BR1M 2016 NAIK
Menyedari kesusahan rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah dan serdehana, kerajaan komited membantu dengan menyediakan bantuan kewangan BR1M (bantuan rakyat 1malaysia) tahun 2016.
Perdana Menteri hari ini semasa pembentangan bajet 2016 telah mengumumkan berita baik kepada semua penerima BR1M. BR1M yang bakal membuka permohonannya telah diperbaharui dengan jumlah yang lebih tinggi.
KADAR BAYARAN BR1M MENGIKUT PENDAPATAN ISIRUMAH
Kerajaan menaikkan bayaran BR1M dari RM950 kepada RM1000 untuk kategori keluarga yang berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah.
Kategori yang berpendapatan sederhana RM3001 sehingga RM4000 sebulan menerima lonjakkan penambahan yang tertinggi iaitu dari RM450 ke RM800.
KADAR BAYARAN BR1M KATEGORI BUJANG
Manakala BR1M untuk bujang 2016 diteruskan dengan peningkatan RM50, iaitu RM400 seorang kepada orang muda yang berumur 21 dan ke atas, yang berpendapatan tidak melebihi RM2000 sebulan.
KADAR BAYARAN INSURANS TAKAFUL
“Sementara itu, kerajaan menggantikan insurans takaful berkelompok (i-BR1M) dengan Skim Khairat Kematian bagi melayakkan waris penerima BR1M menerima RM1,000 sekiranya berlaku kematian,” kata laporan bajet 2016
Selain kategori di atas, kerajaan menambahkan lagi satu kategori baru tahun depan. Kategori ini memerlukan nama pemohon berada dalam senarai e-kasih. Mereka ini yang berpendapatan kurang daripada RM1000 sebulan akan diberi bantuan BR1M setinggi RM1050.
Peruntukan wang sebanyak RM5.9 billion bakal untuk BR1M. Perdana Menteri berharap penerima berterima kasih meskipun ramai yang tidak setuju bantuan rakyat 1malaysia diteruskan tahun depan.
“Saya tahu ada pihak yang mengatakan bahawa BR1M tidak harus diteruskan, namun melalui maklum balas yang diterima, ramai lagi yang sangat bersyukur dan berterima kasih atas keprihatinan kerajaan” – Najib Razak
Setakat bulan Ogos tahun ini, BR1M telah memberi bantuan terhadap 4.7 million isi rumah and 2.7 million individu.
Berhubung dengan cara pembayaran BR1M 2016, maklumat yang muktamad masih tidak jelas. Namun kemungkinan besar BR1M 2016 akan dibayar 3 kali setahun seperti yang telah dilaksanakan tahun 2015. Sekiranya perlaksanaan ditetapkan sebegitu, dipercayai
KEMASKINI DAN PERMOHONAN BR1M 2016 akan dibuka pada hujung tahun iaitu bulan Disember nanti.
sumber
kita tunggu tengok keberkesanan bajet 2016 nie nanti..=D
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
PadamBR1M, bg sy macam tak telus..kita tunggu dan lihat mcm mn penambah baikkan nya..
BalasPadamcakap banyak pun x guna..buat sakit hati je kak el...
BalasPadamMoga BR1M 2016 lebih telus dan membantu mereka yang sepatutnya
BalasPadamBrim ni byk buruk dr baik!
BalasPadamHeeeehhh
Tp mcm biasa la...suara kita sapa yang nak dengaq kan
Thn ni dpt blik BR1M,huhuu.... Cikna peliklah mmbr dh kawin gji dia 2k gaji istri 3k tp dia masih dpt BR1M(bujang), agak2 telus x LHDN wat keje...
BalasPadamTahun ni xleh nak buat bujang dah hihihi.. Abg kemaskini bahagi.dua..
BalasPadamBR1M eh.. huhuhuhu..
BalasPadamishh boleh apply ke berasingan untuk tahun depan?
BalasPadamkerajaan boleh pecaya ka.. hahah
BalasPadamyeezy boost 350 v2
BalasPadamadidas ultra boost
off white
coach handbags
birkin bag
supreme t shirt
air max 90
christian louboutin
coach outlet
nmd
curry 6 shoes
BalasPadamyeezy shoes
supreme hoodie
balenciaga shoes
kobe 9
supreme
moncler
balenciaga
supreme clothing
supreme t shirt
yeezy shoes
BalasPadamsupreme clothing
balenciaga shoes
golden goose
kobe basketball shoes
golden goose
offwhite
supreme hoodie
golden goose
balenciaga trainers
informative post cheap designer bags replica helpful site replica dolabuy try these out replica gucci bags
BalasPadamread this Gucci Dolabuy her explanation replica wallets visit homepage Dolabuy Prada
BalasPadamclick to read more m1c18m8v34 louis vuitton replica replica bags wholesale mumbai replica bags australia replica hermes bag c6p01h1c46 replica prada nylon bags replica bags joy visit this site right here s8b42m5v69 replica bags pakistan
BalasPadamCatat Ulasan