PARCEL OF JOY
ONLINE REVOLUTION JENAMA UNTUK SEMU


Bermula dari 11 November 2016 hingga 14 Disember 2016 Lazada Malaysia mengadakan  jualan “Online Revolution” bertemakan “Jenama untuk Semua” (Brands for All). Antara jenama yang akan turut menyertai acara “Online Revolution”pada tahun ini termasuklah Drypers, L'Oréal, Nestlé, Samsung dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct, dan pelbagai lagi.

Siapa yang kaki shopping tentunya ini adalah berita yang sangat gembira. Rasanya semua dah teruja dan tahu mengenai jualan Online Revolution. Ramai yang mengambil peluang untuk membeli-belah dengan harga tak masuk akal haha.

Selasa lepas parcel yang ditunggu-tunggu dah sampai. Parcel of Joy dari Lazada membuatkan sesiapa tersenyum lebar. Membuatkan harimu begitu bahagia 😍


Siapa tak suka kalau dalam parcel tu terdapat box of joy yang macam-macam ada. Semua barangan ini terdiri daripada Maggi, Mamypoko, Nestle, Loreal, Milo, Nescafe, Lactokid beg, beg Ola Bola dari Milo, Voucher dan TP-Link Cloud Camera.



Sesiapa yang peminat nescafe, boleh try nescafe white coffee perasa pandan ni. Aroma dan rasa wangi daun pandan menyerlah. Kelainan yang menarik tapi sedap. 


Barangan paling membuat el teruja ialah TP-Link Cloud Camera. Senanglah el nak pantau anak2 el bila mereka di rumah. Nanti el cerita pasal TP-Link Cloud Camera ni ye. 

Jom jangan lepaskan peluang untuk membeli-belah yang sales tak masuk akal. Anda boleh menikmati diskaun yang hebat sekarang. Ha...apa tunggu lagi. Jom shopping di Lazada Malaysia sempena Online Revolution dari 11.11.2016 hingga 12.12.2016


 Harap semua enjoy dengan tawaran yang diberikan hey.







Lazada Membawa 1000 Jenama untuk Jualan dalam Talian terbesar di Asia Tenggara Lazada Malaysia menawarkan jenama terkemuka dengan tawaran yang hebat untuk rakyat Malaysia Lazada Malaysia membuka tirai kepada jualan dalam talian terbesar di Asia Tenggara, “Online Revolution” dengan penyertaan lebih daripada 1000 jenama dan 55 000 peniaga tempatan dan antarabangsa. Acara selama sebulan ini yang akan bermula dari 11 November 2016 hingga 14 Disember 2016 adalah jualan “Online Revolution” yang kelima semenjak pelancarannya pada 2012. Tema untuk jualan “Online Revolution” pada tahun ini ialah “Jenama untuk Semua” (Brands for All) yang akan menandakan evolusi Lazada sebagai hab untuk jenama-jenama kegemaran rakyat Malaysia. Antara jenama yang akan turut menyertai acara “Online Revolution”pada tahun ini termasuklah Drypers, L'Oréal, Nestlé, Samsung dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct, dan pelbagai lagi. Mengenai “Online Revolution” Lazada “Online Revolution” Lazada adalah acara menjual dan membeli-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara yang membawa jenama, peniaga dan para pengguna bersama-sama di enam buah negara. Lazada memulakan “Online Revolution” pada 12 Disember 2012 (12.12) dalam usaha untuk mendidik para pengguna tentang membeli-belah dalam talian dan kemudahannya. Apa yang bermula sebagai jualan selama satu hari telah mencetuskan kegilaan membeli-belah yang berkembang menjadi acara selama sebulan pada setiap tahun. Semenjak itu, “Online Revolution” Lazada telah membuktikan dirinya sebagai acara jualan runcit dalam talian yang tersibuk di Asia Tenggara. Pada 2015, AS$40 juta dalam Nilai Dagangan Kasar telah dicatatkan semasa finale yang berlangsung selama tiga hari. “Online Revolution” 2016 Lazada akan menyaksikan penyertaan jenama-jenama terkemuka yang sekaligus akan menawarkan beraneka produk popular dan berkualiti, dan tawaran yang terbaik untuk para pengguna dari Asia Tenggara. Jangan lupa save the date on 11.11.16 ok!!

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

12 Ulasan

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama