BUFFET RAMADAN 2017 DI NORTHAM ALL SUITE PENANG| Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Bagaimana persiapan anda semua menyambut Ramadan yang bakal tiba? Tentunya pelbagai hidangan yang akan dihidangkan untuk keluarga tersayang. Di sini El dan kongsi dengan anda semua, kepada yang ingin mencari pengalaman berbuka puasa diluar, Buffet Ramadan di Northam All Suite Penang turut memberikan pilihan Buffet Ramadan dengan hidangan 'Selera Kampung" untuk pengunjungnya.
 

  Hidangan Selera Kampung ini disediakan oleh Eksekutif Chef Din di mana anda semua boleh datang ke sini untuk berbuka puasa setiap hari bermula 2/5/17 hingga 23/6/17 dari pukul 7.00 malam hingga 10.00 malam. Hidangan istimewa ini disediakan oleh Eksekutif Chef Din. 

Jom kita lihat apakah menu-menu yang disediakan oleh pihak Northam All Suite Penang 
 

Makanan yang wajib untuk setiap hidangan ketika berbuka puasa. Pelbagai jenis kurma untuk pengunjung



  Tidak sah kalau tiada menu yang menggoda nafsu anda dengan hidangan Kampung tradisional seperti Kambing Golek, Ulam-ulamam, Rendang Daging, Nasi Briyani, Sotong Goreng Kunyit, Sambal Taukua, Ikan Masak Lemak, Kacang Panjang Goreng dan banyak hidangan lebih diilhamkan dari tradisional resipi Kampung Melayu dengan bahan-bahan segar yang dipilih khas.  

 

 
 
 

  
Selain itu juga konsep gerai yang menyediakan pengalaman romantis untuk para tetamu untuk menikmati hidangan kegemaran mereka dimasak segar dengan keinginan mereka sendiri seperti Roti Canai, Roti Jala, Kebab, Asam Laksa, Pasembur, Sate dan Nasi Impit dalam suasana terbuka di teres bumbung yang terletak di tingkat 9 (roof top).  




  Sambil menikmati hidangan berbuka puasa, anda boleh menikmati juga pemandangan Pulau Pinang dan matahari terbenam dengan kawan-kawan atau keluarga penuh romantis




  



Pelbagai dessert yang menarik juga disediakan.

 






HARGA BUFFET

 Tempahan kini dibuka, dengan Promosi Istimewa Early Bird yang ditawarkan untuk pembelian baucar sebelum hingga 26 Mei.  

Khas Early Bird 
RM75Nett / dewasa
Rm45Nett /kanak-kanak (umur 4-11 tahun).  

Harga biasa 
RM88 Nett /dewasa
RM58Nett /kanak-kanak (umur 4 - 11 tahun).  

PROMO "Beli 9 dapatkan 1 percuma" 




 Untuk kemudahan tambahan, Surau disediakan untuk tetamu yang beragama Islam.
 
 Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi  
 Tel: 04-370-1111
Facebook:  https://www.facebook.com/northamhotelpenang/

5 Ulasan

  1. semua sedap aih menunya, kalo gini tak mampu la nak kurus time bulan puasa nanti. Makan bertambah, tergoda..

    BalasPadam
  2. sedapnya makanan terliur tengok ni

    BalasPadam
  3. woahh pelbagai menu disediakan =D tp ju paling suka konsep yang di ketengahkan tu.. nampak santai dengan kluarga bila jamu slera =)

    BalasPadam
  4. Banyaknya pilihan... nampak sedap2 semuanya. Harga pun berbaloi. Mmg boleh tersandar lepas berbuka ni hahaa... menarik! :)

    BalasPadam
  5. pencuci mulut dia....waduh meleleh

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama