rasa ramai yg tgk drama RINDU 200% tu kan
iols xdelah tgk sgt
tp kan drama terbaru ni MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA
lakonan FAHRIN AHMAD dan SARA ALI mmg best gilerrrr ok
kelakar n romantik abisss
iols suka cite2 yg kelakar+romantik2 ni hehe
lagi2 Fahrin mmg menjadi lakonan dia yg lawak tu
Sara lak yg garang tp membuatkan Fahrin x abis2 mengusik dia 
Bergaduh je theyol tu

adoiii mungkinkah Sara/Melina dan Fahrin/Luqman akan mula jatuh cinta antara satu sama lain 


byk scene n dialog yg kelakar tau...lagi2 si Fahrin tu

Fahrin/Luqman: kat cameron ni sejuk..jgn nak pakai sexy2 sgt
xpayahlah nak makeup lawa2 sgt..ni bukan nak pergi clubbing..ni kenduri tahlil


SINOPSIS MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA

Mengisahkan Melina, anak gadis Datuk Zakri yang hanyut dalam keseronokan hidup sebagai anak muda ibukota. Pergaulan bebas dan sikap yang suka berlibur di kelab-kelab malam membuatkan Datuk Zakri dan Datin Maziah berasa risau. Pembelajaran dan kuliah-kuliah juga sering diabaikan gadis berusia 23 tahun itu.


Melina berubah menjadi anak gadis yang angkuh, sombong, lepas laku dan sering melawan apabila dinasihati. Atas sebab itu, Datuk Zakri terpaksa meminta pertolongan anak lelaki sahabat baiknya iaitu Luqman Haqeem untuk menjaga Melina. Luqman Haqeem adalah anak tunggal kepada Rashid dan Aliah yang tinggal di Cameron Highlands. Sekembalinya dari UK selepas menamatkan pembelajaran, Luqman bekerja sementara di kebun sayur milik keluarganya di tanah tinggi tersebut.


Atas rasa serba salah kerana jasa yang pernah diberikan oleh Datuk Zakri, Luqman akhirnya akur menerima tugas barunya sebagai penjaga Melina. Dia diarahkan menjadi pemandu dan juga pengawal peribadi bagi mengekang kebebasan terlampau yang selama ini dimiliki gadis itu. Pertelingkahan tercetus dan pergaduhan sering mewarnai pertemuan mereka berdua.
Bagi Melina, Luqman memang lelaki penyibuk yang diupah oleh ayahnya untuk mengongkongnya. Dia ke kelab malam, Luqman akan datang mengheretnya pulang. Dia berpeleseran dengan kawan-kawan, Luqman akan muncul menariknya pergi. Dia benar-benar bencikan Luqman!


Biarpun lelaki kacak itu menjadi rebutan gadis-gadis di kolejnya, semua itu belum mampu mengubah perasaan Melina. Baginya Luqman hanyalah seorang lelaki kampung yang tidak berpelajaran, berfikiran tertutup dan ketinggalan zaman. Biarlah setampan mana pun lelaki itu, Luqman tetap menjadi manusia paling dibencinya. Lebih-lebih lagi dengan sikap Luqman yang sering lantang mempersoalkan gaya hidupnya yang bebas. Dia sering cuba membebaskan diri dari kawalan Luqman namun seringkali gagal kerana lelaki itu lebih pantas menghidu niatnya.


Semuanya berubah apabila bapa Melina meninggal dunia dalam kemalangan. Dan kerana terpaksa, Melina dikahwinkan dengan Luqman. Apakah kesinambungan kisah mereka apabila Luqman dipaksa berkahwin dengan Melina?


 macam real kan dirog punya sanding/kahwin tu..lawoo baju n pelamin tu 

sape yg belum tgk..trylah tgk selasa-khamis 7.00mlm :) weeeeee

 

10 Ulasan

  1. Tgk citer ni kan dah mcm jd senaman mulut...kejap gelak...kejap diam..

    Setakat ni mmg best la citer ni. Sue pun enjoy je tgk :)

    BalasPadam
  2. suka abang FA tu..
    tp tak suka dia menari lagu alicafe ahahahahah! :P

    BalasPadam
  3. disebabkan dah tgk crita rindu awk 200%, buat rasa nak kutuk crita mcmni. jln crita yang sama, haih. mati kutu xde idea nk buat drama ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib iols x tgk sgt drama 200%tu..ntah apa yg best pun xtau..hahaha aah baru prasan jln crita sm kawin paksa ish2

      Padam
  4. alaa..akak tak berkesempatan nak tengok..dok berebut ngan Afif jer kalau nk tengok cerita..rindu awak 200% tu ada gak tengok..

    BalasPadam
  5. tgh layan jugak... haaa sado2 tu badan mcm zul arifin/zillfaez dlm rndu awak 200% tu ;) minat gak kt fahrin ni ;p

    BalasPadam
  6. kesian fahrin ahmad tak kawin lagi, semua gara2 sebab CN dah kwen, frust ler tu..hahahahah !

    BalasPadam
  7. sara ali memang sesuai dengan watak camni..sebab suara dia serak2 basah..kan drama tv1 dulu tu,,yg dia berlakon jadi tomboy tu cite apa ek..adaptasi dari novel jugak tu ..cinta aku & dia ke..

    BalasPadam
  8. akakni memang tak gemar cerita melayu yang pompuan angkuh gini.. entahler tak kena sangat... bak kat jiran sebelah akak "aku tak tengok cerita melayuni sebab kurang ajar.. anak marah emak bapak, bini marah laki.. "... ha.. ha,.. akakpun sampai terbawak2ler pulak dari cakap jiran akaktu... cam betoi lak...
    lagi satu akak tak puas hati pompuan sejahat2 gitu dapt laki sebaik2nyer.. isyh mana boleh lelaki baik untuk pompuan baik.. syiok kalau dunia nyata gitukan.. eh .. lebih2 lak akak ni kat entri orang.. entri sendiri tak banyak cerita... jangan marah ya...

    BalasPadam
  9. Stended drama melayu / novel memula benci, kawen terpaksa lepas tu bercinta tak leh berpisah..hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama