RESEPI SALMON GRILL WITH 
 AGLIO OLIO

Senang je buat resepi Salmon Grill with  Aglio Olio

1st time masak salmon dan olio aglio.
Anak2 suka pulak hihi



Resepi Salmon Grill 

Ikan salmon diperap dengan lada hitam, garam, olive oil dan air perahan lemon.
Sudah diperap, dibakar dengan sedikit minyak olive oil. Terbalik2 je. Jgn masak lama sgt. Dah siap. Ketepikan


Resepi Aglio Olio
Ni pun senang jek. Main campak2 je bahan2 dia.
Panaskan olive oil
Tumis bawang putih dan cili kering atau cili flake atau capsicum
Selepas itu masukan seafood (ayam/sotong/udang/sosej pun boleh) ikut citarasa uols
Setelah seafood dah masak, masukkan air sedikit dan lada hitam.
Kemudian masukkan sedikit kiub ayam. 
Akhir sekali masukkan pasta dan kacau gaul sehingga masak dan sebati.
Perasakan garam. Angkat dan taburkan cili flake dan hirisan daun ketumbar untuk hiasan

Sos putih

2 sudu  besar marjerin atau mentega (mentega lagi sedap)
1 biji bawang besar dicincang
1 biji bawang putih
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil oregano herbs (lain herbs pun boleh)
1 cawan susu segar
secubit garam
lada hitam 
lada sulah 

Cara-cara
Panaskan mentega dalam kuali, goreng bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga tepung melekat kat bawang. Masukkan bahan2 lain, masak sampai mendidih sambil kacau perlahan2. Matikan api dan ketepikan

Yang asparagus tu sebab ada lebih 3 batang masa buat lamb 1st day puasa hari tu. Tak tau nak buat ape, el rebus dan masukkan je dalam sos putih je.




SELAMAT MENCUBA

13 Ulasan

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama