GLAMOROUS CANDLE LIGHT DINNER TEAM PROJEK BLOGGER UTARA DI HOTEL PARK AVENUE

Assalamualaikum 
Haii semua 😉

Kalau kawan2 follow entry El yang lepas di SINI
 kami team Projek  Blogger Utara juga telah dijemput sendiri oleh General Manager Park Avenue Hotel, Sungai Petani Encik Azmi Rahman untuk menghadiri makan malam yang sungguh glamor ok. Team Projek Blogger Utara seramai 7 orang berpeluang untuk menikmati set makan malam yang dihidangkan sendiri oleh Chef Noor Azmy bertemakan Western Set Dinner.

Makan malam ini sangat esklusif kerana kami dilayan bak VIP di mana pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh kami. Makan malam ini mengambil konsep yang sama seperti makan malam pegawai tertinggi tentera di mana hiasan meja yang serba mewah diiringi dengan muzik instrumental (ala-ala candle light dinner).

Sebelum majlis makan malam itu, kami sempat mengambil gambar beramai2. Alang2 dah berpakaian glamour dan cantik2 kan jomlah kita bergambar hihih. Pandai El posing kan kahkahkahhh
  
 



Kami dihidangkan 6 set makanan bermula dari pembuka selera (appertizer) dan diakhiri dengan minuman teh dan kopi. 
   



Hidangan pertama yang ke mulut ialah “Prawn Avokado Salad”. Udang yang direbus dan dihidangkan sejuk dengan salad avokado bersama juga campuran daun salad serta sos koktail yang dibuat sendiri.
 

Kemudian pelayan menghidangkan “Cream of Wild Mushroom Soup”. Sekali pandang macam sup cendawan yang dijual di dalam tin di pasaraya. Namun sup yang dimasak dari pelbagai cendawan liar dan dihidangkan bersama krim putar segar ini memang 100% berlainan dari sup cendawan segera.
 

Sudah menjadi kebiasaan sebelum hidangan utama dihidangkan, kau akan makan sorbet yang rasanya masam-masam manis untuk mengurangkan rasa lemak selepas makan sup cendawan. Saya yang pertama kali mencuba “Orange Sherbet” terus jatuh cinta dengan rasa sorbet oren bersama buah limau mandarin.


Masa yang ditunggu sudah tiba. Tengok plating yang power terus tidak sabar untuk terkam hidangan utama hehe gelojoh pula saya iaitu “Medallion of Beef with Pink Pepper Corn Sauce”. Saya bagi 5 bintang untuk hidangan daging lembu yang dipotong dari daging batang pinang.Keistimewaan hidangan ini terletak kepada sos pink pepper corn dan sos keju bleu. Untuk melengkapkan hidangan dihidangkan bersama sayuran dan kentang putar.


Tidak lengkap makan malam tanpa pencuci mulut. Saya rasa semua pasti kenal dengan Tiramisu yg dimakan bersama sos coklat dan strawberi.


Akhir sekali dihidangkan biskut bersama teh dan kopi. 


    




Jom tonton #VLOG9 El detik2 makan malam kami yang tidak dapat dilupakan heyy
k Avenue Hotel Sungai Petani E-1 Jalan Indah Dua, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani, Malaysia parkavenue.com.my +60 4-431 7777

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Park Avenue Hotel Sungai Petani E-1 Jalan Indah Dua, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani, Malaysia parkavenue.com.my +60 4-431 7777

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef



Ok untuk rakan2 yang berminat untuk merasai pengalaman bercandle light dinner seperti ini boleh request pada pihak hotel Park Avenue. Ada disediakan set couple ok hihi 

Terima kasih En. Azmi Rahman General Manager, Ms. Catherine Albons Sales & Marketing Executive, Chef Noor Azmy dan semua staf Park Avenue Hotel Sungai Petani.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:  

Park Avenue Hotel Sungai Petani E-1 Jalan Indah Dua, 

Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani, Malaysia 

parkavenue.com.my +60 4-431 7777

11 Ulasan

  1. terlebih glamorous ni sakan melaram

    BalasPadam
  2. singgah sini.. sedapnya edisi makan.. glamorous dinner..makanan pun sedap2

    BalasPadam
  3. Perghh hensem hero tu kan dengan suit biru hahaha

    BalasPadam
  4. Bergaya sangat semua orang. Heheh. Sedapnyaaa tengok menu tu 😊

    BalasPadam
  5. amboi kak..seronoknya zaza tgk kumpul2 mcm ni..teringin nak kmpul beramai2 dgn blogger

    BalasPadam
  6. Wow! Ohsem betul dinner geng PBU nie.. glamournya gitu..

    BalasPadam
  7. wah kemain memasing melaram ek hehehee

    BalasPadam
  8. glamer uols semua malam tu. makanan pun Nampak sedap sangat haaaaa

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama