Chefmanship Akademi menutup tirai hujung tahun dengan program inovatif

Pendekatan Unilever Food Solutions sejajar dengan tema kedaulatan makanan
  
SERDANG: Chefmanship Akademi (CA) yang dijayakan oleh Unilever Food Solutions (UFS) adalah satu pusat sehenti bagi pengendali makanan untuk meningkatkan kualiti makanan, perkhidmatan, kecekapan dan penekanan kepada keusahawanan pintar.

Kursus ini merupakan sebahagian Pelan Kehidupan Lestari Unilever (USLP) dengan objektif untuk meningkatkan kesihatan, kesejahteraan dan tabiat kebersihan di Malaysia.

Sebagai penutup tirai hujung tahun, UFS melalui CA bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan (MAHA 2016) baru-baru ini.

Pengarah Urusan UFS, Nusrat Perveen berkata di acara pelancaran: “Menteri MOA Yang Berhormat Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek bersaran bahawa kedaulatan makanan ialah kunci untuk mencapai objektif pembangunan yang mampan. Unilever Malaysia berpendirian sesama dalam perkara ini di mana semua rakyat Malaysia mempunyai akses kepada makanan yang mencukupi, selamat dan berkhasiat.”

 
  Pengarah Urusan UFS Malaysia Nusrat Perveen (kanan) merasmikan Chefmanship Akademi bersama Dr Ainu Husna MS Suhaimi, Timbalan Pengarah MARDI untuk Program Jaringan Antarabangsa

UFS sudah terlibat dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Malaysia sejak dilancarkan pada tahun 2013. Sesi CA sudah berjaya dilangsungkan berkali-kali dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majilis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Klang & Kawasan Pantai.

UFS juga pernah bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

CA merupakan inisiatif pertama oleh pihak perkhidmatan makanan di negara ini yang mendapat sambutan hangat dengan anggaran jumlah penyertaan lebih 43,000 pengendali makanan setakat ini dalam pelbagai sesi Chefmanship Akademi.

Nusrat berkata: “Kami sungguh berbangga dapat memperkembangkan peranan kami dengan kerjasama kerajaan negeri dan Persekutuan.

“UFS Malaysia bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak berkuasa kerajaan serta organisasi sektor swasta agar membolehkan pengendali makanan untuk meningkatkan teknik mereka dengan pendekatan baru. Mereka akan memperolehi pemahaman lebih terperinci supaya meningkatkan pengendalian makanan dalam menjimatkan masa, serta beroperasi secara berprestasi dalam menghadapi cabaran pertambahan kos operasi termasuk bahan makanan.

“Para pengendali makanan juga akan menyedari perkembangan terkini dalam industri dan memahami    peraturan    oleh    pihak    berkuasa       tempatan    dengan    lebih      terperinci.    CA menggabungkan pendekatan dunia sebenar dengan penyelidikan industri untuk menawarkan satu pengalaman terbaik dalam pembelajaran yang merangkumi lebih dari 100 topik termasuk pengalaman secara langsung dan pelaksanaan akumen bisnes yang sesuai.

“UFS menghulurkan bantuan dalam memastikan kesihatan rakyat Malaysia agar tidak terjejas oleh masalah kesihatan apabila mereka makan di luar dan pengendali atau peniaga-peniaga yang berkait rapat dengan makanan supaya sedar bahawa keselesaan atau keuntungan tidak harus dijadikan alasan untuk berkompromi dengan kebersihan makanan.”

5 Ulasan

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama