(aiman hakim x jeles ke tgk ni hehe)
SINOPSIS DIA ISTERI LUAR BIASA
Dia Isteri Luar Biasa mengisahkan kehidupan Dewi Yusra (lakonan
Fathia Latiff) yang mencari suami sementara hanya bertujuan untuk
mendapatkan anak. Dewi tidak percaya terhadap lelaki, kebencian Dewi
terhadap lelaki terjadi akibat peristiwa silam yang masih menghantui
dirinya apabila, ibunya menjadi mangsa kekejaman bapanya sendiri.
Bagi Dewi dia mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki, tetapi
apabila Dewi perlu menjaga anak sahabat baiknya, Eda (Nonny Nadhirah)
yang bernama Nina, terdetik di hati Dewi untuk memiliki zuriat sendiri
dengan apa cara sekali pun.
Kerana tidak mahu berkahwin, Dewi cuba untuk mendapatkan perkhidmatan
kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan namun ditolak kerana
menyalahi undang-undang dan juga agama. Lalu tercetus satu idea apabila
Dewi meminta pertolongan daripada sahabat baiknya, Cik Kem atau Kamrul
(Keith Foo) untuk mencari calon suami sementaranya.
Mahu tahu siapa yang menjadi suami sementara kepada Dewi, haruslah
anda mula menonton drama ini yang ke udara setiap Isnin hingga Khamis
bermula 6.55 petang di TV3. Jom!
Dia Isteri Luar Biasa membariskan watak utama yang dijayakan Shukri
Yahaya dan juga Fathia Latiff selain dibantu oleh Keith Foo, Elizad
Sharifuddin dan ramai lagi.
kredit #rotikaya
kredit #rotikaya
nota noti: lama x tgk drama2 ni..sibuk ngan anak2..lg2 Arwen perlukan lebih perhatian..alhamdulilah so far dia leh dah baca suku kata
macam mengarut je..ada juga manusia macam ni..tak hairanlah dunia kita ni makin pelik-pelik
BalasPadamMacam best jer.. eh I dulu pernah cakap kat my mom yang I nak anak tapi tak nak husband hihihii. Tapi my mom cool jer cakap alaaaa.. kawen jer la... nnt mesti ok punya.
BalasPadamsalah satu cerita yang bakal I is follow ni uolss....
BalasPadammsih terigt kt kuril hihi sat2 gi dh 10 episode ke bru nk layan ;p
BalasPadamentahler cerita melayu sekarangni cam nak lebih kurangjer.. takder yang luaar biasa... entahler tapi tengok jugaler...
BalasPadamdah lama tak ikuti slot akasia ni kerana waktunya tak berapa sesuai.. terkejar-kejar nak maghrib pula... kalau tengok pun, fai tengok kat tonton je..
BalasPadamlayan jugak drama ni
BalasPadamastro kena potong.. tv2 saja available.. nasib baik mmg bukan kaki slot akasia, kalau tak.. haha.. ^_^
BalasPadamsalam kenal dari blog diaridandelion
Assalam El,
BalasPadamooooooooo
ada ceghita baru lagi yer he3
layan jgk citer ni
BalasPadamdengar cite drama ni dah kene potong? betul kee..
BalasPadammemang best lahhh !! syukri melting
BalasPadamCatat Ulasan