WONDERFOOD MUSEUM PENANG| Tempat menarik di Pulau Pinang yang wajib anda kunjungi. Wonderfood Museum merupakan Taman Tema Makanan yang pertama di dunia yang terletak di Beach Street, Pulau Pinang.
Muzium ini bukan tempat jual makanan ya, ianya adalah muzium makan replika yang seakan 'real' yang boleh membuat anda rasa lapar sekira anda belum makan lagi haha. Saya pun tergugat juga melihat replika-replika makanan ini, almaklumlah belum makan tenghari sewaktu berkunjung ke sini.
Di dalam muzium ini anda akan melihat pelbagai replika-replika makanan yang terdiri daripada makanan berbilang kaum Cina, Melayu, India dan sebagainya. Sungguh seronok melihat replika-replika ini. Anak-anak saya pula sangat teruja untuk melihat dan mengambil gambar bersama replika-replika makanan tersebut.
Disamping boleh mempelajari makanan berbilang kaum, anda juga
boleh beraksi bersama replika makanan yang terdapat di sana.
Jom melihat aksi kami bersama replika-replika gergasi di Wonderfood Museum Penang
Cendol gergasi
Telur gergasi
Pelbagai kuih-muih dan makanan dari pelbagai kaum
Aksi abang danish seperti masterchef. Mujur abang pandai beraksi. Mama jadi photoG saja.
Makanan dari kaum Cina dan India
Ada lemang, ketupat, rendang, nasi briyani tentunya makanan orang Melayu
Makanan yang penuh warna warni seperti di Wonderland
Black and white food
Kejadian gempa bumi
‘Malaysia’s street
food’. Malaysia memang terkenal dengan street food. Pulau Pinang juga tidak ketinggalan merupakan syurga makanan. Jom lihat apakah makanan street food paling popular di Pulau Pinang
Laksa
Sate
Mee Udang
Ais Kacang
Char kueh teow
Nasi Lemak
Mee Kari
Rojak
Chee Cheong Fun
Roti Canai
Durian
Pasembur
Bang...char kueh teow goreng garing 1 udang lebih, taugeh lebih ya
Ini adalah beberapa jenis
menu makanan termahal di dunia.
Menu-menu makanan ini boleh diperolehi di beberapa lokasi di sekitar
dunia dan ianya mempunyai harga yang sangat mahal. Antaranya adalah
sejenis hidangan yang bernilai USD4,200.
Tidak sah kalau ke Pulau Pinang tak pekena nasi kandar. Macam real kan makanan replika di Wonderfood Museum. Sampai anak saya pun tak habis2 nak tanggalkan makanan kat situ. Dia ingat real haha
Menarik art ini. El ingatkan mereka saja sepahkan makanan atas meja. Rupanya ada gambar Mona Lisa. Kreatif!!
Kanak-kanak mana tak teruja bila nampak gula-gula yang besar gila. Bergaduh sekejap si kecil dengan si kakak sebab berebut candy haha
Harga Tiket Wonderfood Museum Penang
Mykad
Dewasa = RM15
Kanak-kanak/pelajar/warga emas = RM10
Tiada Mykad
Dewasa = RM25
Kanak-kanak = RM15
Dibuka setiap hari termasuk cuti am dari jam 9.00 pagi hingga 6.00.
Untuk keterangan lanjut boleh layari Facebook Wonderfood Museum
Penang https://www.facebook.com/Wonderfoodmuseum/
wah macam best jaa heheh
BalasPadamhari tu pergi penang tak sempat nak siggh sini, shart vacay je..
BalasPadamnext time boleh terjah..
sedap gilaaa la tgk kak el...replika pun boleh buat tergugat iman nak makan! hahahaha :D
BalasPadamAda tgk kwn pn pi sini.. teruja la ank2 tgk replica tu ye
BalasPadamseronoknya, macam2 makanan ada. anak2 pun boleh kenal makanan2 yang ada di Malaysia ni kan.
BalasPadamyer lah..semua nampak real.. paling terliur tengok sate tu haa...heee
BalasPadamCatat Ulasan