MBO Cinemas telah membuka pawagam terbarunya di Malaysia. MBO Cinemas yang ke-26 ini telah dibuka di Kompleks Central Square Sungai Petani Kedah. MBO Cinemas kini menawarkan sebanyak 191 skrin di seluruh negara.
MBO Cinemas Central Square Sungai Petani menyediakan
lapan dewan yang terdiri daripada 1,157 tempat duduk, dengan dewan
terbesar mampu menampung sehingga hampir 300 orang.
Yang perlu anda tahu mengenail MBO Cinemas
~ merupakan pawagam pertama beralih dari projeksi filem 35mm kepada projeksi digital sepenuhnya pada kesemua skrin
~ menawarkan pengalaman sinematik yang selesa, menarik dan tidak dapat dilupakan
~ menerapkan ciri
teknologi terkini iaitu kerusi penggerak bergetar dengan bunyi filem
dan sistem audio Auro 11.1 3D, yang menyediakan 3 lapisan pembesar
suara beserta simulasi akoustik 3D paling semulajadi
~ selain ganjaran
teknikal, pengunjung juga boleh menyertai secara percuma dan mendapat
kelebihan dengan MBO Starclub yang mana ahli AllStar layak untuk
menikmati pelbagai ganjaran dengan menggunakan StarPoints untuk menebus
tiket pawagam percuma, popcorn, minuman dan item eksklusif premium
~ merupakan
satu-satunya pawagam dengan program kesetiaan yang menawarkan pelbagai
faedah dan keistimewaan (lorong istimewa keahlian, tiket filem percuma
pada bulan hari jadi dan tayangan percuma khas untuk ahli)
~ tempahan tiket atas talian yang mudah dan boleh menggunakan telefon bimbit secara percuma
~ harga tiket adalah sama untuk tayangan wayang 2D dan 3D
~ menerapkan
konsep 'Blockbuster Setiap 20minit', dengan tayangan filem-filem
blockbuster sertiap 20minit pada waktu puncak supaya pengunjung tidak
perlu menunggu lama
Sign autograph dari team @projekbloggerutara wakil media
Kami team @projekbloggerutara telah dijemput sekali lagi untuk membuat review oleh pihak IPR (Integrated Public Relation) sebagai wakil media untuk acara pembukaan rasmi MBO Cinemas di Central Square, Sungai Petani pada hari Sabtu yang lepas 26/12/15
Yang lagi syok bila majlis perasmian itu dirasmikan bersama-sama dengan Juara Maharajalawak Mega, Kumpulan Zero. Woohooo teruja weols ok!!
Kumpulan Zero bersama team @projekbloggerutara #pantangmundurkecualioperasi kihkihkihhh
Sebelum acara perasmian, kami berpeluang untuk merasai movie screening for upcoming movie. Memang best giler..dengan sound system yang power bergegor perut iols bertingkek2 ok haha..lagi best bila dapat sama-sama tengok screening movie bersama Juara Maharajalawak Mega Kumpulan Zero dan wakil media yang lain..wooohoooo happening sangat!!Terasa diriku begitu berharga ewahhh
En. Cheah Chun Wai (Pengarah Pemasaran dah Jualan MBO Cinemas) memberikan ucapan aluan semasa sesi movie screening di dalam dewan pawagam. Pandai melawak En. Cheah ni. Boleh join Kumpulan Zero hihihi
Seterusnya acara perasmian oleh Kumpulan Zero bersama-sama Mr. Cheah memotong riben simbolik perasmian MBO Cinemas Central Square Sungai Petani.
Seterusnya pengunjung dapat menyaksikan persembahan dari Kumpulan Zero secara live. Wahhh memang meriah.
The crowds. Memang kecoh dan penuh gelak ketawa melihat persembahan Kumpulan Zero..tapi muka iols dah kenapa tenung blogger sya gitu hahaha
Selain itu juga pengunjung juga tidak melepaskan peluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik dan cabutan bertuah seperti telefon bimbit Vivo, jamtangan Ice, dan juga item premium MBO Cinemas diberikan kepada para pengunjung dan kepada mereka yang mendaftar keahlian secara percuma pada hari itu.
Blogger Farah dan Cikpinz juga tidak melepaskan peluang memenangi hadiah dan tiket percuma dengan soalan spontan dari pengacara event hari itu yeayyy!!!
Akhir sekali sesi bergambar bersama Kumpulan Zero dan wakil media..of courselah ngan team @projekbloggerutara adalah WAJIB.
Jutaan terima kasih
pada pihak MBO Cinemas, Mr. Cheah Chun Wai Director of Marketing and Sales MBO
Cinemas, Mr. Thong dan Ms. Angeline dari (Integrated Public Relations (IPR))
kerana sudi menjemput team Projek Blogger Utara ke majlis perasmian rasmi MBO Cinemas Central Square Sungai Petani dan diberi kepercayaan untuk membuat review mengenai event ini.
MBO Cinemas Central Square
5th Floor, Central Square,
Jalan Kampung Baru,
Taman Patani Jaya,
08000, Sungai Petani, Kedah
Laman web rasmi :
Jangan lupa like fanpage kami @projekbloggerutara
Thanks guys!!
Wah terselit juga gambar iolls...
BalasPadamAssalam uols,
Padamtentuuulaa keeennnn
gambor cp wajib gitew he3
retis katakan he3
syok team blogger utara dpt invitation ke MBO br buka ni ye tp kt kl ni kalo kt MBO tk byk sgt cite ditayangkan...slalu tgk kt tgv or gsc
BalasPadamBestnya...
BalasPadamAmboi ko kemain ekkk...
Mana tau aku turun sg petani leh ler ajak incik hubby merasa tgk wayang kat situ.. ;D
Balik sp boleh singgah nanti.
BalasPadamNiceee
BalasPadamWahh seronoknyaa :D
BalasPadamAssalam el,
BalasPadamooohooiiii
xsabor nak tunggu this weekend nak duduk ateh kusi megah yang empuk itu
weeeeeeeeeeee
jom ramai2 team Projek Blogger Utara :)
xpernah lg msuk wayang MBO ni..dlu ada kat Kuantan,tp dh tutup
BalasPadamWah... Cantik pawagamnya...
BalasPadamSha dah lama x masuk pawagam MBO..
cantik sangat lepas boleh p dating hihihi xtaw bilo la
BalasPadambest2 nanti bleh la bw anak2 p nonton kat MBO
BalasPadamwahhhh bestnyaaaa tunggu tiket kak sha sampai opis. nak pegi rasmi pulak ihihihi
BalasPadamentah bila nk p date kt sini.. tiket dh bg kt bf..
BalasPadamermmm rasa jauh la hehe
Catat Ulasan