali gus menjadikan kulit lebih licin
Krim Pelembap: Membantu membekalkan kelembapan untuk kulit wajah yang segar berseri
Krim Kecantikan: Sesuai digunakan sebagai asas solekan untuk membantu
menutup cela, jeragat serta meratakan tona kulit.
Bagi si
gadis yang inginkan pilihan lain untuk tampil dengan kejelitaan cerah berseri, SYAHIRAH
menawarkan SYAHIRAH
KOREAN SECRETS White Glow yang direka khas dengan agen pencerahan
dari Tri-Flower Essence dengan campuran bunga-bungaan merah jambu iaitu bunga
Sakura, Lotus dan Camelia yang membantu memberi pencerahan pada kulit wajah
agar tampil cerah berseri! Juga diperkaya dengan manfaat penghidratan serta
dapat mengurangkan rengsa dan ketidak selesaan pada kulit.
Rangkaian SYAHIRAH
KOREAN SECRETS WHITE GLOW mengandungi 6 produk hebat iaitu Pembersih Muka,
Pembersih Muka Anti-Jerawat, Penyegar Tanpa Alkohol, Krim Siang SPF20, Krim Malam
serta Krim Kecantikan SPF15 yang menjadi rejim kecantikan untuk kulit cerah
berseri. Penggunaan rona merah jambu yang sepadan dengan ramuan yang digunakan
serta bersulamkan warna putih yang mencerminkan manfaat kecerahan pada rekaan
pembungkusan SYAHIRAH
KOREAN SECRETS White Glow. Kini, berlari dan menari bagai artis K-pop
di bawah sinaran mentari bukan lagi masalah buatmu!
Rejim
lengkap Syahirah
Korean Secrets White Glow:
1) Gel Pembersih Muka Anti-jerawat: Membantu membersihkan kotoran dan lebihan minyak pada kulit wajah yang menjadi punca munculnya jerawat dan bintik hitam.
2) Gel Pembersih Muka:Membantu membersihkan sisa kotoran pada kulit wajah di samping meningkatkan kecerahan kulit.
3) Penyegar Tanpa Alkohol:Membantu mengecilkan pori-pori serta memberi kesegaran kepada kulit selepas setiap pembersihan. Ia juga memudahkan penyerapan produk selanjutnya sekali gus menjadikan kulit lebih licin.
4) Krim Siang SPF 20:Membantu mencerahkan kulit di samping melembapkan kulit wajah. Dengan SPF 20 ia membantu melindungi kulit wajah dari sinaran merbahaya UVA & UVB.
5) Krim Malam: Membantu untuk mencerahkan kulit di samping melembapkan kulit wajah. Teksturnya yang lembut dan kurang berminyak memberi keselesaan dan kesegaran pada kulit semasa tidur.
6) Krim Kecantikan SPF 15: Sesuai digunakan sebagai asas solekan untuk membantu menutup cela, jeragat serta meratakan tona kulit.Dengan SPF 15 ia membantu melindungi kulit wajah dari sinaran merbahaya UVA & UVB
Tetapkan pilihanmu dan dapatkan SYAHIRAH KOREAN SECRETS sekarang untuk tampil cantik mulus sekata persis gadis Korea!
Produk ini
boleh didapati di seluruh Malaysia, termasuk pasar raya utama dan farmasi
terpilih.
Untuk
maklumat lanjut, sila lawati atau hubungi kami di:
Facebook:
https://www.facebook.com/Syahirah.Msia/
Instagram:
https://www.instagram.com/syahirahmalaysia/
Talian
Kecantikan: 03-87379122
Anak dara SA guna set ni..cerah skit muka dia..jerawat pun kurang....suka betul hati dia
BalasPadampersis gadis korea gtu..suka tgk color produknye
BalasPadamLengkap untuk penjagaan wajah set syahirah ni. Packagingnya pun cantik. Memang buat mata tertarik nak beli.
BalasPadamJadi gadis Korea tu tak tahan hehehe... Habis lah raya ni ramai orang Korea kat Malaysia ni hehehe..
BalasPadamWahhh berseri seri lah muka lepas ni. Packaging pun cantikkk 😉
BalasPadamwahhh berseri2 muka kak el
BalasPadamCatat Ulasan