JUDUL : CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU
EPISOD : 13 episod
TARIKH / MASA : 16/12/2015 Rabu-Khamis 9 malam Tv3
SIARAN : Slot Lestary TV3
NOVELIS: Airisz
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : -
PELAKON : Zahirah Macwilson, Shukri Yahaya, Shah Iskandar, Puteri Aishah, Dato' Eizlan Yusof , Aleeza Shadan, Aida Khaleeda, Sherry Al Hadad, Zulin Aziz
EPISOD : 13 episod
TARIKH / MASA : 16/12/2015 Rabu-Khamis 9 malam Tv3
SIARAN : Slot Lestary TV3
NOVELIS: Airisz
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : -
PELAKON : Zahirah Macwilson, Shukri Yahaya, Shah Iskandar, Puteri Aishah, Dato' Eizlan Yusof , Aleeza Shadan, Aida Khaleeda, Sherry Al Hadad, Zulin Aziz
SINOPSIS CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU
Mengisahkan Puteri Nuraisha yang kehidupannya
bersama keluarga yang seakan meminggirkannya, Puteri mempunyai seorang
ibu tiri dan kakak tiri, Puteri sering terasa terpinggir akan layanan
ayahnya yang sering melebihkan kakak tirinya iaitu Sha. Puteri
mempunyai seorang kekasih yang bernama Ashraf, seorang lelaki yang
sering mengharapkan wang perempuan. Kehidupan Ashraf yang sering
dilimpahkan wang oleh keluarganya sendiri, membuatkan perasaan Puteri
terhadap Ashraf semakin pudar tatkala Ashraf yang sering meminjam wang
tanpa membayarnya semula, semakin hari sikap Ashraf semakin membuatkan
Puteri semakin bosan, perkenalan Puteri dengan Daniel yang dikatakan
mempunyai raut wajah yang elok membuatkannya semakin jauh hati dengan
Ashraf. Sedikit demi sedikit Puteri telah jatuh cinta terhadap Daniel
dalam diam, dengan sikap Daniel yang sangat menyenangkan membuatkan
Puteri semakin berbunga-bunga terhadap Daniel, tapi dalam masa itu
Puteri juga dalam dilema untuk mengahwini Ashraf. Puteri terperangkap
antara cintanya terhadap Daniel dan perkahwinan tanpa rasan cinta dengan
Ashraf kerana amanat arwah ibunya.
Segala perancangan perkahwinannya bersama
Ashraf telah dirancang dengan rapi oleh ibu tirinya. Pelbagai persiapan
telah diatur, dalam masa yang sama tanpa diketahui oleh Puteri, kakak
tirinya iaitu Sha telah menjalinkan hubungan cinta dengan Ashraf. Sha
dan Ashraf telah lama menjalinkan hubungan cinta tanpa diketahui oleh
sesiapa, sungguh bijak mereka merahsiakannya, segala perilaku Puteri
sering dipantau oleh Sha akibat rasa cemburunya. Andai Puteri berjumpa
dengan Ashraf, pertelingkahan sering terjadi antara mereka, segala yang
dirahsiakan oleh Sha dan Ashraf selama ini terbongkar dengan kejadian
yang sangat mengaibkan, segala perncangan perkahwinan Puteri dan Ashraf
terganggu dek kerana Puteri tidak ingin meneruskannya lagi. Konflik
terjadi tatkala persiapan telah direncanakan dengan bajet yang melampau,
kerana peristiwa yang memalukan itu semuanya menjadi kucar kacir
sehingga Sha sanggup menjatuhkan maruahnya sebagai seorang perempuan
demi cintanya terhadap Ashraf. Saat genting inilah Daniel terus bersama
Puteri, apakah yang terjadi seterusnya? Apakah Puteri akan bersama
dengan Ashraf walaupun peristiwa yang memalukan itu telah terjadi demi
sebuah amanat seorang ibu? Atau Puteri mengenepikan amanat itu dengan
memilih Daniel? Apa pula yang akan terjadi kepada kakak tirinya Sha?
SELAMAT MENONTON!!
ala tak sompek la nak layan tv!
BalasPadammcm best...tp x smpt nk lyn coz mlm tv milik Aqil
BalasPadamterjebak sungguh dengan cite ni...
BalasPadamhiks...
done folo, folo me back ;) http://acuyuhan.blogspot.my/
BalasPadamDapat gak tgk kejap2..perkenalan puteri dengan danial memang chomel and ohsem..
BalasPadamsuka tengok citer ni malam ni mesti depan tv hihihihi
BalasPadamkita takde tibi sobsssss
BalasPadamAssalam el,
BalasPadamamboooiii uols
layan drama jugak yer he3
suka tgk drama lakonan shukri.. memang sweet lepas kawen
BalasPadamCatat Ulasan