IKLAN DEEPAVALI 2016
BERSAMA PETRONAS
YANG MENYENTUH JIWA
Tidak lambat rasanya untuk mengucapkan Happy Deepavali untuk
mereka yang menganut agama Hindu dan semua rakyat Malaysia.
Dulu waktu sekolah, El ramai kawan yang beragama Hindu.
Deepavali time, memang tak sabar nak pergi beraya di rumah mereka. Sebab nak
makan capati dan makanan India yang lain haha. Hari Deepavali juga dikenali
sebagai Diwali atau Divali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut
agama Hindu. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang
bererti cahaya dan “Gavali” yang bererti barisan. Perayaan Deepavali juga
dikenali sebagai Pesta Cahaya.
Bertuahkan kita tinggal di Malaysia yang berbilang bangsa,
agama dan budaya. Dapat melihat dan merai pelbagai perayaan. Bersyukur masih
saling hidup dalam keharmonian. Salah satu sikap yang perlu ada untuk
mengukuhkan keharmonian sesama kita adalah dengan berprasangka baik terhadap
orang lain.
Iklan Petronas ini memang mendalam maksudnya. Jom tonton
video dari Petronas ini.
Dalam menyambut perayaan Deepavali, warga Malaysia
sepatutnya saling menghormati perbezaan dan meraikan persamaan di antara kita.
Festival cahaya ini bertujuan sebagai peringatan untuk memupuk semangat lebih
bertimbang rasa terhadap orang lain.
Video ini memberi kesedaran supaya kita sentiasa
berprasangka baik antara satu sama lain. Lagi2 kita hidup berbilang kaumkan.
Untuk menjaga dan mengukuhkan ukhwah sesama kita, keharmonian dalam perhubungan persahabatan dan
persaudaran haruslah dijaga. Jangan mudah menilai seseorang itu tanpa bukti
yang kukuh. Jauhkan sikap negatif dan berprasangka tidak baik.
Malaysia yang aman yang rakyatnya saling menghormati antara
satu sama lain. Kekalkan perpaduan ini sampai bila-bila. Semua bangsa dan agama
hidup aman, gembira dan sejahtera.
Semoga cahaya menyinari sanubari dan terus membuat kita
saling menghormati di antara satu sama lain, sebagai individu dan warga
Malaysia.
Keharmonian yang lebih baik boleh dicapai melalui pemahaman
dan sifat bertimbang rasa yang tinggi.
HAPPY DEEPAVALI
memang menarik iklan ini. Jangan berprasangka dengan apa yang kita lihat.
BalasPadamwah ! belajar sejarah hari ni.. niat bukak YouTube nak tengok iklan ni, tapi selalunya tersasar
BalasPadamUntung kan hidup berbilang kaum ni :)
BalasPadammemang suka tengok iklan Petronas... sentiasa ada mesej yang ingin disampaikan dan mudah tersentuh dgn mesej mereka...
BalasPadamsemoga berkekalan keharmonian kaum di negara kita
BalasPadamMesej Petronas setakat nie memang ohsem..
BalasPadamCatat Ulasan