ENCHANTEUR MENCIPTA DETIK-DETIK
INDAH SETIAP HARIMU
ENCHANTEUR mencipta detik-detik indah setiap harimu Wanita hari ini berusaha keras untuk mencapai
kejayaan, baik di dalam hubungan mahu pun karier.
Mereka mungkin berdepan cabaran mengimbangi waktu untuk kerjaya, kehidupan peribadi
dan hobi; tetapi mereka tidak menjadikannya hambar. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan
bagi menyuntik keyakinan dalam menghadapi hari-hari penuh cabaran. Anda mahu tahu
rahsianya?
Bauan, lebih dikenali sebagai deria kelima
berkait rapat dengan memori. Bauan yang biasa dihidu akan membangkitkan memori-memori
tertentu terhadap sesuatu pengalaman atau acara. Bauan signatur akan merangsang
deria hidu sekaligus menerbitkan pelbagai perasaan termasuklah tarikan romantis.
Bauan sememangnya unik dan memiliki keupayaan untuk membina tanggapan, terutama
pada pertemuan pertama danakan menentukan tindakan susulan berdasarkan kemahuan
perasaan yang tercipta ketika itu.
Justeru, ENCHANTEUR berbangga sebagai pakar
dalam produk penjagaan peribadi yang berinspirasikan wangian mewah Perancis. Setiap
seleksi minyak wangi dicipta istimewa bersama pembuat minyak wangi Perancis supaya
tidak hanya memanjakan penjagaan kulit, tetapi juga memberikan pengalaman menakjubkan,
malah turut mencipta, mengukuh serta menyemarakkan rasa cinta dalam perhubungan.
Haruman berkekalan yang menyenangkan ini membantu menonjolkan kehadiran anda,
meningkatkan keyakinan dan menciptakan momen penuh keajaiban setiap hari untuk anda.
PERFUME SHOWER CREME
Mulakan
hari anda dengan ENCHANTEUR Perfumed
Shower Crème. Wangian yang menyegarkan ini merangsang keceriaan untuk memulai melalui
setiap hari anda. ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème bertindak sebagai asas dalam
rutin haruman harian anda. Haruman campuran bunga-bungaan terbaik di dalamnya menjadikan
waktu mandian anda penuh kemewahan serta menjadikan anda berasa menawan sepanjang
hari.
Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Shower turut diformulasi dengan kandungan pelembap
yang melembutkan kulit sambil membersih. Untuk kelegaan diri selepas hari yang
panjang, krim mandian dengan haruman mempesona ini dapat membantu anda untuk relaks
dan rasa seperti dimanjakan.
PERFUME LOTION
Selepas mandi, sapukan ENCHANTEUR
Perfumed Lotion pada kulit yang telah dikeringkan untuk kelembapan ekstra dan bagi
mengoptimumkan penyerapan untuk kulit yang lebih lembut dan anjal. Losen wangian
badan ENCHANTEUR yang diadun bersama minyak wangi ENCHANTEUR mengekalkan keanjalan
dan kelembapan kulit sepanjang hari. Sesiapa sahaja pastikan terpesona dengan kelembutan
bak sutera kulit anda saat mereka berjabat tangan dengan anda.
DEODORANT ATAU BODY MIST
Kemudian, sebagai perangsang keyakinan,
adalah disarankan untuk anda menggunakan deodorant atau semburan badan (body mist).
Oleh kerana kita akan berpeluh
sepanjang hari walaupun berada di dalam persekitaran berhawa dingin, gunakan ENCHANTEUR
Perfumed Roll-on Deodorant atau Body Mist yang diaplikasi di bawah lengan
(ketiak) akan membantu anda kekal segar dan sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti
harian.
SEMBURAN EAU DE TOILETTE
Rejim penjagaan diri disempurnakan dengan semburan ENCHANTEUR Eau de Toilette. Sembur ENCHANTEUR Eau de Toilette di titik denyut
nadi anda bagi membebaskan haruman yang mempesona dan menyempurnakan lapisan wangian
yang dicalit dari langkah terdahulu. Jangan lang kau ilangkah tanpa wangian ini, biarkan
wangian ilham haruman mewah Perancis ENCHANTEUR yang tersendiri ini membuatkan anda
berasa lebih girang dan lebih menawan.
Anda tidak dapat menjangka siapa yang
akan anda temui, mahupun peluang untuk mencipta detik romantik. Namun, adakah anda
bersedia untuk mempesona si pencuri hati anda dan mencuri tumpuannya daripada
orang lain? Maka jadikan wangian ENCHANTEUR sebagai instrument harian anda untuk
cinta yang memukau dalam setiap semburan.
Ikuti langkah-langkah mudah ini setiap
hari dan anda pasti mampu mempesona sesiapa sahaja serta akan sentiasa bersedia
untuk menikmati momen penuh magis yang romantik. Cipta detik-detik istimewa indah anda bersama
haruman menawan ENCHANTEUR yang tahan lama.
MaklumatProduk
Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Shower dijual pada harga RM9.20
sehingga RM13.65. Rangkaian ENCHANTEUR
Perfumed Body Lotion pula dijual pada harga RM7.50 – RM21.00; manakala ENCHANTEUR Perfumed
Deodorants dijual pada harga RM4.90 sehingga RM11.90.Tidak lupa, rangkaian ENCHANTEUR Eau de Toilette yang dijual pada harga RM18.75
sehingga RM33.50.
Gift dari Enchanteur ini sangat bermakna untuk el sebab tak lama lagi hari ulangtahun perkahwinan el. Rasa diri ini begitu berharga. Lagipun el memang peminat barangan Enchanteur ini sejak remaja lagi. Wangian Enchanteur memang best dan romantis sangat. Selepas ini encik abang makin sayang dan melekat tak ingat lah kann hihi.
Kesemua
produk ENCHANTEUR boleh didapati di semua kedai utama, pasar raya, pasar raya besar
dan farmasi. Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari www.enchanteur.com.my
atau kunjungi laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY
Dapatkan hadiah-hadiah menarik dengan menyertai peraduan ENCHANTEUR Create Magical
Moments Every Day yang berlangsung sehingga 30hb
November 2016
Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah berikut sahaja....
GOOD LUCK 😉😉😉
Suka enchanteur terutama warna ungu! Sedap baunya. Best! Dekat anniversary dah eh el.. happy advance anniversary :)
BalasPadamsuka perfume tu !! nak !!
BalasPadamEnchanteur sungguh mempersonakan kewanitaan :)
BalasPadambestnya...SA x dapat yang ni lagi la..batch by batch kot...
BalasPadamdulu2 mmg minat juga enchanteur ni
BalasPadamjom join...
BalasPadamEnchanteur ni Nani guna lotion dia. Best!
BalasPadamPergh!! mewangi lah kak el hari-hari..
BalasPadamtadi gi pasaraya cari pewangi enchanteur...grab jgk la satu hehe
BalasPadamjenama yang paling lama dalam pasaran.. dah mcm2 produk dah depa keluarkan yer..=D
BalasPadamAssalamualaikum El..datang jer sini mata dicuci dgn produk wangian sepanjang zaman ni..
BalasPadammasa akak remaja dulu memang menjadi pilihan akak..sekarang ni dah turun ke anak dara no 2..suka sangat dengan losyennya..berkepit jer dgn losyen tu klu kat rumah..haha..
waduh semuanya bekenan dihati
BalasPadamtapi yang lama pun masih banyak cemana ni??
Wahhh best nyerrr!
BalasPadamBestnya...nk jugak
BalasPadamCatat Ulasan