Lazada
Membawa 1000 Jenama untuk Jualan dalam Talian terbesar di Asia Tenggara
Lazada
Malaysia menawarkan jenama terkemuka dengan tawaran yang hebat untuk rakyat
Malaysia
Lazada Malaysia membuka tirai kepada jualan dalam talian terbesar di
Asia Tenggara, “Online Revolution” dengan penyertaan lebih daripada 1000 jenama dan
55 000 peniaga tempatan dan antarabangsa. Acara selama sebulan ini yang
akan bermula dari 11 November 2016 hingga 14 Disember 2016 adalah jualan “Online
Revolution” yang kelima semenjak pelancarannya pada 2012.
Tema untuk jualan
“Online Revolution” pada tahun ini ialah “Jenama untuk Semua” (Brands for All) yang akan menandakan evolusi
Lazada sebagai hab untuk jenama-jenama kegemaran rakyat Malaysia. Antara jenama yang
akan turut menyertai acara “Online Revolution”pada tahun ini termasuklah Drypers, L'Oréal, Nestlé, Samsung dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE,
Goon, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct, dan pelbagai lagi.
Mengenai
“Online Revolution” Lazada
“Online Revolution” Lazada adalah acara menjual dan
membeli-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara yang membawa jenama,
peniaga dan para pengguna bersama-sama di enam buah negara.
Lazada memulakan “Online Revolution” pada 12 Disember
2012 (12.12) dalam usaha untuk mendidik para pengguna
tentang membeli-belah dalam talian dan kemudahannya. Apa yang bermula sebagai
jualan selama satu hari telah mencetuskan kegilaan membeli-belah yang
berkembang menjadi acara selama sebulan pada setiap tahun.
Semenjak itu, “Online Revolution” Lazada telah
membuktikan dirinya sebagai acara jualan runcit dalam talian yang tersibuk di
Asia Tenggara. Pada 2015, AS$40 juta dalam Nilai Dagangan Kasar telah
dicatatkan semasa finale yang berlangsung selama tiga hari.
“Online Revolution” 2016 Lazada akan menyaksikan
penyertaan jenama-jenama terkemuka yang sekaligus akan menawarkan beraneka
produk popular dan berkualiti, dan tawaran yang terbaik untuk para pengguna
dari Asia Tenggara.
Jangan lupa save the date on 11.11.16 ok!!
best best
BalasPadamtak sabar nak perabih duit ..
BalasPadamLaza memang best, macam macam benda boleh beli :D
BalasPadamSila sediakan duit berkepuk2 utk shoping nnt ye ;)
BalasPadamkena sediakan duit je hehe..tapi shooping dekat lazada ni best
BalasPadamtak lama lagi tuuu !!
BalasPadamMemang nak shopping pun kat lazada duk tunggu gak. Ni Hahahahaha
BalasPadamPergh!! Tak lama je lagi..
BalasPadamShopping sakan la nie... best2!! i like!! :) :)
BalasPadamCatat Ulasan